Header Ads

Nama Pokok yang Diberikan Kepada Pemenang Pingat Sukan SEA KL 2017


"One Medal, One Tree"

Sukan SEA ke-29 yang sedang berlangsung secara rasminya selepas upacara pembukaan yang cukup gilang gemilang pada 19 Ogos 2017 lalu. Ditambah pula dengan kemarau emas dalam acara men's 100m dari tahun 2003 telah subur kembali dengan kemenangan Khairul hafiz Jantan atau dengan gelaran 'Speedy Jantan' dalam acara 100meter lelaki akhir yang merangkul gelaran Raja Pecut Asia Tenggara untuk tempoh dua tahun mendatang.


Penyampaian Pingat Emas Sukan SEA Kuala Lumpur
Anak Pokok Pingat Sukan SEA Kuala Lumpur
Misi merangkul 111 pingat emas dan seterusnya untuk bergelar juara keseluruhan untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini tidak mustahil. Bukan sahaja Malaysia, bahkan negara lain yang bertanding pingat emas adalah buruan. Di temasya sukan sebegini memenangi pingat emas adalah apa yang dicitakan atlet.


Kita sudah sedia maklum bahawa pingat emas hanya diperolehi oleh mereka yang memenangi sesuatu acara dalam kata lain mendapat tempat pertama, itu sudah sedia maklum.

Apa yang lebih menarik adalah atlet dari negara yang memenangi pingat emas berpeluang menyanyikan lagu kebangsaan masing-masing dengan penuh bersemangat. Jangan lupa akan pemenang kedua dan ketiga yang turut pulang dengan pingat perak dan gangsa sebagai kenang-kenangan.



Jika diperhatikan pingat-pingat (tidak kira emas, perak atau gangsa) yang diberikan oleh VIP kepada pemenang diberikan bersama maskot kejohanan dan mungkin bunga-bungaan. Uniknya bagi Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur, mungkin ada yang perasaan, selain pingat dan patung plush maskod RIMAU, terdapat satu anak pokok turut diberikan. Memang anak pokok hidup, bukan plastik atau PVC.

Pemberian anak pokok kepada atlet yang memenangi pingat di temasya kali ini ada misinya. Konsep kesan rumah hijau (bunyinya seperti rumah hijau pasukan di sekolah) dipraktikkan.

Tujuan dan Simbolik Pemberian Anak Pokok

Menurut pihak MASOC (Jawatan Kuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia), pemberian anak pokok sebagai simbolik kepada penyeimbangan semula alam setelah begitu banyak karbon yang telah dikeluarkan sepanjang temasya Sukan SEA. Dari obor yang dinyalakan pada hari pembukaan, kenderaan yang membawa atlit-atlit ke 'venue' pertandingan dan pelbagai lagi kesan pencemaran alam ketika temasya berlangsung. Anak pokok ini sebagai 'bayaran balik' kepada alam selepas kita menyebabkan pencemaran. Itu adalah konsepnya.

Program yang dinamakan "Satu Pingat Satu Pokok" ini, memerlukan 5,249 anak pokok untuk menjayakannya. 

Inisiatif sebegini merupakan antara program men'sukan SEA'kan rakyat selain larian sukan SEA dan larian Obor di seluruh Malaysia. 'Gimik' satu pingat satu pokok ini merangkumi beberapa fasa dalam programnya.

Fasa pertama merupakan majlis pelancaran yang diadakan pada hari ini. Fasa kedua pula adalah pemberian anak-anak pokok kepada para atlet pada upacara penyampaian hadiah bagi setiap acara sukan sewaktu temasya KL2017 berlangsung. Fasa ketiga adalah acara menanam pokok bagi setiap pingat emas yang dimenangi oleh atlet Malaysia yang akan diadakan selepas tamatnya temasya KL2017 di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KL Sports City). Manakala fasa keempat yang telah dirancang adalah untuk penamanan anak pokok di beberapa kawasan di bawah Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) bermula Oktober 2017 sehingga Mac 2018.


“Seperti yang saya selalu katakan, Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN bukan semata-mata landasan memburu pingat. Ia juga adalah satu platform untuk perlaksanaan program legasi yang mampu meninggalkan impak positif kepada generasi muda. Inisiatif Hijau, contohnya, telah dilaksanakan untuk menghebah, mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni mengenai alam sekitar”.

YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Tiga jenis anak pokok yang dipilih adalah:
  • syzygium polyanthum (Pokok Salam)
  • garcinia hombroniana (Pokok Beruas)
  • syzygium malaccense (Pokok Jambu Bol)
Anak-anak pokok yang dimenangi oleh pemenang pingat emas kontinjen Malaysia, akan digunakan sebagai tanaman di Bandar Sukan Kuala Lumpur. Menurut MASOC, anak-anak pokok ini akan ditanam dibawah 'viaduct' atau jejambat untuk hidupan liar melintas. Itu adalah perancangan yang telah dibuat kepada nasib anak-anak pokok yang dimiliki oleh pemenang pingat emas Malaysia, mungkin atlet lain boleh menanam anak-anak pokok ini sebagai tatapan kenangan nanti.


syzygium polyanthum (Salam)
syzygium polyanthum (Salam)
garcinia hombroniana (Beruas)
garcinia hombroniana (Beruas)
syzygium malaccense (Jambu Air)
syzygium malaccense (Jambu Bol)
Selain memberikan kenangan berharga kepada atlet yang berjaya memiliki anak-anak pokok ini semoga maksud tersirat dari pemberian cenderamata berupa anak pokok untuk keamanan dan tiada sebarang kontroversi dalam temasya edisi kali ini. Subur persahabatan antara negara bertanding sebagaimana hijaunya dedaunan pokok-pokok tersebut.


Anak Pokok Sukan SEA dan RIMAU
Anak Pokok Sukan SEA dan RIMAU
Buah beruas yang juga dikenali sebagai manggis hutan boleh dimakan buahnya yang memiliki rasa masam tapi sedap. Jambu bol juga boleh di makan sama spesis dengan jambu air dan tumbuh meliar dan tidak begitu komersil untuk pasaran. Pokok salam biasa dikenal dengan nama pokok serai kayu yang memiliki buah seakan buah ceri malaysia. Daun serai kayu dikhabarkan mampu mengawal darah tinggi.


Kesemua pokok-pokok ini boleh dimakan buahnya, apalagi atlet yang bertuah mendapat anak pokok jambu bol. Mungkin boleh menuai hasilnya nanti makan di petang hari dengan kuah rojak pak ali.

sumber: KL2017 Masoc


Anda fikir anda tahu Nama Pokok yang Diberikan Kepada Pemenang Pingat Sukan SEA KL 2017 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.