Warna Pakaian (Scrubs) Doktor & Pengamal Perubatan Bewarna Hijau atau Biru. Kenapa ?


"Scrubs Hijau"

Menghadirkan diri di hospital merupakan bukan suatu yang menjadi kegemaran kepada penulis. Trauma dan fobia akan bauan 'steril' atau dengan kata lain bau hospital cukup sinonim.

Namun, lawatan di hospital sebagai pelawat memberikan suatu idea setelah melihatkan pemakaian doktor, pakar bedah atau medical assistant mereka dengan warna tertentu, jika sedang atau menjalankan rawatan dan pembedahan. Hijau dan biru, dengan tona warna muda sering menjadi warna pilihan 'scrubs' (pakaian ala ala bedah, juga salah satu tajuk komedi perubatan Scrubs) untuk kebanyakkan hospital.


Warna Scrubs Hijau Dalam Siri Scrubs
Kuning cair, merah metalik, kuning atau ungu tidak bolehkah ?


Pertanyaan ini mula berkembang biak untuk mengetahuinya mungkin kerana selalu berkawan dengan kucing di rumah.

Mengapa Hijau/biru Menjadi Pilihan Warna Scrubs ?

Pertama, pada dasarnya scrubs perlu bewarna putih, lambang kebersihan, sebagaimana 'orang makmal' memakaianya. Pada asalnya, scrubs doktor bewarna putih. Namun, pada awal 20-an seorang doktor yang berpengaruh, telah menukarkan tema putih kepada hijau. Mungkin agak sukar untuk memastikan kesahihan warna hijau mampu memberi pandangan fokus apabila merawat pesakit tetapi suatu teori bahawa oleh kerana doktor sering melihat warna merah atau pink (dalam badan manusia) hijau mampu memberi 'reset button' kepada warna merah.

Mungkin juga kerana hijau berada pada kedudukan bertentangan pada carta skema 'color wheel', carta khas bagi mereka yang bekerja dengan warna, contohnya pekerja nippon paint atau jotun.

Teori hijau mampu membantu penglihatan doktor/pengamal perubatan dalam aktiviti rawatan pesakit dikelaskan kepada dua. Pertama, sebagaimana diterangkan di atas, hijau atau biru dijadikan 'reset button' untuk fokus setelah terlalu lama memandang warna merah yang agak kuat warnanya.

Bagaimana doktor dapat 'reset' kembali ? Semestinya dengan melihat pakaian orang sebelah.

Pakar warna secara teorinya menjelaskan bahawa apabila seorang pakar bedah terlalu lama memandang warna merah (tisu, organ dalaman, darah), otak akan mudah hilang fokus dan 'desensitived', kurang sensitif. Pada asasnya, merah suatu warna yang mudah pudar dalam otak manusia, kerana merah mempunyai nilai wavelength yang panjang berbanding warna lain, oleh hal demikianlah, merah berada di bawah lapisan pelangi.

Menurut John Werner, seorang psychologist yang membuat kajian mengenai vision di University of California, Davis, Melihat sesuatu yang bewarna hijau dari masa ke semasa mampu memberikan sensitiviti yang lebih pada mata seseorang, dengan kata lain lebih fokus. Tidak mudah terjebak dengan ilusi otak.

Kedua, sentiasa melihat sesuatu yang bewarna merah berterusan akan menyebabkan seorang doktor/pakar bedah mudah mendapat ilusi 'distracting image' bewarna hijau jika memandang sesuatu yang bewarna putih, scrubs yang putih. 

Berfaktakan dari inilah setelah melihat warna merah (darah, organ) seorang pakar bedah perlu memandang sesuatu yang bewarna hijau berbanding warna putih. Apabila seorang doktor sudah 'terkena' akan fenomena ini, iaitu terlihat 'distracting image', tempoh untuk pulih kembali agak lama, cuba bayangkan seorang pakar bedah otak yang memerlukan konsentrasi dan fokus yang tinggi mendapat 'distraction' seperti ini.

Juga dikenali sebagai "after effect" Illusion, cuba sini KLIK 

The phenomenon occurs because white light contains all the colors of the rainbow, including both red and green. But the red pathway is still tired out, so the red versus green pathway in the brain signals “green.”

However, if a doctor looks at green or blue scrubs instead of white ones, these disturbing ghosts will blend right in and not become a distraction, according to Paola Bressan, who researches visual illusions at the University of Padova in Italy.

Mungkin kerana hal inilah juga traffic light memerlukan warna hijau selepas 'stress' begitu lama dengan warna merah ketika berhenti di lampu isyarat.

Peringatan: Jangan ada hipstur jadikan pakaian raya, jangan !

Anda fikir anda tahu Warna Pakaian (scrubs) Doktor & Pengamal Perubatan Bewarna Hijau atau Biru. Kenapa ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...