Header Ads

Bercuti Di Pantai Teluk Kemang Singgah Bermalam Di Port Dickson Golf & Country Club Resort


"Bercuti Di Port Dickson"

Port Dickson, Negeri Sembilan merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong tidak kira tempatan dan luar negara. Pantai yang memutih, laut membiru dan ditemani angin bayu laut yang menyegarkan menambahkan lagi ketenangan ketika bercuti. Sudah sekian lama popular dari zaman televisyen warna hitam putih banyak filem lama yang akan menjadikan port dickson sebagai tempat peranginan dalam filem tersebut. 


Pantai Teluk Kemang Port Dickson Cantik
Pantai Teluk Kemang
Pantai Telok Kemang merupakan nadi ibu kepada pesisiran pantai port dickson. Dengan mercu tanda rumah api (Teluk Kemang Observatory) nun di hujung selatan pantai, dan deretan khemah berbayar di tepian pantai. Ditambah dengan deretan kedai makan di bawah pohonan rhu yang menjual pelbagai jenis makanan 'ala pantai' seperti masakan panas, keropok, goreng pisang, apalagi keenakan cendol dan abc yang mampu menghilangkan rasa suam-suam air laut yang berhembus dari laut.


Gerai buah-buahan yang diselang seli dengan jualan cenderamata bertemakan Port Dickson membuktikan bahawa Pantai Teluk Kemang merupakan kawasan tumpuan ramai. Penulis tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan cenderamata sebagai kenang-kenangan berupa dua helai t-shirt yang agak 'rare' tulisannya, sebagaimana gambar di bawah.." Den Nak Kobar Den Jumpo Baju Ni Kek PORT DICKSON"


Baju Kenangan Port Dickson Den Nak Kobar
Cenderamata T-Shirt Port Dickson
Ok..den dah kobar dongan gambar

Pantai Teluk Kemang menurut pekedai yang menjaga kedai barangan cenderamata pada malamnya kurang meriah. Kurang meriah kerana gerai makan dan kedai cenderamata sudah ditutup pada jam 7 malam. Kemeriahan membeli belah di pantai Teluk Kemang berakhir malam, namun malam mungkin aktiviti yang lain pula boleh dilakukan di tepian pantai seperti berkhemah dan elakkan permulaan zina iaitu bermaksiat di tepi pantai. Salah satu mengapa malam kawasan pantai selat melaka kurang meriah adalah perubahan bayu laut kepada bayu darat, amat sukar untuk merasai angin laut pada waktu malam sebagaimana diterangkan dalam artikel bayu laut ini. 

Port Dickson Golf & Country Club Resort


Lobi Resort Hotel PD Golf & Country
Lobi dan Administration Block PD Golf  & Country Club | Agoda.com
Dua tema berlainan, golf dan percutian. Namun, bukan sesuatu yang asing bagi zaman sekarang. Port Dickson Golf & Country Club resort yang terletak di Jalan Pantai Dirusa, Kampung Si Rusa Port Dickson Negeri Sembilan menawarkan pakej percutian dalam kehijauan padang golf.

Penulis dan isteri berpeluang untuk bermalam di salah sebuah bilik yang dalam saiz sederhana sebagai tempat bermalam dalam projek menikmati pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Terima kasih kepada pasangan Puan Zuriati dan suami (bekas rakan sekerja penulis di AMC Fabricator Shah Alam) kerana memberikan peluang kami suami isteri menikmati percutian di Port Dickson dengan 'sponsor' bilik untuk satu malam yang berharga lebih kurang RM 150/bilik.


Televisyen Cerek Air Air Condition Fasiliti Resort
Kemudahan Hotel
Antara kemudahan yang terdapat pada hotel 2-bintang ini adalah balkoni yang agak luas untuk sidaian pakaian atau bersantai melihat matahari terbenam sambil meminum coffee, WIFI percuma, dan 24 jam room service selain bilik yang berhawa dingin (air-conditioning) dan shower heater bagi mereka yang tak tahan kesejukan ketika mandi. Televisyen turut disediakan sebagai pelengkap suasana.

Resort ini telah mendapat rating yang agak tinggi dari review pengunjung di agoda.com dengan jumlah rating 6.8/10 yang dianugerahkan 3 bintang dalam review agoda.com. Meskipun Port Dickson sudah 'crowded' dengan deretan hotel, motel dan chalet pelancong tempatan dan luar negara. Memerlukan pemanduan dalam beberapa ratus meter dari pintu gerbang masuk ke resort ini, sebeagai landmark, bersebelahan hospital Port Dickson.



Lobi dan kaunter pendaftaran diasingkan dari kawasan inapan. Bangunan yang berkongsi dengan lobi resort ini dilengkapkan dengan satu cafe terbuka dan satu cafe tertutup. Cafe terbuka untuk pada pemain golf untuk mendapatkan makanan dan sesiapa sahaja. Bagi cafe tertutup dikhaskan bagi penginap yang mengambil pakej termasuk breakfast yang berkonsepkan buffet, malah jika anda bukan penginap dan ingin menikmati buffet dari resort ini bayaran RM21 (tertakluk kepada semasa) akan dikenakan oleh pekerja yang ditugaskan di depan cafe tertutup ini.


Makan Bersama Puan Zuriati dan Tuan Hasrol
Cafe terbuka menghidangkan pelbagai masakan, termasuklah masakan panas. Usah berkerut dengan harga bayaran kerana sudah diketahui 'standard' sebuah kelab golf. 

Bilik-bilik di PD Golf Country Club ini ditempatkan di dalam apartment yang berlatarkan warna hitam dan putih. Tiga blok apartment dijadikan penempatan para pengunjung resort ini. Terletak di atas bukit yang sederhana saiznya bersebelahan dengan peminat golf melakukan latihan pukulan golf.


Kolam Mandi Hotel PD Golf & Country Resort
Outdoor Pool
Resort ini turut memiliki 'outdoor pool' yang membolehkan keluarga bersantai selepas breakfast atau di waktu petang. Namun, dinasihati melihat dahulu penanda kedalaman kolam yang telah dicat pada jubin kolam. Kedalaman melebihi 5 meter, kedalaman sederhana dan untuk kanak-kanak. Seorang penjaga kolam disediakan oleh pihak resort untuk sebarang kemungkinan dan sebagai penjaga kaunter tuala.

Penginap diberikan masa dari jam 7 pagi sehingga 7 malam untuk menggunakan kolam. Berendam di dalam kolam dengan ditemani kapal terbang yang melintasi di udara menuju KLIA dan KLIA2 cukup mempersonakan.


Pantai Port Dickson Teluk Kemang Banana Boat
Pantai Port Dickson
Port Dickson, siangnya merasai bayu laut Selat Melaka, malamnya rasai nikmat santai. Siang di Port Dickson apalagi kalau bukan menikmati bayu laut dan desiran ombak menghempas di pasiran sambil melihat kanak-kanak berkejaran dan bot dan perahu layar meliang liuk dibawa arus laut.


Sunset Di Port Dickson
Resort yang menghadap Selat Melaka ditambah pula dengan ketinggian tempat penginapan memungkinkan pencinta 'sunset' untuk mendapatkan permandangan matahari terbenam dengan keindahan warna biru langit yang kian pudar yang akan diselubungi warna jingga yang indah selain memberikan tanda bahawa waktu maghrib sudah tiba.

Sudah terkenal sekian lama dan mungkin sudah bosan akan stereotaip pantai PD. Namun, malamnya boleh dikatakan sebagai syurga untuk bersantai tambahan pula dataran PD yang sudah siap lokasi terbaik untuk bersantai malam. Bagi yang lebih gemar berkumpul bersama famili dan rakan di kedai makan, deretan kedai makan sepanjang pantai port dickson sedang melambai-lambai kepada anda.

Banyak kedai makan dan restoren dari penjaja sehinggalah restoren yang besar selain pelbagai kedai makan ala tom yam yang ada, anda sendiri yang memilihnya. Pasar malam Batu 4 hari Ahad di Port Dickson juga merupakan salah satu penyebab trafik yang sesat di jalan pesisir selain dari banyak kenderaan sini sana kesesakan trafik boleh berlaku apabila kenderaan diperlahankan, ya lah masing-masing sedang berbincang 'nak makan mana' kerana deretan kedai makan yang begitu banyak dan pelbagai boleh menyebabkan rambang mata untuk singgah. Benda sebegini adalah lumrah apabila bercuti di kawasan tarikan awam jadi kesabaran dan etika seorang manusia perlu diutamakan, bertimbang rasa.

Kami berempat mencuba siakap 3 rasa, sotong celup tepung, tom yam campur dan beberapa gelas air di salah sebuah restoran tom yam siam di Jalan Pantai Port Dickson.

Sesudah makan-makan, dan usai membayarnya, biarkan sistem penghadaman buat kerja mereka apa kata berjalan di sekitar pantai dengan desiran angin bertembung dengan dedauan rhu atau bersantai di dataran PD yang baharu siap. Mungkin bagi mereka yang sudah kehausan bateri tenaga setelah berpenat lelah bermain di pantai pada siang hari tadi, pulang ke chalet atau hotel disirami air suam boleh memberikan kesegaran kembali.

Pulau Burung Port Dickson

Bagi mereka yang berkunjung ke Port Dickson jangan lupa luangkan sedikit masa singgah dan bergambar di Pulau Burung. Cukup indah dengan permandangan pohon-pohon bakau dengan akarnya umpama kaki alien dan batuan hitam menghiasi sekeliling Pulau Burung menghadap Selat Melaka.


Pulau Burung Port Dickson Menarik
Pulau Burung
Dibuka kepada orang ramai untuk mengelilingi pulau kecil ini dengan permandangan pohon bakau, air laut membiru dan batuan coklat. Pengunjung akan melalui laluan yang diperbuat dengan kayu berupa titian perjalanan pasti kepulangan . Pulau Burung yang hanya seluas padang bola sepak kanak-kanak ini turut didirikan satu menara tinjau mungkin untuk mereka yang ingin menangkap gambar burung-burung atau menikmati panorama pantai Port Dickson dari sudut yang berbeza.



Penghubung Pulau Burung
Titi Ke Pulau Burung
Laluan Pejalan Kaki Pulau Burung
Laluan Pejalan Kaki 

Dinamakan Pulau Burung kerana pulau kecil ini yang hanya dipisahkan dengan beting pasir dengan daratan menjadi tempat singgahan burung-burung sekitar.


Jalan-Jalan Keliling Pulau Burung Port Dickson
Jalan-Jalan Keliling Pulau Burung Port Dickson

Anda fikir anda tahu Bercuti Di Pantai Teluk Kemang Singgah Bermalam Di Port Dickson Golf & Country Club Resort ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.