Header Ads

Murtabak: Apakah Ciri-Ciri Murtabak Terbaik & Paling Sedap ?


"Murtabak"

Berasal dari perkataan arab, 'mutabbaq' yang membawa maksud 'folded' atau dibungkus. Memang kena dengan namanya, doh roti yang membaluti inti yang dibakar di atas pemanggang.

 Penyediaan rotinya sebagaimana roti canai, tepung gandum yang diuli sehingga membentuk doh sebelum ditebar dan diletakkan di atas pemangang.

Apa yang membezakan makanan jalanan yang turut dipanggil mertabak ini dengan roti canai biasa adalah intinya. Pelbagai jenis inti untuk pelbagai jenis peminat. Peminat daging dengan inti daging, begitu juga yang meminati ayam atau kambing. Namun, campuran bawang dan rempah yang dibancuh sendiri merupakan perasanya tersendiri.


Murtabak Paling Sedap

Dilengkapi dengan kuah kari atau kuah bawang bersirap, menambahkan lagi rasa 'authentic' makanan ala kebab ini. Murtabak bukan asing lagi bagi masyarakat asia tenggara apalagi Malaysia. Akan ada walau satu gerai dalam satu pasar malam.


Sudah mendapat klasifikasi makanan jalanan, 'street food'. Mudah untuk ditemui di jalanan dan turut menumpang di sesetengah restoran makanan dan kedai mamak. Tambahan pula apabila tiba bulan ramadan, menikmati murtabak sebagai makanan sampingan ketika berbuka mahupun moreh adalah sesuatu yang tidak asing lagi.

Kerancakan populariti murtabak telah melahirkan satu idea bagi 'foodlover' sebagaimana penulis dalam mencari murtabak yang betul-betul sedap dan ideal. Beberapa kriteria dalam menentukan murtabak yang betul-betul sedap menepati citarasa anak tekak peminatnya. Akan tetapi lain orang lain ciatarasa lidah dah anak tekak.

Pasar malam dan bazar ramadan boleh dijadikan kawasan tumpuan untuk mendapatkan hidangan ini untuk dijadikan perbandingan. Boleh dikatakan disetiap ceruk pasar ramadan dan pasar malam yang penulis jejaki akan terdapat satu paling minima gerai murtabak.

Namun sedap atau tidak bergantung kepada tuan punya gerai. Murtabak sememangnya berasaskan bawang, inti yang terlalu banyak bawang boleh merencatkan rasa murtabak itu sendiri.

Bawang sememangnya terkenal dengan bau dan rasa yang kuat. Jika pembuatnya meletakan banyak bawang semata-mata untuk menambahkan saiz murtabak, sekali sahaja pembeli akan datang. Hilang rasa rempah apabila dibayangi rasa bawang, dan mungkin menghalang si pemakan dari menikmati kepejalan isinya kerana sering mengigit hirisan bawang.

Bercerita tentang saiz, kebanyakan saiz tidak bersesuaian dengan harga yang diletak. Terlalu nipis juga mengambarkan kuantiti inti yang lazimnya penuh dengan sebatian udara.

Meskipun murtabak daging, jika ketebalan dari tepi murtabak tersebut tidak sampai satu inci, berapa halus daging yang diletakkan mungkin air rebusan daging. Kita bercerita mengenai perkadaran saiz dengan harga.

Bagi ketebalan murtabak tidak sampai 1 inci mampu mencecah RM 3.00 sekeping. Tidak bersesuaian bukan ?

Kuah juga penting. Mengikut standard murtabak yang ditemui, terdapat dua jenis kuah. Kuah kari dan kuah bawang bersirap. Kadar kepekatan dan kecairan dalam kuah kari memainkan peranan penting dalam menentuukur kesedapan murtabak keseluruhan.

Kari mampu merubah rasa asal murtabak yang intinya sudah terdapat rempat berunsurkan kari. Tidak terlampau cari dan tidak berketul merupakan kuah kari yang terbaik untuk murtabak. Kuah bawang bersirap pernah ditemui yang memiliki rasa sirap yang melampauTerus menghapuskan rasa murtabak apalagi bagi mereka yang menjirus kuah terus ke atas murtabak. Bawang yang sedikit, cuka yang secukup rasa dan sirap sekadar warna pudar merupakan kuah bawang bersirap terbaik dan ideal bagi murtabak yang sememangnya sudah memilki kuantiti bawang yang banyak di dalam intinya.

Dari pemerhatian, harga bagi setiap keping murtabak berbeza nilainya, gagal ditemui dari mana harga ini dijadikan panduan kerana ada murtabak yang besar saiznya namun harga rendah terdapat juga yang kecil namun mahal.

Perisa inti, saiz, kuantiti bawang, kuantiti lauk, rasa kuah antara faktor yang menyebabkan banyak gerai murtabak membiak dengan banyak terutama di bulan ramadan. Ditambah pula nafsu sebelum berbuka, indah betul melihatkan tompokan hitam murtabak dengan aroma bawang apabila jus murtabak meninggalkan desiran pada kuali rata.

Anda fikir anda tahu Ciri-Ciri Perlu Ada Resepi Murtabak Paling Sedap ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.