Kesan Dadah Flakka Mampu Menjadikan Manusia Bersifat Zombie


"Zombie Drug"

Mula ditemui pada tahun 2012 setelah mndapat 'mandat' dari pakar dan professor ahli kimia yang terlarang sebagai salah satu dari 'bath salt' diberikan gelaran nama. Bermula dengan satu video tular seorang lelaki di Miami, USA mengoyakkan pakaiannya dan memamah muka seorang yang lain. Hasil selepas mengambil dadah 'bath salt' ini. Seolah olah seorang (orangkah) zombie, mayat hidup yang sebagaimana yang menjadi ketakutan Rick dan rakan-rakan dalam siri The Walking Dead.


Flakka Drug Zombie

Apa itu Dadah Flakka ?

"Bath Salt" merupakan dadah sintetik dalam kategori yang baharu, sesetengah untuk mandian garam di spa sebagai stimulasi. Pada asalnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai 'decoy' yang dibawa bersama dadah konvensional sebagai 'dummy drug' jika ditahan pihak penguasa.


Sebagaimana pokok popi atau pokok ketum, bath salt ini berasal dari pokok yang mengandungi kandungan kimia di panggil, Cathinone, sejenis alkaloid yang terdapat dalam pokok khat. Digunakan secara meluas di bahagian barat Afrika dan semenanjung arab sebagai 'stimulant', sebagaimana cokoroi (air ketum + ubat batuk) bagi masyarakat di Malaysia.

Dalam banyak-banyak dadah yang mengandungi sebatian Cathinone ini, Flakka - atau alpha-pyrrolidinopentiophenone (PVP) – salah satu dari dadah bath salt yang sudah mula popular dan tular.

Hasil ujian patologi mendapati dadah baharu itu dikategorikan sebagai New Psychoactive Substance (NPS).
Kesan Flakka Pada Otak

Di dalam otak manusia terdapat satu sejenis protein neurotransmitter yang mengawal setiap rangsangan kekuatan untuk kegunaan badan, bertugas untuk menjalankan setiap 'aksi' pada tubuh badan dengan meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah untuk menyalurkan sumber glucose dalam darah untuk ditukar menjadi tenaga kepada sel-sel, dalam kes ini sel otot-otot untuk bergerak.

Berfungsi sebagaimana adrenaline yang mengecutkan salur darah (untuk tekanan tinggi) dan meningkatkan bilangan glucose (hasil pencernaan gula, karbohidrat) dalam darah. Neurotransmitter ini dinamakan Norepinephrine. Terdapat protein bersifat pengangkut (transporter) membawa Norepinephrine ke seluruh badan melalui salur darah. Norepinephrine diperlukan apabila perlu sahaja, untuk lari dari jpj mungkin, kerana belum lagi membayar road tax.

Apabila sudah tidak digunakan, dalam kes ini, jpj gagal mengejar kerana anda membawa sebuah kereta myvi berspesifikasi lambo mungkin, Norepinephrine yang tinggal (belum digunakan) akan dilupus oleh protein yang membawanya tadi. Flakka, dadah yang ditakuti ini memang bermusuh dengan protein pembawa Norepinephrine, dadah ini akan menghalang protein pembawa Norepinephrine ini dari menjalankan tugasannya.

Maka, Norepinephrine berlebihan dalam darah akan terus mengecutkan salur darah dan memesan glucose (sumber tenaga) terus menjadikan penghisap dadah Flakka ini menjadi zombie. Menghasilkan manusia biasa yang memiliki 'superhuman strength'.

Menjadi Zombie

Jika pernah menonton cerita-cerita zombie seperti The Walking Dead, atau suka akan permainan Left4Dead atau permainan android Zombie Age 3, anda akan faham apa yang dimaksudkan dengan sifat seorang zombie.

Begitu agresif, tiada perasaan mencari otak di mana saja, mengigit segala benda berunsurkan protein dengan perkataan sesuai mayat hidup.

Dadah Flakka ini juga suka menghalang protein yang membawa dopamine. Dopamine dalam bahasa mudah adalah sejenis bahan kimia dari otak manusia yang memberikan kita rangsangan 'suka' akan sesuatu. Suka layan maria ozawa, suka dapat duit brim, suka tengok lawak dalam maharajalawak mega. Ini semua merupakan fungsi dopamine dalam tubuh, bahan kimia untuk 'addiction' atau ketagihan. Flakka suka betul menghalang protein yang membawa dopamine untuk menjalankan fungsinya.

Apabila dopamine gagal dilupuskan atau dibawa keluar oleh protein yang telah dihalang dadah ini, lebihan ini menghasilkan ketagihan yang kuat terhadap manusia, pakar narkoba ada menjelaskan bahawa 10 kali ganda kuatnya ketagihan daripada Kokain. Hasilnya, seorang yang psychosis, halusinasi, dan sentiasa cemas, gelabah (agitation).

Memandangkan dunia masih lagi belum wujud zombie dengan sifat-sifat yang dimomokan oleh penguasaha filem thriller, namun kesan dadah Flakka terhadap sistem dalam tubuh, halangan tugasan protein yang mengawal Norepinephrine dan Dopamine menjadikan pengguna Flakka cenderung ke arah menjadi zombie.

Meskipun pakar narkoba, menjelaskan dari dadah Flakka tidak akan adanya serangan zombie ala-ala filem World War Z, namun efek agresif, halusinasi dan hilang pertimbangan seorang manusia, dadah ini boleh dikatakan mampu melahirkan zombie.

Sukar Di kesan Siapa Penggunanya

Dadah zombie ini sudah mula tersebar di Malaysia. Dengan harga yang agak mahal iaitu, untuk setiap 5 gram berharga RM 300.



serbuk dadah flakka | utusan malaysia online
Dadah flakka yang sudah diproses dalam keadaan serbuk membolehkan dadah yang mampu mengeluarkan 'roh' penggunanya ini biasanya dicampur ke dalam minuman seperti coke atau kopi.

Cara hisap seperti rokok juga adalah satu lagi cara untuk memasukkan dadah zombie ke dalam badan.


Dadah flakka dikatakan sukar dikesan jika dilakukan ujian pada penggunanya. Dari aspek inilah dadah flakka ini amat ditakuti dan bahaya pengedarannya yang tidak terkawal.

Anda fikir anda tahu Kesan Dadah Flakka Mampu Menjadikan Manusia Bersifat Zombie ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum. 


Catat Ulasan

0 Ulasan