Teknik Fotografi Untuk Beginner Faham Aperture, ISO & Shutter Speed Sebelum Bergelar Photographer


"Bermain Cahaya"

Fotografi dalam istilah mudah patut dikenal sebagai 'Permainan Cahaya'. Memiliki digital single lens reflex (DSLR) atau kamera  bukan menjamin 'title' photographer kepada pemiliknya. Zaman kini ramai yang beranggapan memiliki DSLR sudah cukup untuk digelar photographer. DSLR yang mahal sememangnya memiliki settings tertentu. Jika pemilik DSLR menggunakan setting 'automatik' pada kameranya dia belum boleh lagi di panggil photographer, dari zahirnya memang ya.


Photography Tips

Usah bercerita akan 'composition' dalam sesebuah gambar yang di 'snap'. Jika sudah mahir akan 3 perkara asas fotografi seperti Aperture, ISO dan Shutter Speed. Aplikasikan ketiga-tiga konsep ini dengan menggunakan setting 'manual' semestinya bolehlah gunakan nama 'photographer', lebih jelas 'amateur photographer'.


Tidak kira jika memiliki kamera Hasselblad H5D 200MS atau kamera telefon bermega-pixel 2mp, teknik dan pemahaman akan fotografi perlu ada. Professional photographer mampu mendapatkan hasil yang menarik meskipun menggunakan sumber kamera murah.

Aperture

Bukaan lens yang membenarkan cahaya (pantulan objek/imej) menuju ke arah 'reseptor' di dalam kamera. Bukaan ini menentukan tangkapan imej yang 'overexposed' atau silau terlalu banyak cahaya, atau 'underexposed' terlalu malap atau gelap hasilnya. Nilai aperture dikira berdasarkan bukaan lens tertentu, sesetengah lens ada memiliki nilai F-stop sehingga F22-F1.6 dan bermacam-macam lagi mengikut spesifikasi lens berasingan. Nilai F1.6, F22 ini dipanggil f-stop. Semakin kecil nilai f-stop semakin besar bukaan 'pintu' lens yang membenarkan cahaya masuk dan vice versa.


Aperture vs focus
ISO

Iso merupakan nilai sensitiviti yang terdapat pada sensor kamera. Sensor ini yang terdapat pada 'body' kamera bukan pada lens. Sifirnya mudah, jika terlalu gelap suasana yang ingin di ambil, letakkan nilai ISO kepada yang lebih besar. Kebanyakkan nilai ISO bermula dari 100,200 hingga 12800, namun bergantung kepada betapa mahalnya kamera yang dibeli.

Nilai tersebut memberikan gambaran kebolehan kamera untuk menerima cahaya, jika kawasan yang ingin di'shoot' agak terang, banyak cahaya, 100 atau 200 sudah memadai.

Nilai ISO sememangnya berguna apabila ingin menangkap gambar pada cuaca/suasana yang gelap, namu akan menghasilkan gambar yang kurang kuali atau 'noise' atau 'grain' senang cerita jika di zoom gambar akan kabur tidak 'sharp'. Bantuan photoshop diperlukan untuk mengurangkan 'noise'.


ISO vs Exposure
Shutter Speed

Kelajuan bukaan dan penerimaan cahaya yang akan masuk ke kamera sebelum ke sensor kamera. Semakin laju contohnya nilai shutter speed '1/10000, sekejap sahaja cahaya yang masuk ke kamera. Pengubahan nilai bergantung kepada berapa banyak cahaya yang dinginkan untuk mendapatkan gambar yang tidak begitu silau atau terlalu gelap.

Kebanyakan permainan shutter speed digunakan bagi mereka yang sukakan tangkapan 'long exposure' dan sesuatu yang sedang bergerak.


Motion vs Shutter Speed
Ketiga-tiga konsep diatas berkaitan cahaya. Bagi mendapatkan gambar yang cukup baik tanpa sebarang silau atau kegelapan variasi pemilihan 'setting' tiga benda di atas cukup 'basic'.

Ramai yang bertanyakan betapa cantiknya gambar yang diambil, apakah settingnya. Jarang para photographer akan memberikan suatu kata putus yang tepat kerana kebanyakkan photographer menggunakan teknik, 'try and error'.  Penggunaan tiga sumber di atas merupakan cara 'try and erro' tersebut.

Contoh suasana yang terang, silau, pilih sahaja aperture tinggi, ISO rendah dan shutter speed rendah. Tapi inginkan gambar yang 'blur' pada bahagian belakang, untuk 'blur' bahagian belakang perlu tinggikan aperture, jadi. 'anticipate' keadaan ini dengan setting ISO dan shutter speed pula.

Disebabkan inilah sukar bagi seorang photographer amateur mahupun professional mampu memberikan teknik setting yang tetap kerana memerlukan 'try and error' bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.

Zaman sekarang, kebanyakkan smartphone memiliki tiga unsur di atas aperture, iso dan shutter speed. Ambil telefon 'snap' sahaja, kerana inilah perlu dibezakan antara photographer sebenar dan 'snapper' (macam nama ikan pulak). Budak umur 3 tahun sudah pandai selfie, namun adakah dia seorang photographer ?

Secara tersiratnya, amateur photographer adalah individu yang pandai menggunakan tiga unsur di atas dan mendapatkan hasil yang mantap apalagi dengan menggunakan setting 'manual'. Berbeza pula dengan professional photographer, golongan yang layak diberikan puluhan ribu ringgit, composition, 3rd rule, lighting, 3 unsur di atas, dan penggunaan aplikasi lightroom, dan photoshop atau illustrator yang kompiten.

Apabila seorang yang betul-betul mahir akan perkara asas dalam fotografi, tidak akan timbul isu, harga upah mahal kerja tidak professional. Bukan semua adalah photographer meskipun memiliki kamera mahal.

Anda fikir anda tahu Teknik Fotografi Untuk Beginner Faham Aperture, ISO & Shutter Speed Sebelum Bergelar Photographer ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...