Header Ads

Percutian Bajet Pulau Kapas Terengganu Di Pak Ya Seaview Chalet


"Pulau Kapas Bajet"

Jika bercerita mengenai Pulau Kapas, perkara pertama mungkin menjadi ingatan adalah Mat Dan. Anak kelahiran Chentelham, London ini menjadikan Pulau Kapas, Terengganu sebagai 'rumah kedua'nya.


percutian murah pulau kapas terengganu
Pulau Kapas Sea View
Pulau Kapas merupakan salah satu dari kepulauan percutian yang tersohor di negeri Terengganu darul iman. Berjarak 18.7km secara 'great circle distance' dari Kuala Terengganu dan memiliki jarak lebih kurang 6 km dari jeti Marang.
Jeti Marang merupakan pintu masuk untuk ke Pulau Kapas.


Parkir Kenderaan di Jeti Marang

Bagi backpacker sendirian (bukan tegar) sebagaimana penulis dan isteri, yang datang ke jeti Marang dengan menaiki kereta. Rate parking untuk semalam adalah RM 7 (tertakluk kepada semasa) dan parking disediakan agak mencukupi.

Deretan kedai makan dan cenderahati disekitar kawasan parkir, cukup untuk menghidupkan rasa percaya untuk meninggalkan kenderaan bagi yang ingin balik hari (day trip) atau menginap sehari dua di Pulau Kapas.

Jeti Marang kecil sahaja dari rekabentuknya, mungkin kurang sesuai jika segerombolan bas-bas datang sekaligus namun mampu menampung keperluan percutian ke Pulau Kapas. Jeti yang dibentuk di muara sungai menjanjikan suasana menarik bagi 'photographer' yang inginkan 'shot' perahu nelayan.


Jeti Marang

Harga Tiket Trip Feri Ke Pulau Kapas

Bagi trip ke Pulau Kapas kali ini, kami menggunakan khidmat 'Pulau Kapas MGH Boat Service'. Hasil carian google, dan berhubung melalui whatsapp tiket dan waktu perjalanan mudah untuk perancangan. Harga tiket pergi-balik, 2-trip bernilai RM 25 (tertakluk kepada semasa).

Perjalanan bot menuju ke Pulau Kapas akan memakan masa selama 20-30 minit. Pada beberapa minit awal, jika berpeluang, anda mungkin boleh menggunakan peluang untuk menikmati atau mengambil gambar kawasan sekitar yang dipenuhi perahu/bot dan batu-batuan 'barrier' serta pohonan rhu.


Perahu Nelayan Jeti Marang
Aktiviti sedemikian berupa sementara dan lebihan masa akan dihidangkan dengan alunan ombak, bauan air laut dan mungkin sesekali jika berselisih dengan bot lain, alunan gelombang ala-ala roller-coaster turut dinikmati.

Jeti Pulau Kapas

Sampai sahaja di jeti Pulau Kapas, jika bernasib baik anda akan dijemput dengan kawanan ikan bewarna hitam. 'Riyok' dalam bahasa pantai timur bermaksud 'banyak'.  Itulah nama yang diberikan penduduk Pulau Kapas yang sememangnya sudah sinonim melihat kelibat kawanan ikan ini yang mungkin mencecah ratusan ekor sedang mencari makan di birai-birai jeti.


Jeti Pulau Kapas
Sekawan Ikan Riyok
Close Up Ikan Riyok
Menjejakkan kaki di jeti, sudah mampu menenangkan mata dan hati dengan kehijauan dan kejernihan airnya sesuai bagi aktiviti 'snorkeling'. Pasir yang memutih, air yang hijau kebiruan berlatarbelakangkan tumbuhan tropika berbukit pada bahagian belakang dari jeti sudah mampu membuat permulaan percutian anda sebagai satu bonus.

Pak Ya Sea View Chalet

Kami memilih Pak Ya Seaview Chalet sebagai pilihan tempat bermalam.


Pak Ya Seaview Sign
Pak Ya Seaview
Cone Chalet
chalet murah pak ya seaview pulau kapas
Triangle Chalet
Pak Ya Seaview merupakan salah satu dari beberapa buah chalet yang terdapat di Pulau Kapas. Apa yang menarik mengenai chalet ini adalah rekabentuknya. Rekabentuk segi tiga yang berlainan dari chalet yang lain. Kedudukannya juga agak strategik, paling dekat dengan jeti dan juga restoren (JT Cafe), selain tempat makan chalet ini sendiri.

Selain rekabentunya, rate untuk semalanya juga menarik perhatian kami, RM 80 (untuk bermalam, bukan pakej). Bilik berkeluasan 'honeymoon couple' dilengkapi kipas dinding (tiada aircond), dan kemudahan katil, bilik air dan 'socket' elektrik.


Katil Bersaiz Standard
Bilik Air
Falsafah utama apabila bercuti di Pulau Kapas adalah ketenangan. Sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan dengan ditemani bunyian ombak, dan kicauan burung-burung. Pulau Kapas yang tidak seluas Redang, mahupun Perhentian jarang menjadi pilihan aktiviti beramai-ramai. Pulau Kapas boleh dikatakan pulau yang berkonsepkan 'man vs wild', interaksi dengan alam sekitar.

Aktiviti Di Pulau Kapas

Kebanyakkan aktiviti di pulau ini berunsurkan interaksi dengan alam, snorkeling, jungle trekking, diving (Aquasport Divers) atau berjalan ditepian pantai mencari kerangan juga aktiviti bersama alam.


Pulau Kapas Beach
Pantai Pulau Kapas
Bagi yang memerlukan 'super duper' ketenangan tanpa diganggu. Berjalanlah di tepian pantai sehingga ke bahagian hujung pantai yang selari dengan jeti.

Bahagian hujung pantai selepas chalet yang terakhir (Qimi Chalet, rasanya), terdapat satu bahagian yang seumpama masih belum diusik. 'Landmark'nya adalah satu tanjung batuan yang ada beberapa batang pokok. Kawasanya tenang dan sesuai untuk photoshoot ala-ala Maldives.



Kehidupan waktu malam dengan nyanyian ombak dan kerdipan bintang menambahkan 'mood' suasana ala-ala honeymoon ketika menjamu selera. 

Waktu Sesuai Ke Pulau Kapas

Semua ini bergantung kepada waktu perancangan percutian. Terdapat 'off season' dan 'on season'. Kebanyakkan pulau di bahagian pantai timur malaysia akan 'off season', sesetengah chalet/resort ditutup pada November sehingga January setiap tahun kerana 'monsoon'. Angin kencang laut bergelora.

Waktu sesuai dan 'ramai' orang adalah antara, march hingga julai. Waktu suam-suam kuku pula, mengikut pandangan penulis adalah pada bulan yang tidak disebut. Waktu suam-suam kuku ini, masih boleh untuk bercuti di Pulau Kapas tetapi, merupakan waktu 'orang-orang pulau' sedang bersedia untuk monsoon, membaiki chalet atau memunggah barangan keperluan dengan feri.

Mungkin tidak semeriah ketika 'on season'. Sebagai backpacker, megi dan sardin apalagi khemah mungkin membantu.


Pakej yang Ditawarkan Di Pak Ya Sea View:

PROMOSI 3D2N BUDGET PAKEJ KE PULAU KAPAS

Pakej termasuk: 

- speedboat transfer from Marang Jetty
- 3h2m stay at fan room of Pakya Seaview Chalet.
- 2x breakfast
- 2x lunch
- 2x dinner
- 1x Snorkeling Trip by boat with equipment

Harga Pakej : RM320 Seorg

ITINERARY FOR 3D2N

DAY 01

8:30am berkumpul di Jeti Marang
9:30 bertolak ke Pulau Kapas
9:45am dijangka tiba di Pulau Kapas
- Jika bilik ada kosong boleh terus check-in.
Kalau penuh kena tunggu antara jam 12:30pm-2:00pm
12:30pm Lunch
Free & Eazy 
7:30pm Dinner

Day 02

8:00am Breakfast
9:30am / 10:00am Snorkeling by boat to Safari Coral Reef
1:00pm Lunch
Free & Eazy 
7:30pm Dinner

Day 03

8:00am Breakfast
Free & Easy
11:30am Check-out
12:00pm Departure to Marang Jeti

12:15pm Arrival to Marang Jeti

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi: AJ Pulau Kapas +60142128764


Mercu Tanda Pulau Kapas
Mercu Tanda Pulau Kapas
Pulau Kapas mampu meninggalkan kesan terhadap jiwa apalagi jika aktiviti, snorkeling, diving, jungle trekking, jalan-jalan tepian pantai bergambar dengan batuan menjadi 'diari' ketika disini.Bagi pencinta penyu, kito tengok penyu telo, di Pulau Gemia, 800m dari Pulau kapas.


Pulau Gemia Resort Terengganu
Pulau Gemia | Google Image
Percutian yang ideal adalah dengan perancangan bagi mengelakan dari tiada tempat penginapan atau kalut apabila hari percutian. Sekarang pelbagai cara bagi mendapatkan tempahan dan reservasi di kawasan percutian termasuklah Pulau Kapas. Pemilihan media untuk tempahan perlu bijak sebagaimana memilih media seperti Agoda.com; yang menawarkan tempahan bersama potongan harga pada masa tertentu.

Anda fikir anda tahu Percutian Bajet Pulau Kapas Di Pak Ya Seaview Chalet ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.