Header Ads

D'Qnut Chalet & Restaurant Pantai Kuala Linggi Melaka Chalet Kontena Style


'D'Qnut Chalet'

Kuala Linggi Melaka yang terletak menghadap Selat Melaka banyak tinggalan sejarahnya. Banyak sejarah beerti menjadi tempat yang strategik. Sudah dibuktikan setiap tempat tarikan penjajah di zaman dahulu memang adalah kawasan yang menarik dan menjadi tumpuan.


D'Qnut Chalet Kuala Linggi Melaka
D'Qnut Chalet Kuala Linggi
Pantai Kuala Linggi

Salah satunya adalah muara Sungai Linggi. Dahulunya menjadi perebutan kawasan antara 'abang long' Belanda dan 'abang long' Bugis untuk mendapatkan muara Sungai Linggi menjadi hab pelabuhan untuk import-eksport bijih timah, yang telah meninggalkan satu kubu atau 'fort' yang dinamakan fort supai.


Dahulu penjajah inginkan kawasan pelabuhan, kini zaman merdeka golongan yang meminati kehidupan perhotelan dan chalet pula ingin 'menakluk' Kuala Linggi.
Cukup cantik permandangan dan kawasan yang terlindung pantainya menjadikan pengusaha chalet dan resort yang baharu atau lama inginkan chalet dan pusat peranginan mereka didirikan sepanjang pantai sekitar Sungai Linggi.

Penulis pernah bermalam di Umang-Umang Chalet, dan kini penulis memberikan sedikit cadangan atau pemerhatian (tidak sesuai dipanggil review memandangkan penulis tidak bermalam disini) penulis tentang sebuah chalet bersebelahan dengan Umang-umang Chalet iaitu D'Qnut Chalet.



Idea Asal Pemilik

Nama D'Qnut Chalet sebenarnya adalah adaptasi dari sebutan 'coconut' iaitu kelapa yang ada disekitar kawasan chalet. Pertama kali penulis dan isteri terlihat papan tanda D'Qnut Chalet yang bersebelahan dengan chalet penginapan penulis dan isteri ingatkan nama chalet ini adalah 'Donut Chalet' namun pemerhatian kali kedua memberikan kepastian tentang nama chalet ini.


D'Qnut Chalet Signboard
D'Qnut Chalet Signboard
Bagi memberikan nilai komersil, pemiliknya yang juga merupakan saudara kepada pemilik umang-umang chalet ini membeli tanah pinggir laut dari penduduk tempatan untuk didirikan kawasan peranginan.


Pantai Privasi 
Berkonsepkan pantai privasi sebagaimana umang-umang chalet yang hanya khaskan kawasan pantai kepada tetamu/pengunjung chalet ini sahaja.


Reception D'Qnut Chalet
Reception D'Qnut Chalet

Pekan Koboi Tepi Pantai

Apa yang menarik akan chalet ini adalah persekitaran chalet itu sendiri. Penulis mengandaikan pertama kali penulis melepasi pintu gerbang chalet ini seolah-olah memasuki 'pekan koboi', dimana datangnya imaginasi ada seorang pahlawan koboi yang sedang ingin bertarung.

Ketenangan sebelum tembakan itulah rasanya, dengan deruan ombak dan bunyian bayu laut melepasi dedauan rhu yang turut tumbuh di sekitar pantai.


Bilik Standard Chalet
Bilik Standard Chalet
Warna jingga-koko adalah tema chalet D'Qnut ini. Deretan chalet yang boleh memuatkan satu keluarga kecil selain terdapat kabin di atas chalet tersebut cukup unik.
Gabungan 'hibrid' chalet dan kabin (kontena). 




Chalet-chalet disini disusun mengikut jenisnya. Di bahagian hadapan terdapat chalet hidbrid tadi dan bahagian belakang (yang baharu sahaja siap ketika kunjungan penulis) pula terdapat sebahagian lagi bilik untuk tetamu.


Panorama Menghadap Laut
Bangku yang menghadap laut yang membolehkan penginap bersantai sambil menikmati ketenangan dan melihat kelibat-kelibat nelayan yang melintasi Selat Melaka.

Kemudahan

Terdapat kolam mandi yang akan menjadi lanskap bahagian belakang. Memetik kata pemiliknya, "bahagian depan boleh tengok laut, bahagian belakang ada kolam". Sesungguhnya pemilik mengambil berat akan keindahan kawasan chalet.

*ketika artikel ini ditaip proses pembinaan kolam tersebut masih berjalan, dan jika dengan keinzinan dari Allah, perancangan pemilik untuk membina sebuah kolam mandi di bahagian tengah chalet kontena siap dibina.

D'Qnut chalet memang sesuai bagi mereka yang sedang 'honeymoon' tidak kira berapa kali 'honeymoon'nya. Dibawah rimbunan pohon ketapang dan rhu terdapat buaian yang dibuat dari tali kapal dan papan selain dari kerusi sandar dan meja yang dijadikan tempat merasai udara sejuk dari laut sebagai teduhan.


Bangku Santai Sea View
Cukup mengasyikkan jika kena dengan suasana boleh tertidur tanpa sedar.

Restoran dan kedai makan ada disediakan yang terletak dihujung 'tanjung' chalet ini.
Amat strategik, bersebelahan dengan restoran terdapat satu lagun semulajadi yang mungkin akan menjadi antara rancangan pemilik kelak untuk diusahakan. Dtemani pohon rendang, pohon ketapang dan pohon rhu selain dari kedudukan yang separa terapung ke laut.


Restoran Separa Terapung
Pemilik chalet juga mengalu-alukan mereka yang meminati hobi memancing kerana terdapat pakej untuk memancing dan memerlukan kebenaran dari pemilik chalet.

Terdapat ruangan lapang disebelah dengan kaunter pendaftaran yang membolehkan kanak-kanak atau bukan kanak-kanak untuk bermain. Boleh dikelaskan sebagai taman permainan


Bangku dan Tempat Rehat

Buaian Di Taman Permainan

Jenis Bilik Chalet dan Harga Chalet


20 buah bilik chalet yang dalam kategori standard sea view berharga RM130/malam dan RM2 caj tambahan dari Warisan Negeri Melaka.


Bilik Standard Sea View
Selain dari itu harga bilik untuk kategori lain adalah:

  • 40 Bilik Garden View Std :  Rm 132/malam 
  • 10 Bilik Family Garden View : Rm 212/malam
  • 10 Bilik Family Seeview : Rm 222/malam

* Harga termasuk dengan Cas warisan Negeri Melaka sebanyak Rm 2


Bilik Kontena Chalet
Kontena Style
Banyak Unit Kontena Style
Kontena Style Hadap Ke Darat
Selain dari percutian keluarga atau 'couple' terdapat juga beberapa pakej yang ditawarkan di D'Qnut chalet ini. Team building juga boleh dilakukan disini. Isteri penulis bertanyakan slot pakej untuk ofisnya bagi tahun 2017, namun sudah penuh ditempah slot untuk tahun 2017. Begitu popular chalet ini.

Boleh lawati blog rasmi chalet untuk pakej: Pakej D'Qnut

Parkir Kenderaan

Dari segi parkir, terdapat satu kawasan yang telah dikhaskan untuk parkir. Tetamu boleh juga parkir di dalam bahagian chalet sebagaimana yang akan diberitahu pemilik chalet.
Rekabentuk dan warna yang menarik memberikan satu lagi tarikan selain dari pantai untuk bermandi manda. Mungkin suatu hari penulis dan isteri akan mencuba untuk bermalam di D'Qnut pula selepas menghabiskan percutian anniversary di Umang-umang Chalet dahulu.


Sebarang info lanjut dan pertanyaan boleh lawati blog D'Qnut chalet: D'Qnut Blog

Apa yang menariknya adalah penyu pernah bertelur di kawasan chalet ini (rujukan blog chalet). 


Anda fikir anda tahu D'Qnut Chalet & Restaurant Pantai Kuala Linggi Melaka ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.