Header Ads

Marc Marquez Lean Angle 68° adalah Rekod 'Konar Baring' yang Terbaik Pernah Dilakukan


"Konar Paling Baring"

Salah satu mengapa MotoGP adalah sukan permotoran kegemaran utama penulis adalah cara kendalian jentera.

Jika formula one, banyak bergantung kepada faktor aerodinamik dan hukum fizik dan rakan pasukan. MotoGP memiliki aura lain bukan aurat, aura. Salah satu aura yang ada pada motoGP adalah 'konar baring', 'knee down' ataupun bahasa biasa leper cecah lutut atau lebih ekstrem cecah telinga.


Marc Marquez Rekod Lean Angle Terbaik 68
Rekod Lean Angle Terbaik
Cecah telinga memang logik jika sudah mengalami 'crash' atau kemalangan. Cecah lutut dan cecah siku adalah kemahiran yang hanya boleh dilihat pada pelumba motoGP. Tidak pernah terlihat Lewis Hamilton pemandu McLaren F1 cecah lutut, kalau Vinales atau Marquez apalagi abang long Rossi yang cecah siku itu ada betulnya.


Main cecah-cecah ini ada kaedah dan kemahirannya. Dalam statistik yang lebih sains, sudut cecahan menuju ke tar itulah diambil kira. Dari tegak seorang pelumba, sehingga dia berkedudukan 'konar baring' atau turn body position.

Berada tegak di atas moto adalah 0° darjah dan semakin condong semakin tinggi nilainya. Dalam istilah motoGP ia digelar 'lean turn angle'.

Rekod yang paling maksima boleh dilakukan oleh seorang pelumba motoGP untuk 'konar baring' dengan cecahan segala-galanya (dengan motor bergerak) adalah 68 darjah kecondongan turn yang dilakukan. Secara purata normal seorang pelumba motoGP boleh mengambil selekoh adalah 64°.

Rekod ini dilakukan oleh bintang menyerlah paling berani zaman ini adalm motoGP iaitu tidak lain dan tidak bukan Marc marquez. Setakat ini telah memiliki 5 kejuaran (2017 mungkin yang ke enam) sedang mengejar jumlah sembilan kejuaraan abang Rossi.

Gerakan konar baring (lean angle) pada 68° ini dilakukan Marc Marquez ketika sesi ujian, 'testing session' iaitu sehari selepas menamatkan perlumbaan Brno Czech GP pada tahun 2015. Ia disaksikan oleh kamera berhalaju (berdefinisi tinggi) yang dipasang di selekoh nombor 10 litar tersebut. 



Dalam 'insiden' tersebut, Marquez hampir sahaja terbabas kerana tayar hadapan sudah separas dengan tar namun dia dapat mengawal kembali jenteranya. Adegan tersebut selain berjaya dirakam kamera, 'on-board sensor' pada motosikalnya menunjukkan 'leaning angle' motosikal tersebut adalah 68°.

Tidak dinafikan semua orang boleh mendapatkan 68° lean angle ketika membelok dengan motosikal. Bezanya, Marc Marquez berjaya meneruskan sehingga ke penamat dan mungkin yang melakukan aksi yang sama menggelonsor mencium tanah tumpahnya darahku.

Anda fikir anda tahu Marc Marquez Lean Angle 68° adalah Rekod 'Konar Baring' yang terbaik Pernah Dilakukan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.