Header Ads

Cara Dapatkan Tiket Menonton MotoGP Sepang Malaysia


"Tike MotoGP Sepang"

Sepang International Circuit Sepang Malaysia (SIC) merupakan penganjur MotoGP di rantau asia tenggara. Sepang Malaysia merupakan venue kedua terakhir dalam jelajah sukan permotoran dunia dibawah FIM ini.


Cara Dapatkan Tiket MotoGP Sepang Malaysia
Tiket MotoGP Sepang Malaysia
Bulan oktober setiap tahun adalah masa motoGP rantau asia tenggara berlangsung. Ramai peminat motoGP dari Indonesia, Thailand, Filipina dan negara rantau asia terdekat datang memeriahkan motoGP di Sepang Malaysia. Peminat dari luar asia turut menjadikan Sepang sebagai pusingan motoGP yang tidak akan dilepaskan selain dapat melancong di Malaysia yang memiliki pelbagai tempat peranginan dan makan terbaik.


Tiket masuk ke MotoGP sepang akan mula dibuka untuk tempahan dan jualan pada setiap awal tahun dengan harga early bird dan diskaun. Tiket yang ditawarkan merangkumi 3 hari (jumaat, sabtu, dan ahad) event untuk pengunjung merasai kemeriahan beramai-ramai menyokong pasukan dan pilot kesukaan masing-masing.



Rugi jika peminat sukan permotoran lepaskan peluang untuk bersama-sama menyaksikan MotoGP di sepang. Peminat motoGP luar dan tempatan boleh mendapatkan tiket melalui beberapa cara:

Walk-In Ticket

Walk in ticket anda akan mendapat tiket yang berwarna warni sebagai kenangan. Tiket secara fizikal.

1. Kaunter Tiket SIC


SIC Sepang Ticket Counter
SIC MotoGP Sepang Ticket Counter
Kaunter di Sepang International Circuit Sepang Jalan Pekeliling dibuka setiap hari kecuali hujung minggu. Tiket hanya boleh diperoleh SEBULAN sebelum event MotoGP meskipun membelinya awal perlu mengambil tiket tersebut SEBULAN sebelum event.
Masa operasi kaunter tiket SIC Sepang adalah dari

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Kaunter Tiket di SIC dan booth tiket bergerak (mobile booth) di KLCC. Kadang-kadang pihak SIC turut membuka 'booth' mereka di mall-mall terpilih seperti Nu Sentral atau KL Sentral.


MotoGP Ticket Counter Booth KLCC
MotoGP Ticket Counter Booth KLCC
Penting untuk mengikuti 'follow up' mendapatkan tiket di facebook atau website SIC untuk mendapatkan update untuk pembelian tiket 'face to face'. Pada tiga hari event motoGP juga ada jualannya, namun sanggupkah anda beratur panjang ? 

Online Ticket

Tiket online memerlukan anda mendaftar masuk (log in) pada laman web tersebut. Segala tiket adalah dalam bentuk e-ticket yang memiliki kod bar yang disahkan.
Log in, bayaran online dan cetak.

2.Laman Web SIC (www.sepangcircuit.com)


SIC Website Online MotoGP Ticket 
Dalam laman web SIC Sepang Malaysia, cari menu event dan ticketing dalam bahagian tersebut telah disenaraikan dengan terperinci kawasan menonton, harga tiket, dan bayaran tambahan untuk parkir dan makanan serta minuman.

Jika membeli melalui laman web SIC anda perlu memiliki dan mengaktifkan akaun Maybank2U dan PayPal jika ada. Anda juga perlu mendaftar untuk 'log in' masuk meneruskan pembelian tiket. Pembelian tiket melalui laman web SIC mungkin lebih murah berbanding walk-in.

E-ticket boleh dicetak di rumah, apa yang penting adalah bar code tersebut. Bagi mereka yang ingin memiliki kepingan tiket original boleh menekan butang 'box office collection' dan memerlukan anda memasukan nombor kad kredit jika ada.

3. Malaysia-MotoGP-dot com (www.malaysia-moto-gp.com)

Sebuah laman web dikhaskan kepada peminat luar kerana berurusan dalam nilai matawang euro bukan ringgit Malaysia.  Dikelaskan sebagai laman web boleh dipercayai oleh trustpilot dengan 4 bintang. 

4. Stubhub.my

Sebuah laman web 'online ticketing' segala event di Malaysia. Bukan sahaja MotoGP malahan tiket konsert yang berlangsung di Malaysia turut dijual disini.
Anda perlu ke bahagian 'sport' dan klik pada menu 'motoGP'. Senarai tiket yang masih 'available' akan keluar. Namun harganya mungkin mahal berbanding laman web SIC.

5. Facebook Fans Page/Group MotoGP

Anda mungkin boleh 'like' dan 'join' mana-mana fans page atau group motoGP Malaysia atau mana-mana. Mungkin akan ada sesiapa yang tidak bertuah untuk ke motoGP namun sudah terbeli tiket.

Golongan ini mungkin akan cuba menjual kepada fans lain kerana tiket yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan semula. Terdapat beberapa fans page mengadakan kuiz atau pertandingan dan menjadikan tiket sebagai hadiah, sertainya mana tahu rezeki anda.

Ini adalah sebahagian dari pengetahuan penulis dalam mendapatkan tiket motoGP di Sepang. Mungkin terdapat lain-lain cara. Tiket yang sah sahaja dibenarkan memasuki pagar litar.

Setiap staff yang menjaga pintu masuk memiliki pembaca kod bar dan kod bar yang sah sahaja dapat dibaca. Penggunaan kod bar memang efisien bagi mengelakkan tiket palsu, jualan dari ulat tiket yang tidak sah dan pengawalan bilangan penonton pada satu satu venue.

Selamat menyaksikan kejohanan MotoGP di Malaysia!

Anda fikir anda tahu Cara Dapatkan Tiket Menonton MotoGP Sepang Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.