Header Ads

Ukuran Saiz dan Berat Bagasi Penumpang AirAsia & Malaysia Airlines yang Dibenarkan Dalam Pesawat


"Saiz & Berat Bagasi Penerbangan"

Terdapat kod dan etika yang telah ditetapkan oleh setiap syarikat penerbangan di dunia dalam pengurusan bagasi dalam pesawat. Malaysia Airlines dan Air Asia tidak terkecuali dalam menentukan saiz dan berat bagasi yang dibawa penumpang menaiki pesawat. Selain dari faktor ruang yang diutamakan demi keselesaan, pengurusan bagasi dalam pesawat turut menyentuh isu keselamatan.


saiz dan berat bagasi kabin untuk airasia dan mas
Saiz Berat Bagasi Airasia & Mas

Bagi mendapatkan jumlah kerusi (seat) yang paling maksima dalam sesebuah pesawat, pihak syarikat penerbangan telah melakukan review bersama pengeluar pesawat, bilangan tempat duduk, ruang tertentu. Dari sini, saiz bagasi dalam kabin untuk penumpang akan di tentukan, sebesar mana bagasi yang ideal untuk ruang tempat duduk dalam pesawat.

Dalam konteks berat, sebelum memulakan penerbangan, juruterbang (first officer biasanya, captain rileks saja) akan melakukan kiraan muatan (loading), yang akan menentukan, kelajuan untuk mula terbang, VR, jarak yang diperlukan untuk pesawat pecut sebelum terbang ( di atas runway), penjimatan bahan api dan keselesaan di udara, variasi vertical speed untuk 'deploy' flaps supaya flight attendant boleh membisikan 'peanut, sir' kepada penumpang tanpa perlu melawan force distribution yang menghalang.


Oleh itu, pihak syarikat penerbangan begitu mementingkan dua aspek yang berkaitan dengan bagasi iaitu saiz dan berat. Meskipun hal ini nampak remeh, namun pada konteks penumpang pula ia agak merumitkan. Pulang ke kampung atau bercuti dengan hanya sebuah 'backpack', relevankah ? Tambahan pula apabila mengunjungi tempat pelancongan yang bebas cukai, tempat membeli belah tersohor, cukupkah hanya satu 'backpack' ?

Kebijaksanaan penumpang dalam situasi ini diperlukan, tidak memerlukan anda bersalam dengan Naib Canselor Universiti untuk bijak dalam 'common sense', pemilihan saiz backpack [Saiz Backpack untuk Travel], dan berkongsi barangan dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang mengembara sama dengan bantuan alat timbang yang sudah disediakan di lapangan terbang.

Bagasi Dalam Kabin AirAsia




AirAsia membenarkan seorang penumpang sebuah kabin beg utama dan satu beg laptop atau satu beg tangan dalam kabin pesawat. saiz kabin beg utama mestilah tidak melebihi ukuran 56cm (tinggi) x 36cm (Panjang) x 23cm (Lebar) dan berat tidak melebihi 7kg. Bentuk fizikal bagasi ini perlu muat dengan ruang bawah tempat duduk di hadapan atau 'compartment' yang disediakan pada bahagian atas. (biasanya flight attendant akan membantu anda menyusun jika terdapat kekalutan di fikiran)

Bagi penumpang kanak-kanak yang berumur bawah 2 tahun, tidak tertakluk dengan syarat di atas. Bagi yang melebihi umur 2 tahun tertakluk dengan piawaian saiz dan berat di atas. Segala bentuk tempat duduk kanak-kanak yang memiliki nama stroller, pram, dan buggy akan di daftar masuk (check in) di kaunter dan tiada bayaran dikenakan melainkan tempat duduk kanak-kanak dalam kereta (infant car seat) akan di daftar masuk di kaunter dan dikenakan bayaran.

Bagasi Daftar (Check in) AirAsia




Bagi piawaian ukuran 'check in' atau dimasukan ke dalam kargo pesawat, setia bagasi tidak boleh melebihi ukuran  81cm (lebar) x 119cm (panjang) x 119 cm (tinggi) dan dengan jumlah berat 32kg (telah termaktub dalam peraturan Occupational Health and Safety Requirements).

Waktu dan tempoh untuk penumpang check in bagasi adalah:

1. Sekurang-kurangnya 45 minit, pelepasan untuk semua penerbangan AirAsia (AK/FD/QZ/PQJW)
2. Sekurang-kurangnya 1 jam, pelepasan untuk AirAsia X (D7)

Bagi yang sudah terlebih muatan, jangan buang atau membuka garage sale di kaki lima lapangan terbang kerana Sekiranya anda berada di pintu masuk pesawat dan anda tidak memenuhi polisi bagasi kabin kami, kami akan mendaftar masuk bagasi kabin anda. Bayaran bagasi pintu masuk pesawat akan dikenakan kepada anda. Peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Air Asia adalah melebihi saiz dan berat sebagaimana di atas makan caj dikenakan.

Nilai caj yang dikenakan adalah [ senarai caj bagasi lebihan Airasia ]

Bagasi Dalam Kabin Malaysia Airlines




Penumpang Malaysia Airlines  First Class dan Business Class dihadkan dengan 2 buah bagasi dalam kabin berbanding penumpang kelas Ekonomi dengan satu bagasi.Ukuran 55cm (tinggi) x 35cm (Panjang) x 25cm (Lebar) adalah ukuran maksima untuk bagasi yang dibenarkan masuk ke dalam kabin pesawat dengan jumlah berat maksima 7kg.
Barangan lain yang boleh dibawa masuk ke dalam kabin adalah:

1. Beg tangan, pocket book atau dompet
2. Briefcase
3. Overcoat, pembalut atau selimut
4. Peralatan eletronik seperti laptop, iPad, dan kamera. Kamera kecil atau binokular (teropong)
5. Bahan bacaan sendiri yang tidak melebihi bacaan manusia normal
6. Carrycot kanak-kanak
7. Makanan kanak-kanak semasa penerbangan
8. Stroller yang boleh dilipat (untuk pesawat besar sahaja)
9. Tongkat, crutches, braces, alat prosthetic yang sedang digunakan penumpang.

Bagasi Daftar (Check In) Malaysia Airlines

Bagasi berdaftar (checked) Malaysia Airlines berat maksima adalah 32kg (70lbs). Muatan yang berlebihan dari yang dibenarkan akan dikenakan caj mengikut setiap kilogram yang berlebihan, per kg. 

Bagi pengehadan bagasi/barangan untuk jemaah umrah dan haji, pihak MAS, membenarkan 10kg/10 liter air zam-zam untuk dibawa dalam pesawat.

Recomended Backpack

Bagi mereka yang gemarkan imej 'backpacking', dari maklumat piawaian ukuran di atas, backpack bersaiz 45L adalah saiz ideal untuk digunakan, sebagi contoh backpack Deuter ACT Lite 45 + 10 dibuat dengan saiz 75cm (tinggi) x 30cm (Panjang) x 25cm (Lebar) 

Anda fikir anda tahu Ukuran Saiz dan Berat Bagasi Penumpang AirAsia & Malaysia Airlines yang Dibenarkan Dalam Pesawat ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.