Ngabuburit Aktiviti Tradisi Ketika Bulan Puasa Ramadhan


"Ngabuburit"

Ngabuburit cukup popular ketika bulan puasa Ramadhan. Bagi kita di Malaysia, update status di Facebook atau berkata perkataan sedemikian pada depan-depan mampu menerima beberapa jahitan diterajang pak bilal atau berbekas 'kecobong' di dahi kesan libasan periuk oleh ibu atau kakak yang sedang memasak di dapur.

Mampu mengundang permutusan dalam usaha pembinaan masjid jika bakal menantu update status facebook atau twitter jika anda 'friend' dengan bakal bapa mertua atau bakal ibu mertua.


Ngabuburit Bulan Puasa

Bunyinya kasar, namun pengertiannya tidak sebagaimana sebutannya. Ngabuburit merupakan bahasa bangsa sunda. Bangsa tersebut juga boleh mendatangkan blog post ini di banned atau di report pembaca. Bangsa Sunda memang wujud, tiada kena mengena dengan cerita Ombak Rindu atau cerita adegan 'kemban-gantung' lain. Bangsa Sunda merupakan salah satu dari ratusan bangsa di Indonesia.


Perkataan Ngabuburit cukup popular bagi masyarakat Indonesia, tersebar melalui media sosial dari Indonesia atau blogs atau mungkin para pencari 'spare part' motor atau kereta yang membawa balik ke Malaysia melalui KLIA dan KLIA2.

Ngabuburit bagi orang Sunda (Jawa Barat) bermaksud aktiviti yang dilakukan ketika sebelum masuk waktu berbuka puasa. Sudah bertahun-tahun menjadi tradisi bangsa Sunda.

Pemuda-pemudi secara segerombolan dan secara berkumpulan manusia akan muncul sebagaimana kelkatu keluar dari busut ketika musim hujan di jalanan. Berkumpul ataupun meramaikan kawasan jalanan, berjalan kaki mahupun menggunakan kenderaan, nak lagi 'rare' menaiki unta kalau ada.

Bagi yang sudah berumur, pakcik dan makcik, sekadar melawat kawasan kampung seumpama seorang pegawai daerah melihat kawasan jagaan. Berkumpul, berbual (harap bukan mengumpat, mengata) dan berlawak jenaka mencari 'punchline-punchline' yang mampu menghasilkan 5 HA dari Rosyam Nor jurucakap MDEC.

Mula popular apabila terdapat rancangan temubual dengan artis Indonesia dari Jawa Barat dan ditanya apa yang selalu dilakukan ketika bulan puasa menjelma, ngabuburit menjadi keyword mereka. Dengan itu, tradisi tersebut terus tular ke serata Indonesia dan mungkin tempias sedikit kepada kita di Malaysia walaupun ramai yang tidak mengetahui perkataan ini dan aktiviti yang membabitkannya.

Benda sebegini memang cepat diikuti remaja-remaja, jika disuruh membantu emak di dapur beri 5 sen belum tentu sebiji bawang berjaya dikupas kulitnya. Selain berpeleseran tidak tentu hala menunggu matahari terbenam, terdapat golongan yang baik budi pekertinya menjadikan ngabuburit suatu tradisi yang mendatangkan pahala dengan menghadiri masjid dan surau atau bergotong royong menjamu orang berbuka puasa.

Penggunaan nga-bu-bu-rit tidak diketahui apa maksud istilah tersebut, penulis berpendapat mungkin 'pioneer' gejala ini suka akan bubur ketika berbuka 'nga' mungkin bermaksud nganga, bubur, sememangnya bubur, it mungkin menjelaskan 'ia' dalam bahasa melayu yang telah ditranslate dari bahasa inggeris. Itu hanya pandangan penulis.

Selepas waktu asar menunggu waktu maghrib sememangnya agak lama 3 jam juga lamanya, apa aktiviti yang biasa anda lakukan ? Ngabuburit bagaimana ? Bagi penulis, menangkap ikan laga dan menolong isteri memetik daun limau purut untuk dibuat tom yam menjadi aktiviti ngabuburit. Mengabuburit dengan apa cara tiada salahnya melainkan melanggar batas perkara yang membatalkan puasa, bawa motor ekzos Leovince tanpa memakai DB killer sambil melaungkan hari raya dengan 'tone' suara Achey (metafora, bukan mengata) beramai-ramai juga boleh mengundang caci maki yang mampu menghilangkan pahala puasa ketika aktiviti ngabuburit.

Sebutan pelik tapi menarik, seperti kuih taik itik yang pelik tapi sedap.

Anda fikir anda tahu Ngabuburit Aktiviti Tradisi Ketika Bulan Puasa Ramadhan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...