Cara Pengiraan Mata (Point) Dalam Sukan Golf


"Kiraan Golf"

Golf merupakan sukan yang begitu stereotaip. Berkemeja polo, bertopi dan berseluar yankee namun bukan berkaki ayam melambangkan status dato' dan tan sri yang sedang membincangkan tender dan perihal bisnes.

Begitu retorik apabila drama melayu yang selalu dihasilkan bertemakan dato' dan orang kaya dalam versi yang akan pasti meninggal kerana sakit jantung. Hujung minggu merupakan aktiviti santai para dato' dan tan sri ini. Stereotaipnya adalah sukan golf. Namun, dato' dan tan sri ini tahukah cara pengiraan mata dalam sukan golf ? atau hanya tahu memasukan bola ke dalam lubang ?


Homer Simpson Kira Mata Golf

Channel Golf luar negara tidak tertumpu kepada dato' dan tan sri sebagaimana negara kita. Sukan golf merupakan lubuk wang kepada penceburnya. Setiap kali tournament, jutaan dollar dipertaruhkan. Perihal sebegini merupakan salah satu kriteria mengapa rakyat marhaen kurang menjadikan sukan golf sebagai salah satu sukan yang digemari. Oleh kerana itu, golf dianggap sebagai sukan orang yang memiliki lambo dan porsche dan acara memasukkan bola ke dalam lubang dalam terik matahari.


Dalam sukan golf yang lebih kompetitif, pengiraan mata cukup unik. Unik kerana jarang diketahui umum. Kita sentiasa dengar jika tersalah tekan kawalan televisyen dan terbuka channel golf. Par, birdie, par, birdie, bogey. Itu antara perkataan yang akan disebut commentator kejohanan sukan golf.

Keywordnya disini adalah di bawah par. Kebiasaan padang golf mempunyai 18 lubang. Setiap lubang memiliki 'course' atau rekabentuk dan jarak tertentu. Semakin sukar dan jauh, dalam bahasa senang, jauh atau bengkang-bengkok, banyak pokok atau terdapat kolam itulah kesukarannya. Kesukaran ini di gelar par. Par adalah 'benchmark' bilangan 'stroke', pukulan, untuk sesuatu course untuk setiap lubang.

Dari jarak mula-mula pemain golf memukul bola golf sehingga memasuki lubang, terdapat par yang telah ditetapkan. Contohnya, course atau untuk lubang pertama begitu sukar dengan adanya pokok-pokok dikawasan sekeliling, kolam dan pelbagai lagi halangan untuk sampai ke lubang yang dituju.

Maka par untuk course itu mungkin 5, jika paling senang untuk menuju ke lubang dengan menggunakan pukulan mungkin 3. Par biasanya dalam ranking 3-5. Senang bahasa, sesiapa yang mampu membuat pukulan (stroke) paling sedikit untuk memasukkan bola ke dalam lubang dialah pemenang dalam kawanan yang banyak kali memukul bola untuk memasuki lubang.

Contohnya, untuk course tertentu, ditetapkan 4 par. Maka, jika anda menghabiskan course untuk lubang tersebut dengan 3 kali pukulan makan anda akan disebut oleh commentator, 1 di bawah par. Anda kurang pukulan dari jumlah pukulan yang ditetapkan iaitu 4 untuk course ini. Semakin kurang pukulan digunakan oleh anda untuk memasukkan bola ke dalam lubang dengan par yang telah ditetapkan maka anda berbakat dalam golf.

Ini asas kepada kiraan biasa pemain golf. Terdapat beberapa lain istilah yang sukar disebut jika ingin mengikuti jejak langkah Tiger Woods. Namun, tetap menggunakan konsep par. Maka akan kedengaran sebutan bogey, birdie dan eagle.

Jika anda memukul bola dan mendapat bilangan pukulan sama dengan par untuk course tersebut adalah 2 points. Anda memukul bola melebihi satu par dipanggil, bogey, yang memberikan anda 1 point. Bagi birdie pula anda mendapat kurang satu pukulan berbanding par yang ditetapkan dengan mata 3 points.

Eagle adalah gelaran mata untuk 4 points dengan maksud anda memasukkan bola ke dalam lubang untuk course tersebut dengan kurang 2 kali pukulan, contohnya Par untuk course itu 5, namun anda memasukkan bola ke dalam lubang dengan 3 kali pukulan sahaja.

Dari mata ini dikumpulkan untuk 18 lubang untuk satu kejohanan harian, siapa tertinggi dialah pemenang, mungkin memiliki hadiah kereta bentley.
Bagi paparan scoreboard, negatif bermaksud 'kejayaan'.

Anda fikir anda tahu Cara Pengiraan Mata Dalam Sukan Golf ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan