Kenali Ikan Laga Liar Betta Imbellis (Karin) Dari Pengalaman Zaman Kanak-Kanak


"Karin Si Laga"

Budak-budak zaman 90-an sentiasa mempunyai ideologi mengenai karin dan sepilai. Dua falsafah definisi dua jenis ikan hiasan ini menjadi perdebatan hangat meskipun sedang menunggu giliran mengaji Quran di rumah ustaz.


Ikan Laga Betta Imbellis

Karin dan sepilai, dua jenis ikan hiasan yang begitu popular ketika zaman kanak-kanak manusia pada ketika itu belum di jajah oleh tablet mahupun smartphone. Tanya kanak-kanak sekarang apa itu ikan laga, ikan gapi pun belum tentu kenal, mahu ternganga bukaan mulut mereka. Menangkap, membela dan bermain dengan ikan laga merupakan kenangan yang sukar dibuang dalam minda. Hobi yang menguji fizikal dan minda kanak-kanak zaman itu. Karin atau sekila menjadi nama lain dalam masyarakat pantai timur.

Cara Pengiraan Mata (Point) Dalam Sukan Golf


"Kiraan Golf"

Golf merupakan sukan yang begitu stereotaip. Berkemeja polo, bertopi dan berseluar yankee namun bukan berkaki ayam melambangkan status dato' dan tan sri yang sedang membincangkan tender dan perihal bisnes.

Begitu retorik apabila drama melayu yang selalu dihasilkan bertemakan dato' dan orang kaya dalam versi yang akan pasti meninggal kerana sakit jantung. Hujung minggu merupakan aktiviti santai para dato' dan tan sri ini. Stereotaipnya adalah sukan golf. Namun, dato' dan tan sri ini tahukah cara pengiraan mata dalam sukan golf ? atau hanya tahu memasukan bola ke dalam lubang ?


Homer Simpson Kira Mata Golf

Channel Golf luar negara tidak tertumpu kepada dato' dan tan sri sebagaimana negara kita. Sukan golf merupakan lubuk wang kepada penceburnya. Setiap kali tournament, jutaan dollar dipertaruhkan. Perihal sebegini merupakan salah satu kriteria mengapa rakyat marhaen kurang menjadikan sukan golf sebagai salah satu sukan yang digemari. Oleh kerana itu, golf dianggap sebagai sukan orang yang memiliki lambo dan porsche dan acara memasukkan bola ke dalam lubang dalam terik matahari.

Qibla (Kiblat) Finder With Google Aplikasi Dibangunkan Berasaskan Teknologi Google Maps Lebih Tepat


"Google Qibla"

Jika zaman dahulu amat sukar untuk menentukan arah kiblat, kini pelbagai aplikasi yang muncul di play store dan google store. Kebanyakan aplikasi kiblat ini memiliki banyak pepijat, bug dengan kata lain guna sekejap terus terkeluar, memerlukan data yang lebih apabila aplikasi disarankan untuk diupdate.Aplikasi yang membabitkan mobil ini memerlukan 'developer' yang boleh dipercayai. Salah satunya apps dari google.


Google Apps : Qibla Finder for Muslim

Pada Ramadhan kali ini, google telah menghadiahkan kepada umah islam seluruh dunia dengan aplikasi terbaharu mereka, QiblaFinder. Konsepnya senang, sebagai salah satu upgrade dari aplikasi google maps yang sudah sedia ada. Menjadikan Kaabah di Makkah, Arab Saudi sebagai reference, dan lokasi dengan lokasi anda sekarang dengan memastikan gps 'your location' anda terpasang.Semua kerana carian di google search yang tular dengan carian kiblat maka pihak Google's  product marketing manager di Timur Tengah dan utara Afrika telah membangunkan aplikasi ini. 

Petanda Hari Raya Aidilfitri Sudah Dekat


"Menjelang Syawal"

Selain dari pengumuman oleh penyimpan mohon besar raja-raja, terdapat beberapa tanda-tanda bahawa menjelangnya hari raya puasa.Bagi mereka yang lupa akan berapa hari mereka sudah berpuasa atau alergik dengan kalendar mungkin juga seorang yang gagal membaca angka matematik pada kalendar.

Saban tahun menjelang aidilfitri, petanda sama akan kita temui. Ini yang menjadikan sebuah perayaan terutama hari raya aidilfitri antara cuti yang cukup meriah.


Meriam Buluh Raya Usop Sontorian

Shopping mall atau kedai-kedai akan memulakan 'sale' dan jualan diskaun. Sogo, GM Klang, Uptown, Mall, dan juga kedai-kedai sekitar jalan TAR mula sibuk dengan manusia yang ingin beraya.Baju melayu, kurta, kurti, baju kurung dan kain tidak duduk senang apabila menjadi mangsa belekan para pembeli yang sibuk memilih pakaian untuk hari raya. Diskaun sana, diskaun sini bergema dengan begitu jelas melalui corong-corong sistem PA kedai.Patung peragaan (mannequin) elok cantik dipakainkan dengan baju raya sebagai display. Memang sah raya dah dekat.

Kesan Dadah Flakka Mampu Menjadikan Manusia Bersifat Zombie


"Zombie Drug"

Mula ditemui pada tahun 2012 setelah mndapat 'mandat' dari pakar dan professor ahli kimia yang terlarang sebagai salah satu dari 'bath salt' diberikan gelaran nama. Bermula dengan satu video tular seorang lelaki di Miami, USA mengoyakkan pakaiannya dan memamah muka seorang yang lain. Hasil selepas mengambil dadah 'bath salt' ini. Seolah olah seorang (orangkah) zombie, mayat hidup yang sebagaimana yang menjadi ketakutan Rick dan rakan-rakan dalam siri The Walking Dead.


Flakka Drug Zombie

Apa itu Dadah Flakka ?

"Bath Salt" merupakan dadah sintetik dalam kategori yang baharu, sesetengah untuk mandian garam di spa sebagai stimulasi. Pada asalnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai 'decoy' yang dibawa bersama dadah konvensional sebagai 'dummy drug' jika ditahan pihak penguasa.

Pesawat Pejuang Hawk Milik Royal Malaysian Air Force (RMAF) Berpangkalan Di Kuantan, Labuan & Butterworth


"BAE Hawk"

Pesawat pejuang hawk mula melakukan 'maiden flight' (penerbangan sulung) pada 1974. Pesawat Hawk dibuat dan dikeluarkan oleh BAE Systems Inc. iaitu buatan Britain. Pesawat pejuang yang bersaiz kecil dikalangan pesawat pejuang yang ada menjadi pesawat latihan dan rutin yang 'simple'.


Jet Pejuang Hawk 108 & 208 : ainonline.com image

Malah pesawat ini menjadi kebanggan Britain itu sendiri apabila pasukan akrobatik udara, Red Arrows menggunakan pesawat jenis ini sebagai pesawat akrobatik mereka. Pesawat Hawk dilengkapi dengan satu enjin turbofan yang memerlukan dua orang pengendali. Pesawat Hawk begitu popular dari awal pengenalannya yang menjadikan pelbagai jenis pesawat ini dikeluarkan oleh BAE sehingga hari ini.

Ngabuburit Aktiviti Tradisi Ketika Bulan Puasa Ramadhan


"Ngabuburit"

Ngabuburit cukup popular ketika bulan puasa Ramadhan. Bagi kita di Malaysia, update status di Facebook atau berkata perkataan sedemikian pada depan-depan mampu menerima beberapa jahitan diterajang pak bilal atau berbekas 'kecobong' di dahi kesan libasan periuk oleh ibu atau kakak yang sedang memasak di dapur.

Mampu mengundang permutusan dalam usaha pembinaan masjid jika bakal menantu update status facebook atau twitter jika anda 'friend' dengan bakal bapa mertua atau bakal ibu mertua.


Ngabuburit Bulan Puasa

Bunyinya kasar, namun pengertiannya tidak sebagaimana sebutannya. Ngabuburit merupakan bahasa bangsa sunda. Bangsa tersebut juga boleh mendatangkan blog post ini di banned atau di report pembaca. Bangsa Sunda memang wujud, tiada kena mengena dengan cerita Ombak Rindu atau cerita adegan 'kemban-gantung' lain. Bangsa Sunda merupakan salah satu dari ratusan bangsa di Indonesia.

Paprik Ayam, Daging dan Seafood 'Signature Dish' Ketulenan Restoran Tom Yam Ala Thai


"Paprik Thai"

Dengan kepesatan pertumbuhan kedai-kedai makan dan restoran yang menggunakan 'ala thai' atau 'ala tom yam' sebagai signature restoran begitu.

Malahan kedai mamak sudah mula berjinak-jinak untuk menarik perhatian geng kuat makan di Malaysia dengan menjadikan 'ala tomyam' salah satu 'corner' nun di ceruk dapur. Tom yam ayam, daging, atau campur boleh didapati dengan senang dan tanpa perlu memikirkan dengan serius seperti menjawab soalan peperiksaan akhir tahun.


Paprik Ayam Ala Thai

Namun, dalam banyak-banyak kedai makan ala thai ini, aslikah masakan Thai nya atau sekadar masakan yang seperti melukut di tepi baldi yang tiada apa-apa ?

Michelin Mula Mendapat 'Feedback' Dari Pelumba MotoGP Melalui Kontroversi Tayar Hadapan


"Michelin MotoGP"

Setelah tujuh musim menjadi pengeluar tayar kepada sukan permotoran tersohor di dunia, MotoGP, kini (selepas perlumbaan Losail, Qatar) mengambil alih tugas Bridgestone adalah tayar berjenama Michelin. Tayar dalam motoGP merupakan aset yang amat penting. Melalui pemilihan tayar yang tepat boleh menjadikan nasib pole 1, podium, pertengahan atau tersingkir. Tujuh 'stage' bermula Losail sehingga Barcelona 'feedback' dari pelumba MotoGP mula kedengaran.

Bagi menjadi pengeluar tayar untuk peringkat MotoGP, pengalaman itu penting. Bagi michelin, inilah peluang mereka untuk menunjukkan bahawa mereka mampu setanding dengan pengeluar yang pernah menjadi pengeluar rasmi tayar untuk MotoGP.Bahagian research & Development dalam kejuruteraan 'friction' michelin menjadi nadi kepada 'tema' motoGP yang mendatang.


Michelin MotoGP Front Tyre

Dalam MotoGP, tayar dibahagikan dalam tiga kategori, Slick, Intermediate dan Hard. Apa yang menarik dengan format MotoGP adalah, setiap pasukan tidak terikat akan penggunaan kategori yang mana. Semasa free practice atau training biasa penyesuaian tayar dengan litar tertentu merupakan faktor utama.

Murtabak: Apakah Ciri-Ciri Murtabak Terbaik & Paling Sedap ?


"Murtabak"

Berasal dari perkataan arab, 'mutabbaq' yang membawa maksud 'folded' atau dibungkus. Memang kena dengan namanya, doh roti yang membaluti inti yang dibakar di atas pemanggang.

 Penyediaan rotinya sebagaimana roti canai, tepung gandum yang diuli sehingga membentuk doh sebelum ditebar dan diletakkan di atas pemangang.

Apa yang membezakan makanan jalanan yang turut dipanggil mertabak ini dengan roti canai biasa adalah intinya. Pelbagai jenis inti untuk pelbagai jenis peminat. Peminat daging dengan inti daging, begitu juga yang meminati ayam atau kambing. Namun, campuran bawang dan rempah yang dibancuh sendiri merupakan perasanya tersendiri.


Murtabak Paling Sedap

Dilengkapi dengan kuah kari atau kuah bawang bersirap, menambahkan lagi rasa 'authentic' makanan ala kebab ini. Murtabak bukan asing lagi bagi masyarakat asia tenggara apalagi Malaysia. Akan ada walau satu gerai dalam satu pasar malam.

Drama Andainya Takdir Sinopsis Kisah Benar Pesakit Mental Othello Sindrome


"Sindrom Othello"

Fatihah dan Airil sudah berkahwin hampir 5 tahun. Telah dikurniakan seorang anak bernama Aleeya. Kehidupan mereka sekeluarga tiada yang abnormal dari keluarga biasa, kecuali sifat Airil.

Airil begitu sayangkan isterinya Fatihah, namun sayang yang ditunjukan Airil terhadap Fatihah bukan sayang yang biasa kita lihat.

Cemburu buta itu sisi buruk Airil.


Drama Andainya Takdir

Fatihah seorang isteri dan ibu yang bekerjaya. Bekerja di pejabat yang mempunyai pelbagai jantina (bukan banyak, lelaki dan perempuan).

Setiap jam Fatihah perlu 'update' dan 'report' setiap tingkahlakunya dan bersama siapa kepada Airil. Lewat seminit boleh mencetuskan kerisauan dan cubaan untuk mejadi sawan kepada Airil.

Tradisi Kejut Sahur Dengan Melaungkan Azan Kaedah Zaman Nabi Di Sangka Bilal Mengigau


"Kejut Sahur!"

Zaman sekarang pelbagai gajet digunakan bagi membantu masyarakat Islam untuk bangun sahur. Jam loceng, aplikasi penggera telefon menjadi alat bantuan bagi membangunkan diri untuk menyediakan hidangan sahur dan bersahur.

Jika di zaman tanpa teknologi penggera dan jam loceng, bagaimana masyarakat Islam yang bukan melakukan qiamullai bangun bersahur ?


bersahur di bulan puasa

Tradisi dikejutkan sahur oleh orang ramai menjadi cara bagaimana orang Islam bangun untuk bersahur. Di negara-negara arab seperti  Arab Saudi, Mesir dan Yaman, mereka menggunakan istilah 'mesaharati' untuk mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur.

Petua Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut Dengan Cara Semulajadi Bahan Bersifat Antiseptik


"Sakit Gigi"

Berdenyut-denyut dan rasa ngilu adalah rasa yang boleh menyebabkan amukan tanpa batasan. Tidak kira berpunca dari masalah gusi atau kaviti yang juga dikenali sebagai gigi berlubang, sakit gigi memerlukan perhatian khusus kerana tanpa rawatan boleh menganggu perjalanan rutin harian.

Pada konsep medik, berdenyut dan ngilu merupakan 'warning' dari sistem saraf yang di kawal otak memberitahu bahawa bahagian mulut, lebih terperinci, gigi sudah dicerobohi. Hasil dari makanan manis biasanya yang terlekat pada gigi telah menarik minat para bakteria untuk tinggal pada gigi.


Petua Sakit Gigi

Bakteria akan memakan saki baki makanan yang terlekat pada gigi dan apabila sudah kenyang bakteria akan mula ingin mengeluarkan saki baki dalam perutnya makanan itu tadi. Najis bakteria ini mengeluarkan asid dan menyebabkan sebatian kalsium pada enamel gigi mula terhakis dan berlubang.

Kelapa Pandan, Mawa, Matag Hasil Kacukan Hibrid Bagi Menghasilkan Kelapa Renek/Rendah Terbaik


"Kelapa Renek"

Pokok seribu guna yang menjadi tajuk dalam animasi upin dan ipin memberikan satu pelajaran kepada generasi muda dalam mengenal pokok kelapa. Aiskrim kelapa, air tuak kelapa, air kelapa muda, dan santan merupakan produk biasa yang dapat kita dari pokok kelapa. Tumbuh diserata alam kecuali kawasan beriklim ekstrem menjadikan kelapa pokok yang kental.

Dari bahagian akar sehingga ke bahagian pucuk kelapa ada kegunaannya. Buah kelapa merupakan satu produk dari kelapa yang amat popular, ketika muda dijadikan air minum, aiskrim, jeli sehinggalah kelapa tua yang membekalkan santan untuk memasak.


Kelapa Renek Pandan Matag Mawa

Namun, kelapa kampung, atau kelapa biasa agak tinggi hingga mampu melepasi atap rumah. Selepas mencapai tahap sebegitu jarang sekali manusia akan memanjatnya selain memerlukan upah beruk atau menunggu kelapa tua jatuh.

Satar Ikan, Ketupat Sotong Antara Resepi Lauk yang Sedap Menu Berbuka Ketika Bulan Puasa


"Menu Sampingan"

Trafik 'jammed' setiap kali minggu pertama menuju ke pantai timur. Perkara biasa saban tahun, apabila bulan mulia ramadhan menjelma.

Kebanyakkan perantau dari pantai timur akan menghabiskan minggu pertama puasa di kampung halaman. Selain dari rindu akan kuih pelik tapi sedap [pautan: Kuih Muih Bulan Puasadan ingin menikmati air tangan keluarga bersahur dan berbuka bersama ayah bonda, pencarian makanan tradisi bulan puasa menjadi kemestian.


Lauk Pauk Berbuka

Kuih muih merupakan hidangan biasa, namun terdapat beberapa makanan yang sukar ditemui di bandar-bandar, jika ada mungkin tidak sesedap kawasan asalnya. Hidup di kampung jika tidak meriah jenis lauk pauk ketika berbuka kurang sedikit rasa ramadhannya. Makanan yang menjadi sampingan kepada nasi dan lauk perlu ada bagi menambahkan selera ketika bersahur atau berbuka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...