Header Ads

Makan di Al Fateh Steamboat & Grill Kampung Jawa Klang


"Al Fateh Steamboat"

Restoran steamboat bukanlah begitu asing. Review mengenai beberapa restoran steamboat sudah ada dalam blog ini. Penulis akan cuba memberikan jenis hidangan, lokasi dan juga suasana, memandangkan restoran steamboat kebayakkan yang telah penulis lawati tidak banyak berbeza karakter selain dari yang disebutkan tadi.


Al Fateh Steamboat Kg Jawa Klang
Al Fateh Steamboat Kg Jawa Klang
Pelbagai pilihan celur/rebus, pelbagai variasi daging (putih atau merah) dan makanan laut mentah, air tanpa had, bauan bbq, dan ais krim adalah contoh sesuai boleh menggambarkan sebuah restoran yang berasaskan tema steamboat. Dengan harga yang telah ditetapkan, pengunjung boleh makan seberapa banyak makanan yang disediakan, usah khuatir jika habis, pasti pengusaha menambahnya lagi.


Bagi mereka yang bercita-cita atau ingin menunjukkan bakat dalam arena masakan berasaskan 'grill' atau panggang disinilah jawpannya.

Al Fateh Steamboat Kg Jawa

Dua pilihan sup iaitu sup renehan atau kuah tom yam sebagai medium bagi mereka yang menggemari makanan steamboat yang direbus. Begitulah juga di Al Fateh Steamboat Kg Jawa, Klang.

Sebuah restoran steamboat yang terletak di Jalan Raja Jumaat, Kampung Jawa Klang ini adalah salah satu pilihan restoran steamboat di sekitar Klang.

Variasi Pilihan Bahan Makanan

Banyak pilihan 'bahan mentah' yang terdapat di restoran steamboat ini. Boleh dikatakan antara yang terbanyak pilihan dari beberapa buah restoran yang pernah penulis kunjungi. Dari sayuran sehinggalah sumber protein seperti daging lembu dan daging kambing, boleh berlakunya satu barisan yang panjang beratur untuk mendapatkan 'bahan mentah' yang diingini.


Banyak Pilihan Makanan
Penulis, isteri dan rakan - rakan menempah meja awal memandangkan al fateh sememangnya sudah popular dengan kehadiran peminat steamboat sekitar Klang. Memandangkan esoknya adalah cuti hari deepavali, maka selain dari ditemani mercun dan bunga api sini sana, restoran al fateh steamboat dan grill penuh. Pulang satu meja sudah ada penggantinya, begitulah penangan restoran ini.

Aktiviti Barbecue

Penulis jika datang berkunjung menikmati steamboat akan lebih fokus kepada aktiviti panggang atau 'grill'. Daging kambing adalah 'mangsa' pertama yang akan dikepit dengan penyepit selain dari daging lembu dan makanan laut. Semua restoran steamboat yang pernah dijejaki penulis ada akan semua bahan ini, namun, yang membezakannya adalah perapan dan cara lauk pauk ini disediakan.


Pelbagai Makanan yang Ada
Daging Kambing Terbaik

Daging kambing yang ditetel nipis yang masih kaya dengan jusnya cukup menaikkan aroma sekeliling - pejam mata sudah tahu dimana kita berada, ya, restoran steamboat and grill.Perapan pada kambing, lembu dan ayam cukup rasanya tidak terlebih 'black pepper' atau terkurang rasa sosnya. 

Daging Kambing Dibakar Bersama Kuah Steamboat
Daging Kambing Dibakar Bersama Kuah Steamboat
Desiran jus perapan daging yang kedengaran apabila menyentuh 'blok' dapur tidak sia-sia apabila rasanya juga cukup sedap, manis tanpa dicecah dengan sos yang turut disediakan.

Apa yang 'best' mengenai 'grill' di mana-mana steamboat station adalah kita boleh memasak daging yang dipilih mengikut citarasa sendiri. Bagi yang gemar daging kambing yang berjus dan rasa aslinya pasti akan memanggang daging kambing yang dipilih secara 'medium raw' dan bagi yang kurang sukakan bau kambing pada daging pasti akan memilih cara panggangan yang lebih kepada garing.

Boleh dikatakan bahawa daging kambing adalah 'signature dish' untuk restoran ini. Peminat atau bukan peminat daging kambing perlu mencubanya mana tahu akan jatuh cinta dengan daging kambing yang diperap istimewa ini.

Jika ada masalah pada perapan mungkin dua atau tiga kali panggang sudah rasa muaknya - di sini fenomena tersebut tidak berlaku. Al fateh juga turut mengeluarkan daging kambing keluaran mereka sendiri dalam bentuk frozen yang dinamakan Daging Kambing KITAGI.

Pelbagai Makanan Laut

Makanan laut yang disediakan masih segar, pepahat, kerang, kepah, udang, kecuali ketam antara pilihan makanan laut bagi mereka yang inginkan sukakan makanan laut yang direbus di dalam kuah tom yam. Boleh juga jadikan makanan laut untuk dipanggang - tiada salahnya.

Kuah tom yam cukup sedap bukan sekadar 'air' yang dimasukkan pes tom yam. Dihirup sahaja sudah cukup rasa sedapnya, apalagi jika mee goreng, nasi goreng, atau kue teow goreng yang berlaukkan daging yang dibakar panas-panas sambil menghirup kuah tom yam dalam satu masa.

Pelbagai Jenis Air

Stesen air dipenuhi dengan beberapa balang air seperti air asam boi bewarna biru, air sirap, air nenas dan air laici. Pengunjung jika jauh dari kawasan 'water station' bolehlah menggunakan jag bersaiz sederhana untuk mengisi air pilihan.

Kenyang ? Ais krim untuk slot 'dessert' turut disediakan. Pilihlah waktu sesuai jika tidak mahu beratur panjang yang boleh menyebabkan daging kambing yang anda bakar tadi hangus.

Dari segi penambahan bahan makanan mentah cukup teratur, bekas bahan makanan mentah tidak dibiarkan kosong. Pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk mengemaskan meja juga cepat dalam menjalankan tugas memandangkan meja tidak akan pernah kosong jika waktu puncaknya.

Informasi Pengunjung

Harga untuk satu kepala adalah RM 25.30 . Menggunakan tema 'buffet' makanlah sampai muak atau kenyang. Caj pembaziran akan dikenakan kepada mereka yang gagal menghabiskan makanan dengan denda RM5/100g.

Restoran di buka pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 12 malam, namun bergantung kepada pihak restoran mungkin boleh berhubung dengan pihak restoran terlebih dahulu. Waktu puncak (waktu yang agak sibuk) yang dicadangkan penulis adalah dari jam 9 - 10.30 malam. Suasana mungkin agak sibuk dan mungkin beratur untuk mengambil bahan makanan.

Restoran dibuka setiap hari, siang turut dibuka namun untuk sarapan dan makan tengah hari - makan nasi campur. Jangan pula anda berharap sarapan dan makan tengah hari mengikut tema 'buffet' hanya malam sahaja 'buffet' dioperasikan. Waktu sarapan dan makan tengah hari, 8 pagi hingga 3.30 petang.


Lokasi Waze Al fateh Steamboat Klang
Lokasi Waze Al Fateh Steamboat Klang

Waze dan google maps akan membawa anda ke destinasi restoran dengan carian 'Al Fateh Steamboat Klang'. Bagi mereka yang hipster dan tidak menggunakan aplikasi carian perjalanan, bolehlah guna cara manual ke alamat:

Restoran Al Fateh
Kawasan 1, Lorong Raja Jumaat, 
Kampung Jawa 41000 Klang
Telefon: 017-6300965



Kawasan parkir disediakan di bahagian belakang restoran. Sebagai peringatan, kawasan Kg Jawa agak sibuk keadaannya tambahan jika waktu lewat petang.

Anda fikir anda tahu Makan Di Al Fateh Steamboat & Grill Kampung Jawa Klang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.