Header Ads

Misteri Banglo Usang Seri Pantai, Pantai Morib


"Misteri Banglo Usang Morib"

Pantai Morib cukup terkenal dari zaman pemerintahan British lagi. Terletak dalam daerah Banting Selangor, Pantai Morib tidak pernah sunyi dengan pengunjung apalagi ketika hujung minggu. Pelbagai acara dan karnival yang sering diadakan di pantai Morib. Dari acara kekeluargaan sehinggalah acara sukan permotoran, sebagai contoh baru-baru ini telah diadakan karnival retromania. Itu sebahagian dari kisah dalam diari Pantai Morib jika Pantai Morib adalah manusia.

Misteri Banglo Usang Seri Pantai Morib
Banglo Seri Pantai Morib
Pantai Morib dikenali dengan pantainya dan acara yang sering diadakan di sini. Ramai juga tidak tahu bahawa Pantai Morib menyimpan pelbagai kisah yang mungkin boleh menjadi bualan jika bertemu dengan orang lama di sana.



Pantai Morib pada awalnya diperkenalkan oleh kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu ketika itu. Pada asalnya Morib sudah wujud di zaman pemerintahan Raja Mon lagi iaitu tahun 1893, akan tetapi mula popular apabila pihak British menjadikan Pantai Morib sebagai salah satu destinasi orang ada-ada ketika itu sebagai tempat beriadah.
Jika diperhatikan banyak monumen dan bangunan sekitar Banting yang mempunyai nilai sejarah penjajahan kuasa asing. Salah satunya 'Banglo misteri di Pantai Morib'.

Lokasi Banglo Misteri Seri Pantai

Gelaran tersebut diberikan oleh penulis ketika mula-mula mengenali Pantai Morib. Semuanya bermula apabila keadaan parkir kawasan Pantai Morib yang begitu sesak, yang memerlukan penulis untuk mendapatkan kawasan alternatif dari berhimpit dengan kenderaan lain.

Lokasi Banglo Seri Pantai
Lokasi Banglo Seri Pantai 
Setelah memasuki laluan masuk ke pantai Morib sehinggalah bulatan kecil dihujung laluan tersebut, penulis gagal menemui sebarang ruang kosong yang mampu menempatkan kereta Perodua Viva penulis yang kecil ini. Dalam pada mencari 'spot' untuk parkir, penulis telah berbincang ala-ala sepasang pasangan dalam The Amazing Race dengan isteri untuk mencuba memasuki satu laluan sekitar semak bersebelahan dengan padang golf di sebelah kanan laluan keluar ke jalan utama.

Dengan berbekalkan 'steering' dan pedal minyak penulis meneruskan ke laluan terbabit dan beberapa meter menghabiskan laluan tersebut penulis berjaya menemui ruang yang boleh dikatan cukup luas untuk meletakkan sebiji kereta hatchback yang dinamakan Viva ini.

Rasa teruja dan gembira terus dipamerkan dengan lompat bintang tiga kali setengah sommersault difficulty 3.2 . Pantai Morib di hadapan, kereta sudah di parkir, apa lagi terus menuju ke tembok buatan manusia di gigi pantai untuk meneruskan aktiviti riadah di Pantai Morib bersama isteri.

Apabila sudah puas menikmati hidangan yang dibawa, menerokai kawasan laut yang surut mencari pepahat, tiba masa untuk pulang ke rumah. Dengan suasan yang agak malap dan memerlukan ISO yang besar, aperture yang kecil jika ingin mengabadikan suasana pada ketika itu, tersergam sebuah rumah usang yang secara logiknya sebuah rumah yang telah ditinggalkan berdasarkan rongga-rongga dan pohon yang melitupi rumah berkenaan.
Rupa-rupanya penulis telah parkir kereta di laman sebuah rumah usang yang diyakini tiada pemilik fizikal.

Terdetik di hati, apakah kisah dan sejarah di sebalik rumah usang ini ? Rumah usang yang menghadap laut yang mungkin menjadi tarikan kepada pelapis uncle seekers untuk mengesan aktiviti paranormal.

Masih tersergam meskipun sudah usang dan tiada sebarang usaha merobohkannya, atau rumah ini memiliki kisahnya tersendiri. Apabila di tanya di bahagian 'search' di google tiada sebarang jawapan bertulis atau video yang mampu merungkai rasa ingin tahu penulis dengan rumah usang ini.

Dinding Banglo Usang
Dari hipotesis sendiri penulis cuba untuk memberikan 'taakulan' atau tekaan apakah motif, kisah dan sejarah pembinaan rumah ini. Jika berhujah dengan perkataan 'taakulan' semestinya ini hanya teori, teori berdasarkan kiasan dari sumber tertentu meskipun begitu sedikit peratusan untuk sahih. Penulis cuba untuk memberikan satu persoalan bagi mereka yang betul-betul tahu akan kisah ini boleh berkongsinya.

Sejarah Pantai Morib (British-Jepun)

Dari teori dan pandangan penulis, berdasarkan kepada sejarah Pantai Morib itu sendiri. Setelah kemasukan tentera Jepun yang zalim ke Tanah Melayu ketika itu, British begitu tertekan dan memerlukan bantuan dari luar. Solusinya, tentera British telah membawa askar Gurkha dari India dan Sri Langka untuk memperkuatkan ketumbukkan askar British yang sedia ada. Jelas bahawa Pantai Morib menjadi hab pemerintahan British ketika itu. Selain dari tempat turunnya askar simpanan, semestinya pantai Morib adalah tempat pengumpulan logistik peperangan British.

Tidak hairanlah jika melalui kawasan sekitar Morib terdapat banyak peninggalah rumah lama yang bersenikan rumah rekabentuk British dan salah satunya adalah Banglo Seri Pantai Morib.

Interior Banglo Usang
Banglo Seri Pantai Morib mungkin adalah sebuah bangunan singgahan tentera British dalam usaha memperkuatkan askar British melawan Jepun, lebih tepatnya menakluk semula Selangor yang telah dijajah Jepun.

Dalam Banglo Seri Pantai
Jika dilihat dari aspek rekabentuk dan seni 'architecture' banglo ini menyamai konsep senibina penjajah British di Tanah Melayu. Ketinggian dan segmen dalam banglo.
Contoh Rekabentuk Banglo British Singapura
Peratusan untuk banglo ini dahulunya adalah sebuah bangunan pentadbiran adalah lebih tinggi memandangkan Pantai Morib merupakan kawasan pengumpulan bukan sahaja askar gurkha dari india malah turut menjadi pusat logistik barangan ketenteraan. Maka boleh disimpulkan bahawa banglo seri pantai ini adalah sebuah banglo singgahan British untuk beriadah dan juga menjadi sebuah bangunan pentadbiran urusan ketenteraan di 'pangkalan' pantai Morib ini.

Penyataan ini juga turut diteguhkan melalui transkrip temubual dengan penduduk tempatan yang menyatakan banglo-banglo tinggal sekitar Pantai Morib adalah sebahagian bangunan pemerintahan tentera British di zaman Jepun.

Anda fikir anda tahu Misteri Banglo Usang Seri Pantai, Pantai Morib ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.