Header Ads

Hukum Hadiah Pertandingan Memancing Dalam Islam


"Hukum Pertandingan Memancing"

Memancing pada asalnya suatu aktiviti untuk masa lapang dan sebagai hobi. Dengan bertambahnya zaman dan peralatan memancing juga seiring dengan teknologi. Pada awalnya, batang buluh menjadi rod memancing tetapi kini sudah ada rod yang diperbuat dari carbon fiber.


Hukum Pertandingan Memancing Dalam Islam Halal Haram
Hukum Pertandingan Memancing 
Begitu juga aktiviti memancing, asalnya hobi dan menjadi mata pencarian kini sudah banyak pertandingan memancing sudah dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Jika bercerita mengenai pertandingan, hadiah menjadi rebutan, bukan ikan lagi. Pelbagai hadiah yang ditawarkan bergantung kepada pengelola atau penganjur. Ada hadiah berupa ratusan ringgit dalam not duit atau sebuah Hillux atau kenderaan lain. Tidak kiralah ganjaran bagaimana ia merupakan hadiah kepada kategori tertentu yang diperkenalkan dalam pertandingan memancing tersebut.


Apa hukum 'memakan' atau menggunakan hadiah yang dimenangi ini ?

Ada dua hukum sebenarnya datang dari pertandingan memancing. Haram dan Harus.

Haram

Terdapatnya unsur judi (al-qimar). Sebagai contoh, peserta yang ingin bertanding membayar wang yuran untuk bertanding setiap seorang membayar RM100. Peserta yang menyertai pertandingan seramai 10,000 orang.

Wang terkumpul bagi menyertai pertandingan ini adalah RM1,000,000. Hadiah pertama berjaya dibawa pulang sebanyak RM100,000. Bagi hadiah kedua bernilai RM75,000 dan hadiah ketiga boleh bawa pulang hadiah bernilai RM50,000. Kesemua wang yang dicampur adalah RM225,000.

Masih terdapat RM775,000 yang berbaki (RM1,000,000-RM225,000). Duit yang berbaki ini digunakan untuk membeli hadiah tempat ke empat sehingga sepuluh dan mungkin terdapat saguhati. Ini merupakan konsep judi, kita mempertaruhkan wang RM100, dan menunggu nasib mendapat ikan yang mampu meraih hadiah lumayan.

Kesian Husin Lempoyang kerana hanya mampu mendapat ikan sepat ketika bertanding yang menidakkannya untuk memperoleh sebarang hadiah walau seutas tangsi meskipun berhabis duit RM100 untuk menyertainya. Islam melarang perbuatan penindasan terhadap makhluk Allah, siapa yang tertindas dalam hal sebegini ? Ya, mereka yang hanya pulang tanpa sebarang hadiah atau mendapat hadiah kurang dari yang diberikan semasa pendaftaran. Ini yang menjadikan pertandingan memancing berkonsepkan sebgini haram dilakukan.

Islam bukanlah agama kongkongan, pertandingan memancing tidak salah apa yang salah adalah menyalahi konsep Islam tersebut. 

Halal

Satu pertandingan memancing yang diadakan sama nilainya hadiah yang ditawarkan pada kisah di atas. Namun, tiada bayaran diminta oleh penganjur kepada peserta.

100% perbelanjaan hadiah adalah dari individu atau pihak yang ingin menaja pertandingan ini. Tidak menggunakan satu sen pun duit dari peserta. Shimano dan Digitaka atau Okuma bersetuju menjadi penaja kepada pertandingan ini dan boleh menyumbangkan hadiah keseluruhan bernilai RM1,000,000.

Jika Pak Mat Tempe berjaya menangkap ikan Marlin seberat 600kg dan berjaya mengondol hadiah utama bernilai RM100,000 maka hasil hadiah tersebut adalah harus digunakan atau dimakan.

Hukum-hakam dalam Islam tidak bermaksud mengongkong manusia untuk melakukan sesuatu dalam erti kata artikel ini adalah memancing. Jika kena akan aturan dan tidak berlaku penindasan dalam aktiviti pertandingan memancing yang menyebabkannya menjadi haram, pertandingan memancing dibolehkan.

Sumber: Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Anda fikir anda tahu Hukum Hadiah Pertandingan Memancing Dalam Islam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.