Header Ads

Berapa Kali Gerhana Matahari Berlaku Dalam Setahun ?


"Gerhana Matahari"

Bagi masyarakat silam dan yang berpegang kepada kepercayaan terhadap alam semesta mengaitkan kejadian gerhana matahari sebagai satu musibah. Contohnya, dalam filem 'the mummy', apabila ketua paderi yang selaku 'the mummy' tersebut yang memiliki kuasa sihir telah menyebabkan berlakunya gerhana matahari yang dikatakan (dalam cilem tersebut) adalah disebabkan ahli sihir mumia berkenaan. Apalagi dalam drama bersiri Heroes, kebolehan heroes akan hilang apabila berlakunya gerhana matahari.

Itu sebagai contoh, kita sebagai umat Islam amatlah dilarang mempercayai benda khurafat sebegini.


Berapa Kali Gerhana Matahari Berlaku Setahun
Gerhana Matahari

Gerhana matahari adalah aturan alam, sunnatullah dari Allah. Di zaman sains dan teknologi yang membolehkan manusia meneroka alam semesta sehingga berjuta-juta tahun cahaya jauhnya mitos, mistik dan kepercayaan gerhana adalah tanda musibah sudah lapuk ditelan kemodenan.



Gerhana matahari adalah kitaran alam sebagaimana putaran bumi pada paksinya (23 darjaha) yang menyebabkan siang dan malam, dan proses bumi mengelilingi matahari yang menjadikan genap satu tahun untuk kita menyambut tahun kelahiran, begitu juga putaran bulan mengelilingi bumi yang membolehkan umat Islam berpuasa selama sebulan.

Gerhana matahari juga ada kitarannya. Gerhana matahari berlaku apabila bayang-bayang bulan jatuh ke atas permukaan bumi. Dalam erti kata lain bulan menghalang cahaya matahari dari menuju ke permukaan bumi pada suatu kawasan. Kita sedar bahawa tiga objek ini, bumi, bulan dan matahari, sentiasa berkaitan.

Akan ada satu masa di mana bulan akan melintasi hadapan permukaan bumi dan menghalang cahaya matahari dari terus menyinari kehidupan kawasan tertentu.

Dalam satu tahun berapa kali berlaku gerhana matahari ?

Kebanyakan kalendar astronomi yang dikeluarkan oleh pihak kajian angkasa lepas, menyatakan dalam setahun akan terdapat dua kali gerhana matahari yang akan berlaku. Jumlah maksimum berlakunya gerhana adalah lima kali dalam setahun, namun lima kali adalah sangat jarang. Mengikut pengiraan NASA, untuk bertemu gerhana matahari dalam sebanyak 5 kali dalam satu tahun, akan berlaku gerhana sebanyak itu hanya 25 tahun dalam tempoh 5000 tahun.

Dalam bahasa yang telah dipermudahkan, dalam 5000 tahun terdapat 125 kali (25x5) gerhana matahari. Dalam julat 5000 tahun, terdapat 25 tahun dari 5000 tahun tersebut terjadinya gerhana matahari sebanyak 5 kali untuk setahun. Ada yang faham ? Good. Maksudnya amat jarang untuk bertemu 5 kali gerhana matahari dalam setahun, yang terakhir adalah pada tahun 1935 dan akan datang adalah pada tahun 2206.

Jenis Gerhana Matahari 

Penting untuk mengetahui jenis gerhana matahari kerana apabila berlaku gerhana matahari bukan satu dunia akan mengalaminya walaupun purata berlakunya gerhana matahari adalah dua kali setahun, mungkin kawasan anda menerima gerhana, kawasan lain tidak, kerana bumi adalah abang sado berbanding bulan hanya kanak-kanak, dalam pawagam dapatkah kanak-kanak menghalang keseluruhan skrin di hadapan kepada abang sado, semestinya abang sado dapat melihat cahaya walaupun sedikit di celah kepala kanak-kanak tersebut sebelum kanak-kanak tersebut diberikan amaran ataupun starlight di dahinya.




Tiga nama di atas adalah jenis gerhana matahari yang berlaku di bumi setakat ini. Keseluruhan matahari dilindungi bulan (total), sebahagian sahaja (partial) dan berbentuk cincin (annular) bergantung kepada kawasan pemerhati. Ada kawasan di bumi yang tidak kelihatan fenomena gerhana matahari kerana tempat lain mengalami jenis gerhana sebagaimana dijelaskan tadi.

Peringkat paling gelap semasa gerhana matahari untuk total, annular atau hibrid hanya boleh dilihat pada kawasan yang kecil sahaja.

Jadi berapa kali dalam setahun bumi akan menerima bayang-bayang dari bulan atau gerhana matahari ?

Jawapannya adalah dua kali dan paling maksimum bilangannya adalah lima kali dalam setahun.

Gerhana matahari seterusnya:






Anda fikir anda tahu Berapa Kali Gerhana Matahari Berlaku Dalam Setahun ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.