Peraturan FIFA Offside (Ofsaid) Bola Sepak. Bagaimana dan Bila Berlaku Offside


"Peraturan OFFSIDE"

FIFA merupakan badan induk yang menyelia dan mengawal segala peraturan dalam kedamaian semasa dan tidak semasa permaianan bola sepak dunia. Peraturan Offside merupakan salah satu darinya. Ketika kecil bila bermain di kampung bersama rakan-rakan, sepak bola tanpa menggunakan tangan dan gol itu adalah konsep apabila bermain di kampung. Namun, apabila sesebuah perlawanan berada di bawah kawasan takluk FIFA contohnya liga di sesebuah negara ia akan melibatkan pelbagai peraturan termasuklah offside.


offside bola sepak rule
Maksud Offside Bola Sepak

Linesman atau penjaga garisan merupakan dua individu di atas padang selain penonton termasuk fourth official yang dapat memberikan bukti yang tepat akan sesebuah situasi offside. Pengadil perlawanan sukar untuk melihat kerana bagi mendapatkan observasi yang tepat pengadil perlu berada selari dengan kejadian offside. Dalam kes perlawanan yang sedang berlangsung, linesman adalah faktor besar yang akan menentukan pemain offside atau tidak, tidak pelik jika ada linesman dibaling botol.

Senarai Jenis Ikan Hiasan Air Tawar Untuk Aquarium Beginner


"Ikan Hiasan Beginner"

Membela ikan hiasan merupakan antara salah satu hobi penulis. Selain memiliki beberapa ekor kucing, ikan merupakan salah satu haiwan yang menghiasi permandangan ruang tamu di rumah. Ketenangan dari membela ikan hiasan hanya peminatnya sahaja yang faham. Dengan lenggokkan ala-ala Samia Gamal yang sering diucapkan oleh pelawak terkenal Allahyarham Dato' Aziz Satar berenang-renang membangkitkan rasa gembira, dalam bahasa pakar otak, membangkitkan rembesan dopamine dalam darah. Selain dari lenggokan dan golekkan sirip yang menawan si peminat, pelbagai warna yang menghiasi tubuh dan sirip ikan-ikan ini juga menjadi pesona dalam membela ikan hiasan.


 aquarium ikan hiasan air tawar
Aquascape For Beginner

Pelbagai jenis ikan hiasan yang wujud di muka bumi seluruh dunia, pelbagai variasi bentuk, (jenis) famili dan warna. Penulis lebih gemar membela ikan yang bersaiz kecil. Lebih ceria apabila diletakkan dalam aquarium meskipun bersaiz dua kaki setengah. Jika membela ikan yang besar, memerlukan ruang yang banyak digunakan. Namun, ikan hiasan jenis 'renek' dan kecil boleh dipelbagaikan dalam satu aquarium yang bersaiz sederhana. Beberapa spesis ikan hiasan air tawar yang boleh dijadikan perhiasan tidak kira di ruang tamu malah pejabat pun boleh.

Modifikasi Asas Tahap Satu Motorsikal Standard Kilang Kategori Underbone (KapChai) & Moped


"Modifikasi Motorsikal"

Hujan, panas dan pelbagai cuaca ekstrem bukanlah punca seorang mat moto bukan mat rempit untuk dari hilang rasa cinta pada motorsikalnya. Pencinta dua roda sudah lali akan hal sedemikian. Tidak kira anda penunggang motor berkuasa tinggi mahupun kapchai, mat moto tiada beza melainkan mat rempit yang sentiasa menyusahkan masyarakat.


midifkasi motor kapcai tahap satu
Modifikasi Ubahsuai Asas Kapchai

Memiliki motorsikal jika tidak dibelai dan dimanja akan pudar sedikit istilah mat moto dalam diri. Melainkan anda seorang pesara yang menggunakan moto sebagai pengangkutan untuk ulang alik ke surau atau masjid dan kebun, pun perlu menyanyangi motorsikal mereka dengan kasih sayang yang murni. Paling ringan, tukarkan minyak hitam, tukar spark plug bila diperlukan selain dari basuh motor tanda sayang.

Langkawi Island Hopping Pengalaman Jelajah Destinasi Lagenda dan Sejarah Langkawi


"Langkawi Island Hopping"

Pulau Langkawi Kedah, Malaysia, bukanlah satu pulau yang asing bagi pelancong tempatan mahupun dari luar negara. Berada nun jauh di utara semenanjung Malaysia, Pulau Langkawi mampu menjanjikan percutian yang terbaik bagi mereka yang membayangkan pantai yang hijau kebiruan, dan deretan pulau-pulau. Langkawi memang terkenal dengan lagenda dan sejarah yang masih disebut sehingga kini. Pulau yang memiliki jolokan 'Pulau Lagenda' yang menyimpan pelbagai cerita mitos dan sejarah yang menjadikan pulau ini sebuah pulau yang unik selain dari kedudukannya yang bersempadan dengan perairan Thailand yang banyak menyimpan cerita-cerita dongeng dan mitos.


 Langkawi Island Hopping Pakej
Langkawi Island Hopping Trip

Datang berkunjung ke Pulau Langkawi kurang bermakna jika pulau-pulau yang mengelilingi Langkawi ini tidak dijelajahi dan dipelajari tentang sejarahnya. Lebih kurang 99 buah pulau yang terdapat di Pulau Langkawi, hanya 4 yang didiami manusia, lain-lain mempunyai ciri dan nilai sejarah lagenda tersendiri.

Kenapa Pisang Emas yang Dibawa Belayar Bukan Pisang Berangan atau Pisang Tanduk ?


"Pisang Emas"

Pernah kita mendengar akan pantun, 

Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar, hutang budi di bawa mati.

Cukup mendalam pantun zaman dahulu kala yang menjelaskan akan budi. Jika sudah termakan budi, mungkin juga tergadai 'body'. Itu pantun zaman sekarang. Kita bukan ini mengetahui maksud tersirat dalam pantun ini dalam konteks sastera, itu bukan kepakaran penulis. Kepakaran penulis adalah bertanya soalan.

Pisang Emas Masak Sebiji


Mengapa pisang emas ? Bukan pisang cavendish, pisang berangan, atau pisang tanduk ?

Melalui beberapa bacaan penulis mendapati pantun zaman dahulu bukan semata-mata sekadar rekaan pembayang untuk menyedapkan pantun. Pada hakikatnya, pembayang dalam pantun (dua kerat ayat pertama) ada logiknya. Dalam hal ini, mengapa pisang emas bukan pisang lain. Pisang emas bukan sahaja popular di asia tenggara malah turut mendapat tempat bagi penggemar buah-buahan luar negara. Pisang emas yang turut ditemui membiak di Australia diberi nama 'Lady Finger' oleh mat saleh.Mungkin keran bentuknya yang gebu-gebu pendek menjadikan nama 'lady finger'. 

Nasi Bukit Ayam Penyet Padang Jawa Kongsi Nasi Satu Pinggan Dua Orang


"Raja Bukit"

Raja bukit biasanya diberikana kepada otai-otai dalam hiking ataupun seorang pelumba basikal marathon yang mampu sprint pada keadaan jalan berbukit. Namun raja bukit yang ingin dikongsikan ini adalah dalam kategori karbohidrat dan beberapa gram protein. Terletak di kawasan yang sememangnya syurga makanan yang pelbagai dan murah kedai Nasi Bukit Ayam Penyet Kg Padang Jawa Shah Alam memiliki keunikan lain.


Kedai Nasi Bukit Padang Jawa

'Portion' nasi dalam masakan panasnya boleh dikategorikan sebagai bukit, begitu banyak, satu pinggan memerlukan dua atau tiga orang untuk menghabiskannya. Jika diletakan semut sebagai ukuran, semut tersebut memerlukan kelengkapan yang cukup seperti harness, repelling gear, dan semua PPE yang diperlukan seorang pendaki manusia dalam cubaan menawan puncak Gunung Nuang sebagai metafora.

Ukuran Saiz dan Berat Bagasi Penumpang AirAsia & Malaysia Airlines yang Dibenarkan Dalam Pesawat


"Saiz & Berat Bagasi Penerbangan"

Terdapat kod dan etika yang telah ditetapkan oleh setiap syarikat penerbangan di dunia dalam pengurusan bagasi dalam pesawat. Malaysia Airlines dan Air Asia tidak terkecuali dalam menentukan saiz dan berat bagasi yang dibawa penumpang menaiki pesawat. Selain dari faktor ruang yang diutamakan demi keselesaan, pengurusan bagasi dalam pesawat turut menyentuh isu keselamatan.


saiz dan berat bagasi kabin untuk airasia dan mas
Saiz Berat Bagasi Airasia & Mas

Bagi mendapatkan jumlah kerusi (seat) yang paling maksima dalam sesebuah pesawat, pihak syarikat penerbangan telah melakukan review bersama pengeluar pesawat, bilangan tempat duduk, ruang tertentu. Dari sini, saiz bagasi dalam kabin untuk penumpang akan di tentukan, sebesar mana bagasi yang ideal untuk ruang tempat duduk dalam pesawat.

Dalam konteks berat, sebelum memulakan penerbangan, juruterbang (first officer biasanya, captain rileks saja) akan melakukan kiraan muatan (loading), yang akan menentukan, kelajuan untuk mula terbang, VR, jarak yang diperlukan untuk pesawat pecut sebelum terbang ( di atas runway), penjimatan bahan api dan keselesaan di udara, variasi vertical speed untuk 'deploy' flaps supaya flight attendant boleh membisikan 'peanut, sir' kepada penumpang tanpa perlu melawan force distribution yang menghalang.

Garis Panduan Tempoh Qurban, Hukum Pembahagian Daging, Haram Upah Kepada Pelapah Ibadah Qurban


'Pembahagian Daging Ibadah Qurban'

Hari raya haji begitu sinonim dengan ibadah kurban. Tidak kira lembu, kambing, biri-biri atau unta haiwan ternakan yang halal dan mencukupi syarat tertentu layak untuk dikorbankan.


Garis Panduan Ibadah Qurban

Bersempena sejarah Nabi Ibrahim a.s yang mengorbakan anaknya Nabi Ismail a.s sebagai tanda kecintaan dan keimanan terhadap Allah s.w.t. ibadah kurban menjadi ikutan berzaman bagi merek yang mampu. Mengikut tafsiran, “Qurban” bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada ‘Idul Adha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an’am yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan taqarrub kepada Allah SWT.

Jet Blast Maho Beach Pulau St. Maarten Meragut Nyawa Pelancong New Zealand


"Jet Blast Killed"

Maho beach yang terletak di sebuah pulau milik Belanda di lautan Caribbean merupakan 'syurga' kepada planspoter [kenali apa itu planespotter]. Pantai yang selari dengan runway sebuah airport yang menjadi penghubung dunia luar dengan pulau  Sint Maarten ini yang dinamakan Princess Juliana International Airport. Pulau yang kaya dengan panorama menarik pelancongan ini menjadi salah satu tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong. Pantai memutih dan lautan membiru menambahkan lagi pesona untuk melancong ke sini.


Woman Killed By Jet Blast

Salah satu dari tarikan tersebut adalah 'Jet Blast Experience Maho Beach'. Kawasan pantai yang begitu hampir dengan landasan terbang (runway). Jet blast merupakan hasil daya tujah dari enjin pesawat yang menggerakan pesawat.

Caj untuk Pindahan Piring & Dekoder Astro Apabila Berpindah Rumah


"Bayaran Pindah Astro"

Memandangkan kos perumahan yang kian meningkat saban tahun keperitan bagi mereka yang menyewa rumah amat dikasihani. Kita berbicara mengenai mereka yang menyewa sebagai tempat berlindung. Pelbagai carian di internet untuk mendapatkan rumah sewa yang lebih murah bayaran bulanan berbanding yang sedia ada. Umpama keropok losong ditepi pantai, cukup cepat rumah yang disebarkan untuk mencari penyewa baharu sudah di tempah.

Caj Pindah Astro

Kelegaan terasa apabila menemui rumah sewa yang setaraf dengan pendapatan dan bajet. Masalah sudah selesai, namun bagi mereka yang menjadi pelanggan astro iaitu sebuah televisyen berbayar Malaysia menjadi kegusaran baharu.

Bagaimana Hujan Menyebabkan Siaran Astro "Service Currently Not available" (SCNA) ?


"Astro Musim Hujan"

Astro merupakan satu syarikat televisyen berbayar Malaysia yang telah wujud di bumi pada 1996. Berkonsepkan tv satelit yang memiliki pelbagai jenis saluran siaran televisyen, tempatan atau global.


Astro Not Avaiable During Rain. Why ?

Satelit Measat-1 adalah satelit penghubung antara pemiliki piring dan dekoder astro dengan penyiar. Tanpa satelit ini siaran berbayar astro tidak dapat dinikmati, jika astro masih menggunakan khidmat satelit Measat ini. Jika pernah melalui susur keluar lebuhraya MEX atau dari PLUS menghala ke Cyberjaya dan Putrajaya, akan kelihatan beberapa piring gergasi di atas sebuah bukit di sebelah kiri pemerhati. Disitulah satelit milik Malaysia, Measat-1 dikendali dan Astro Bukit Jalil sebagai 'client'.

Sup Utara Johan Setia Klang Sup Daging & Ayam Empuk Sedap dan Murah


"Sup Utara Johan"

Istilah sup utara bukan sesuatu yang asing walaupun berada di jajahan selain utara semenanjung Malaysia. Hidangan 'trademark' berasaskan sup yang didatangkan menu dan resipinya dari utara semenanjung Malaysia kebanyakan penguasa adalah penduduk berasal dari Kedah.

Gerai Sup Utara Johan Setia Klang


Bagi menambahkan lagi identiti sup utara, pemiliki, pengusaha dan pekerja boleh bertutur dengan cemerlang dalam loghat utara.

Johan Setia, Klang, merupakan sempadan Shah Alam dan Klang. Mula pesat membangun dengan pertambahan residen penempatan dari sebuah kawasan berasaskan pertanian. Masih memiliki tanah pertanian di bahagian tengah Johan Setia yang sentiasa 'menganugerahkan' penduduk sekitar dengan jerebu hasil pertanian sayur-sayuran. Johan Setia sudah menampakan tanda-tanda menjadi bandar satelit, dengan wujudnya rumah-rumah kedai, taman perumahan seperti Bandar Putera 2 selain daripada sebuah masjid yang baharu siap dibina.

Ikan, Sotong, Udang Celup Tepung Pantai Penarik Terengganu Perhentian Rawat dan Rehat (RNR) Jalan Pantai


"Pantai Penarik"

Jalan pantai Terengganu yang cukup popular bagi anak rantau yang berasal dari Kelantan, atau Terengganu. Dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, LPT2 menambahkan lagi tarikan pantai Penarik. LPT2 merupakan alternatif bagi perantau dari pantai timur untuk ke Lembah Klang dan barat semenanjung Malaysia. Dengan perjalanan yang memakan masa berjam-jam setelah menempuhi beratus-ratus kilometer, jangan katakan manusia, enjin kenderaan perlu di 'cool down' juga.


Ikan, Sotong, Keropok Celup Tepung

Bagi mereka yang masih jauh untuk ke destinasi, pantai Penarik yang terletak di daerah Setiu Terengganu merupakan kawasan rehat dan rawat (RNR) tidak rasmi. Jika dari arah Kelantan anda akan menempuhi satu bulatan dan Pantai Penarik di sebelah kanan anda, bagi yang baharu saja melalui Batu Rakit anda semakin hampir dengan pantai penarik. Kejutan sebuah suasana pantai yang biru dengan liukkan dedaunan pohon rhu.

Jom Balik Raya Various Artist Suria Record Lagu Raya Baharu Dengan Nilai Evergreen


"Lagu Raya"

Lagu raya sentiasa muncul saban tahun menjelang hari raya. Dimainkan dicorong-corong 'speaker' radio ataupun pemain mp3. Namun dalam banyak-banyak lagu raya yang telah wujud di muka bumi, Malaysia hanya sebilangan sahaja yang sering bermain-main di fikiran dan mampu bertahan lama. Lagu-lagu dizaman 60-an hingga 90-an antara lagu-lagu yang boleh dikategorikan sebagai sudah lama tetapi tetap hijau dan segar, evergreen.

Cukup payah menemui hasil karya yang mampu bertahan lama. Memerlukan melodi 'catchy' dan lirik yang ringkas tetapi senang diingat, tidak perlu lagu yang memiliki bunyi pelbagai instrumen atau dimasukkan unsur rap.


Lagu Raya Jom Balik Raya

Manusia biasa bukanlah setajam superkomputer memorinya. Jika tidak dilatih sebagaimana ahli aktuari ataupun penghafaz al-Quran, namun lagu raya yang 'catchy' senang untuk berada sebaris dengan memori untuk jangka masa yang lama dalam otak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...