Paprik Ayam, Daging dan Seafood 'Signature Dish' Ketulenan Restoran Tom Yam Ala Thai


"Paprik Thai"

Dengan kepesatan pertumbuhan kedai-kedai makan dan restoran yang menggunakan 'ala thai' atau 'ala tom yam' sebagai signature restoran begitu.

Malahan kedai mamak sudah mula berjinak-jinak untuk menarik perhatian geng kuat makan di Malaysia dengan menjadikan 'ala tomyam' salah satu 'corner' nun di ceruk dapur. Tom yam ayam, daging, atau campur boleh didapati dengan senang dan tanpa perlu memikirkan dengan serius seperti menjawab soalan peperiksaan akhir tahun.


Paprik Ayam Ala Thai

Namun, dalam banyak-banyak kedai makan ala thai ini, aslikah masakan Thai nya atau sekadar masakan yang seperti melukut di tepi baldi yang tiada apa-apa ?


Dek kerana begitu banyak restoran berasaskan Thai, perlu untuk kita ketahui tukang masak yang diupah tersebut betul-betul mewarisi bakat seorang siam yang sebenar dalam erti kata memasak makanan yang menjadi signature makanan siam, masam, pedas dan pedas sangat.

Jadikan satu menu yang melambangkan sebenar-benarnya rasa makanan Thai perlu dijadikan rujukan atau penanda aras. Tom yam, bukanlah suatu menu asing bagi masakan di Malaysia. Tukang masak dari Indonesia dan Bangladesh pun sudah mahir dengan tom yam, apalagi dengan adanya perencah tom yam yang selalu digunapakai oleh tukang masak Thai. Paling popular, perencah yang tom yam yang sudah ditinkan didalam tin bewarna putih dengan lenggang lengguk tulisan yang sukar diterjemah jika anda tidak mempelajari bahasanya.

Penulis biasa menjalankan 'review' secara sendirian tanpa dikongsi di mana-mana. Review diam-diam dikala lapar. Boleh dijadikan metod untuk mengetahui restoran ala Thai tersebut betul-betul menepati ciri-ciri kedai siam sebenar.

Orderlah nasi goreng paprik (ayam, daging atau seafood). Dari makanan ini kita dapat mengetahui skala ke'siam'an tukang masaka tersebut. Agak jarang tukang masak yang betul-betul menepati rasa paprik asli dari sempadan Thai sana. Kepekatan kuah, kelembutan lauk (ayam atau daging), dan kuantiti sayur sampingan merupakan 'senjata' utama kita sebagai perasa atau lebih dikenali sebagai pelanggan.

Variasikan dengan restoran berlainan, nescaya akan terdapat perbezaan. Melalui pengalaman, nasi goreng paprik mampu mengkategorikan skala ke'siam'an sesebuah kedai makan yang menggelarkan mereka ala Thai.

Rasa kuah yang dibuat oleh sememangnya dari seberang memang lain. Memerlukan latihan seumpama seorang budak karate kid untuk mencari bunga terlarang di tasik madu.Begitulah metafora yang sinonim dengan perbezaan antara original dan tiru dari resepi.Setiap kedai siam memiliki 'secret recipe' tersendiri meskipun bukan seorang kolonel yang bersara menjual ayam goreng di sekitar kawasan Kentucky, Amerika Syarikat. Skala masam manis ada perbezaan

Jika kurang yakin akan saranan ini, anda boleh mencubanya di setiap kedai siam yang berdekatan mahupun anda terserempak dengan restoran yang menggelarkan kedai mereka ala Thai.

Memang tidak akan ditemui dua rasa paprik yang sama kecuali pemiliki restoran yang sama tetapi berlainan cawangan. Usah pula tertukar paprik dan padpik.

Anda fikir anda tahu Paprik Ayam, Daging dan Seafood 'Signature Dish' Ketulenan Restoran Tom Yam Ala Thai ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...