Header Ads

Kenapa Pisang Emas yang Dibawa Belayar Bukan Pisang Berangan atau Pisang Tanduk ?


"Pisang Emas"

Pernah kita mendengar akan pantun, 

Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar, hutang budi di bawa mati.

Cukup mendalam pantun zaman dahulu kala yang menjelaskan akan budi. Jika sudah termakan budi, mungkin juga tergadai 'body'. Itu pantun zaman sekarang. Kita bukan ini mengetahui maksud tersirat dalam pantun ini dalam konteks sastera, itu bukan kepakaran penulis. Kepakaran penulis adalah bertanya soalan.

Pisang Emas Masak Sebiji


Mengapa pisang emas ? Bukan pisang cavendish, pisang berangan, atau pisang tanduk ?

Melalui beberapa bacaan penulis mendapati pantun zaman dahulu bukan semata-mata sekadar rekaan pembayang untuk menyedapkan pantun. Pada hakikatnya, pembayang dalam pantun (dua kerat ayat pertama) ada logiknya. Dalam hal ini, mengapa pisang emas bukan pisang lain. Pisang emas bukan sahaja popular di asia tenggara malah turut mendapat tempat bagi penggemar buah-buahan luar negara. Pisang emas yang turut ditemui membiak di Australia diberi nama 'Lady Finger' oleh mat saleh.Mungkin keran bentuknya yang gebu-gebu pendek menjadikan nama 'lady finger'. 



Namun populariti pisang emas tidak sehebat pisang cavendish, pisang yang selalu muncul ini pasaraya yang berkulit licin dan menarik bentuknya selain harganya yang juga menarik. Namun, pada hakikatnya ramai yang lebih mengemari pisang berangan yang lemak manis meskipun kulitnya tidak secantik pisang cavendish.

Pisang emas memiliki ciri yang unik berbanding pisang-pisang lain. Memang terbukti kriteria masak sebiji-sebiji adalah salah satu sifat unik pisang emas. Dalam kebanyakan pisang, dua atau tiga pisang akan masak dalam satu masa namun pisang emas lain sifatnya. Apabila sebiji sudah masak maka sebiji lagi akan masak.

Pada zaman dahulu, kapal atau jong merupakan satu pengangkutan yang begitu popular sebelum wujudnya kapal terbang. Malahan sehingga kini bahtera atau kapal laut menjadi pengangkutan untuk kargo yang besar. Kekurangan pengankutan menggunakan kapal laut atau jong pada zaman dahulu adalah masa. Kapal laut memakan masa yang lama untuk sampai ke destinasi. Di laut apalagi zaman dahulu kala tiada sebarang sistem navigasi yang canggih yang memungkinkan kapal tahu dengan tepat dimana lokasi mereka.
Jika sekarang yang begitu canggih dengan sistem GPS tiada masalah untuk mendapatkan bekalan makanan ketika sedang berlayar.

Sifat pisang emas yang masak sebiji-sebiji cukup menepati kekurangan teknologi yang menjadi masalah pada zaman dahulu. Diet pisang cukup memberikan tenaga, apalagi bagi pelayar zaman dahulu yang masih belum ada mesin-mesin hidraulik sebagaimana sekarang, hanya kudrat empat kerat menjadi taruhan. Pisang sumber tenaga yang paling mudah didapati. Dengan sifat yang begitu unik pada pisang emas menjadikan pisang emas sebagai bekalan makanan terbaik apabila berkelana untuk jangka masa yang lama dan jarak yang jauh. Pisang emas yang juga dikenali sebagai Musa acuminata mampu mengelakkan masalah jantung, meningkatkan kecekapan sistem pencernaan, mengurangkan kadar gula dalam darah selain dari sumber protein semulajadi.

Bagaimana pisang emas boleh masak sebiji-sebiji, tetapi pisang lain tidak memiliki sifat sebegini ?

Jawapannya adalah kerana FODMAP. Kandungan FODMAP dalam pisang yang menentukan bila ia akan masak dan tahap-tahap untuk pisang cepat atau lambat untuk masak dalam satu tandan pisang.

Fodmap In LadyFinger Banana| Monash University

Kajian Monash Universiti terhadap dua jenis pisang, pisang cavendish dan pisang ladyfinger (pisang emas). Telah mendapati pisang emas memiliki kandungan FODMAP (fermentable, oligosaccharides, disaccharides, monosaccharides and polyols) yang rendah yang membolehkan ia tahan lama meskipun dicantas keluar dari pohonnya, berbanding FODMAP yang tinggi pada pisang cavendish yang menjadikan pisang ini mudah masak atau dalam istilah sains 'fructant'. Kajian-kajian ini telah membuat kesimpulan bahawa hanya pisang emas (ladyfinger banana) yang memiliki FODMAP yang rendah berbanding pisang-pisang yang sedia ada di muaka bumi ini.

Memiliki ketahanan tinggi meskipun telah dipotong dari pohon induk dan ditanam tanpa musim cukup ideal untuk pelayar zaman dahulu untuk menjadikan pisang emas ini bekalan sepanjang pelayaran yang lama dan diletakkan di atas peti yang mana turut menjadi idea kepada cendekiawan untuk mencipta pantun pisang emas di bawa belajar.

Anda fikir anda tahu Kenapa Pisang Emas yang Dibawa Belayar Bukan Pisang Berangan atau Pisang Tanduk ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.







Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.