Header Ads

Pengalaman & Tips Menonton Perlumbaan MotoGP Di SIC Sepang Malaysia


"Tiket MotoGP"

MotoGP merupakan acara tahunan terbesar sukan permotoran di Malaysia. Selepas siapnya Sepang International Circuit (SIC) di sebelah Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan dipisahkan oleh sebatang jalan bernama Jalan Pekeliling.


Tips Pengalaman MotoGP Sepang
Pengalaman Menonton MotoGP Sepang

Bulan Oktober setiap tahun Sepang bergegar bukan sahaja kerana deruman enjin 1000CC, 600CC dan juga 250CC tetapi gegaran yang dirasakan dengan kehadiran peminat permotoran rantau asia tenggara. Sepanjang 7 tahun berturut-turut penulis dan isteri bersama para peminat motoGP ini mengikuti perlumbaan ulung sukan motor di dunia ini. Pelbagai pengalaman berhujan, berpanas, namun bersalji belum lagi. Ketika bujang penulis sentiasa berada di tempat duduk penonton K1 yang tidak berbumbung, namun selepas ditemni isteri penulis menukar kawasan 'spectating' baharu iaitu C2 (Covered, berbumbung). 


Tempat duduk C2 adalah kategori tempat duduk termurah dalam senarai tempat duduk MotoGP di SIC dari semahal-mahal harga MotoGP VIP Village yang mencecah EUR1,048.34. Sehingga artikel ini ditaip, harga adalah dibawah RM50 lebih tepat RM44.20 tidak termasuk harga parkir, untuk golongan kurang berada macam penulis. Kawasan C2 begitu luas, sukar untuk melihat pada laman sesawang SIC untuk tempahan tiket kawasan ini 'sold out'. Kawasan terbaik untuk family dan rombongan yang ramai. Namun, risikonya adalah untuk mereka yang sanggup berhujan dan berpanas serta bersalji (dengan habuk) disini.


Bersesak di C2 Covered Bersama Isteri & Adik

Kawasan parkir telah disediakan dan di'assign' dengan jelas berdasarkan kedudukan tiket anda, bagi C2 (Covered) parkir Bay 8 adalah untuknya. Usah khuatir jika tersilap parkir di mana-mana Bay parkir, kerana terdapat 'bus shuttle' Rapid KL yang akan mengelilingi kawasan parkir-parkir ini termasuklah pintu masuk utama. C2 merupakan kawasan terbaik untuk 'spotter' atau jurukamera yang masih amateur seperti penulis, yang masih terkial-kial untuk setting ISO, aperture dan shutter speed pada DSLR menu 'manual'.


C2 Covered Hillstand View | SIC Website

C2 Covered di atas hanya pengalaman penulis, tetapi jika anda inginkan suasana berbeza itu terpulang, jika ada duit lebih mungkin boleh berjabat tangan dengan Rossi, Marquez, atau mungkin Folger dan Rabat. Semua 'spectator view' ini terdapat di dalam laman sesawang SIC di bahagian event dan ticketing.

Tiket biasanya diperoleh melalui online, lawati sahaja laman web SIC [ Buy MotoGP Sepang Ticket Online ] bahagian 'online ticketing' ikut segala menu arahan, anda boleh mencetak ticket online anda dan membawanya ketika event MotoGP berlangsung.

Bagi setiap tiket anda boleh memasuki kawasan tempat duduk anda untuk tiga hari, pada kebiasaan, jumaat, sabtu dan hari perlumbaan ahad. Begitu juga dengan bayaran parkir boleh dimasukan sekali ketika belian tiket di dalam online dan boleh digunakan parkir tersebut untuk tiga hari.


Tiket MotoGP Sepang
Tiket MotoGP SIC Sepang

Bagi mereka yang inginkan tiket berbentuk kepingan yang bewarna warni, boleh dapatkan tiket di kaunter pembelian sebelum atau pada hari 'kejadian' di kaunter belian tiket di SIC. Namun, bagi mereka yang membeli tiket sebulan sebelum motoGP Sepang berlangsung, tiket ini hanya dapat diambil SEBULAN sebelum acara MotoGP meskipun anda pergi sendiri ke kaunter tiket di SIC.


valentino rossi 46 litar sepang motogp
Rossi 46 Sepang | Instagram: @mizanogram

Moto 3 Sepang Turn 9 | Instagram @mizanogram
Moto 2 Sepang Turn 9 | Instagram @mizanogram
Moto 2 Hafiz Syahrin MotoGP Sepang
Moto 2 Malaysia hafiz Syahrin | Instagram @mizanogram

Gambar-gambar di atas merupakan cubaan penulis menjadi seorang motoGP photographer dengan gaya yang masih amateur. Cubalah rasai sendiri 'pekikan' enjin bermula dengan deruman dari ekzos motosikal Shell Asia Tallent, Moto3, Moto2 dan acara kemuncak MotoGP. Sediakan air minuman yang mencukupi, bawa siap dari rumah jika anda 'cerewet' dengan kekurangan wang dalam dompet. Payung atau mungkin khemah bersaiz sederhana boleh membantu. Powerbank cukup penting melainkan anda mampu mengeluarkan kuasa elektrik dari badan untuk mengecas telefon anda. 

Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk menyertai 'event' sebegini, untuk mereka yang ramai anak kecil tidak digalakkan datang kerana boleh mengundang ketidakselesaan kepada semua orang. Apalagi waktu pulang yang akan memerlukan kesabaran anda yang tinggi dengan kenderaan masing-masing kerana keadaan trafik yang tidak selancar yang diharapkan dalam dunia yang sempurna. Namun, bagi yang betul-betul kental dan betul-betul tinggi keazaman dalam diri semua ini tiada hal lah.

Anda fikir anda tahu Pengalaman & Tips Menonton Acara MotoGP Di SIC Sepang Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.