Handphone Fidget Spinner K188 Pertama Di Dunia Keluaran Chilli


"Fidget Spinner Phone"

Bulan Mei 2017 dunia dikejutkan dengan fenomena permainan yang hanya dikhususkan untuk mereka yang memiliki masalah ADHD atau autisme.


1st Spinner Phone in The World
1st Spinner Phone in The World
Fidget spinner memenuhi setiap pasaran dunia termasuk Malaysia. Satu gajet mainan yang berasaskan bebola 'bearing' yang memerlukan seseorang memutarkannya menjadi topik perbualan yang cukup hangat.Cukup popular boleh didapati di Amazon, atau Lazada namun sekarang hanya menjadi leloangan di kedai Dua Ringgit.


Zaman viral atau tular semestinya mudah untuk dijangka. Jika ada yang masih ingat akan satu permainan iteraktif realiti 'Pokemon GO'. Fidget spinner juga menerima nasib yang sama dengan Pokemon GO yang begitu hangat namun tiba-tiba hilang tanpa berita. Bak kata penyanyi yang juga turut ghaib di alam muzik Gotche dalam lagu ironinya 'Somebody That I Used to Know'.

Dalam kesibukan syarikat berskala besar seperti Apple dan Samsung menyaingi satu sama lain dengan gajet dan peranti terbaharu dari mereka, terdapat satu syarikat telekomunikasi dari Hong Kong juga 'menyuntik' semula kenangan pencinta fidget spinner.
Chilli International Hong Kong, cuba menggabungkan tiga elemen di dalam peranti terbaharunya.

Hibrid Fidget Spinner dan Handphone

Fidget spinner + Mobile Phone + Bluetooth Headset = K188




K188 adalah sebuah telefon yang dikeluarkan oleh syarikat Chilli dalam usaha menarik perhatian dunia yang kian melupakan fidget spinner. Telefon ini bukanlah boleh dikategorikan dalam telefon pintar namun terdapat ciri uniknya.

Jika sebelum ini hanya 'casing' telefon sahaja yang dikeluarkan dalam bentuk fidget spinner, namun kini, contact list dalam phone anda boleh berpusing-pusing bersama-sama telefon yang menggabungkan bluetooth ini. Menunggu panggilan atau menunggu SMS sudah tidak lagi membosankan.

Spesifikasi Handphone

Hadir dengan keupayaan boleh berpusing seperti Fidget Spinner, selain boleh menerima panggilan dengan terdapatnya 'keypad' turut dilengkapi dengan capaian 'built-in' bluetooth. Maka lengkaplah hibrid K188 dengan gabungan tiga elemen ini.







Warna Pilihan

Spinner Phone ini didatangkan dalam enam warna (merah, hitam, biru, peach, Krim dan putih) saiznya memang sama dengan saiz fidget spinner biasa yang mampu disimpan didalam poket seluar atau kemeja anda. Melainkan selain menjadi mainan ketika terasa datangnya penyakit ADHD boleh juga menghubungi orang yang tersayang.

Harga Pasaran

Pada ketika ini masih belum menembusi pasaran Malaysia tetapi sudah memasuki pasaran India dengan harga 1,200-1,300 rupees (RM77.XX-RM84.XX).

Pada masa hadapan mungkin akan memasuki dunia pasaran online dimana mereka yang sukakan sesuatu yang unik boleh mendapatkannya.


We see India as one the fastest growing markets for cell phones with the second largest population in the world.
India sales head Michael Feng

Anda fikir anda tahu HandPhone Fidget Spinner Pertama Di Dunia Keluaran Chilli ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan