Header Ads

Jet Blast Maho Beach Pulau St. Maarten Meragut Nyawa Pelancong New Zealand


"Jet Blast Killed"

Maho beach yang terletak di sebuah pulau milik Belanda di lautan Caribbean merupakan 'syurga' kepada planspoter [kenali apa itu planespotter]. Pantai yang selari dengan runway sebuah airport yang menjadi penghubung dunia luar dengan pulau  Sint Maarten ini yang dinamakan Princess Juliana International Airport. Pulau yang kaya dengan panorama menarik pelancongan ini menjadi salah satu tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong. Pantai memutih dan lautan membiru menambahkan lagi pesona untuk melancong ke sini.


Woman Killed By Jet Blast

Salah satu dari tarikan tersebut adalah 'Jet Blast Experience Maho Beach'. Kawasan pantai yang begitu hampir dengan landasan terbang (runway). Jet blast merupakan hasil daya tujah dari enjin pesawat yang menggerakan pesawat.


Apabila mendapat kebenaran oleh control tower untuk berlepas, juruterbang akan menolak 'throttle' sehingga maksima yang ditetapkan. Jet blast yang terhasil dari enjin turbo sebuah pesawat bukan calang-calang, kita bukan bercakap mengenai pesawat Cessna, ataupun Cyrus yang berskala kecil namun, pesawat berbadan luas seperti 747 atau 'body wide category' yang lain. Pesawat besar mampu menghasilkan angin yang ditolak ke belakang sehingga 100knots (190km/h). 190km/h adalah menyamai taufan kategori skala 5 yang mampu meranapkan struktur bangunan jika dengan jangka masa lama.


Typhoon Category Wind Speed: Google Image

Pelancong New Zealand yang berusia 57 tahun telah menjadi mangsa korban jet blast maho beach. Dia bersama-sama beberapa pelancong lain berada di pagar lapangan terbang untuk merasai 'jet blast' yang berskala 5 pada kategori taufan.

Dia yang berjaya diterbangkan oleh jet blast tersebut beberapa meter telah terhantuk kepala pada batu dan terhempas ke pasiran pantai menyebabkan konkusi telah diberikan CPR sebelum ambulans tiba sebelum di bawa ke St. Maarten Medical Center. 
Namun, para doktor gagal menstabilkan mangsa dan didapati telah meninggal dunia. Pada 2012, seorang pelancong turut diterbangkan jet blast namun hanya mengalami kecederaan kerana berlanggar dengan barrier.

Sebenarnya aktiviti ini bukan asing, dengan berpaut kepada pagar lapangan terbang tersebut, mereka yang ingin merasakan kehangatan angin dari enjin pesawat sebelum membuat 'larian' untuk berlepas menjadi salah satu acara apabila berkunjung di Maho Beach. Papan tanda amaran mengenai bahaya 'jet blast' sekadar hiasan semata-mata. Planespotting di Maho Beach juga dikategorikan sebagai planespotting yang bahaya. Bukan satu sahaja papan tanda amaran bahaya Jet Blast dipasangkan di pantai yang hanya berjarak 200 meter dari pagar lapangan terbang tersebut.

Aktiviti merasai keterujaan angin jet blast ini menjadi salah satu pakej dalam promosi yang kerap dilakukan pihak pelancongan St Maarten. Banyak promosi yang membawa masuk pelancong dengan tajuk aktiviti 'Extreme Plane-Spotting' dengan bayaran $20.

Ada juga yang datang ke Maho Beach semata-mata untuk merasai 'Jet Blast', datang dengan pakej cruise tertentu dan terus menuju ke Maho beach untuk merasai pengalaman ditendang angin menghampiri 200km/h dan apabila selesai pulang ke cruise semula. Lapangan terbang Princess Juliana telah tersenarai dalam kategori lapangan terbang paling digeruni di dunia dan dari insiden ini lapangan terbang ini mungkin akan mengungguli carta dalam senarai.


Jet Blast Danger sign : Google Image

Mungkin dari insiden ini pantai Maho akan tidak lagi bebas untuk aktiviti 'jet blast'. Mungkin juga untuk merasai jet blast umur tertentu akan dikelaskan bukan semua yang boleh merasai pengalaman sebegini mungkin abang-abang sado sahaja yang diberi kebenaran.Apalagi bila para 'baywatch' yang akan diletakan sebagai pemerhati kepada aktiviti yang boleh diklasifikasikan sebagai jarang-jarang wujud di muka bumi. St Maarten tidak berbeza dengan pulau peranginan lain, apa yang memberikan keunikan padanya adalah 'Extreme Plane-Spotting'. Akan berkurang pelancong apabila Maho Beach ditutup.
Namun, aspek keselamatan dari segi kebebasan untuk merasai rasa teruja ketika diterajang angin taufan perlu ada supaya tiada lagi kemalangan yang mampu meragut nyawa.

Anda fikir anda tahu Jet Blast Maho Beach Pulau St. Maarten Meragut Nyawa Pelancong New Zealand ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamulaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.