Kisah Benar Francais McDonalds Hasil Rampasan Kuasa Ray Kroc 'The Founder' Terhadap Adik-Beradik McDonalds Asal


"McDonalds Bukan McDonalds"

Mungkin bagi yang mahu berfikir dan meneliti akan 'history' menu yang terdapat pada mcdonalds.com, akan terasa suatu kejanggalan. Bermula dengan "Back in 1954, a man named Ray Kroc discovered a small burger restaurant in California....bla..bla.."

Discovered, bukan atas dasar 'established'. Dalam nama Ray Kroc itu sendiri tiada nama terkait McDonalds, yang sehingga kini dikenali meskipun anda baharu berusia 4 tahun. Ray Kroc bukan pengasas atau 'the founder' kepada francais restoran makanan segera McDonalds yang terkenal dengan hamburgernya.


McDonalds Brothers VS Ray Croc
Semuanya bermula pada dari sebuah gerai menjual hot dog pada tahun 1937 oleh dua adik beradik dalam keluarga Mcdonalds, iaitu, Richard 'Dick' McDonalds dan Maurice 'Mac' McDonalds.Kemudian mereka mula beralih kepada penyediaan makanan berasaskan 'hamburger' dan 'french fries' dengan pengendalian sistem yang cukup efisien dan cukup berkualiti pada 1940 di San Bernardino.

Sistemnya adalah bukan seperti sistem konvensional yang sedia ada ketika itu tetapi merupakan 'viral' pertama sitem 'drive thru' yang ada sekarang. Restoran lain hanya sekadar makan di meja duduk di kerusi. Namun adik beradik ini improvise dengan anda beli makanlah mana-mana.


Our History: McDonalds Website

Bagaimana 'rampasan' terhadap McDonalds sebenar terjadi ?

Titik tolak bermula apabila dua beradik ini telah memesan 8 buah 'milk shake mixer' dari seseorang yang latar belakang pendidikannya agak malap (drop out high school) bernama Ray Kroc. Ketika sedang menjalankan urusan bisnes pembelian mesin pembancuh susu kocak dengan adik beradik McDonalds, Ray Kroc teras teruja dengan sebuah restoran hamburger yang diusahakan adik beradik itu. Dengan sistem dan kaedah yang amat 'mesra pengguna'. Ray Kroc mula melupakan menjadi 'dropship' milkshake mixer dan ingin bersama menjadi rakan kongsi dua beradik McDonalds tersebut dalam bisnes hamburger dan french fries sebagai Pengurus Francais restoran.

Maka termaktublah perjanjian sebagai partner. Ray Kroc mula menjalankan tugasannya sebagai pengurus francais yang menguruskan perihal pembukaan cawangan lain. Kedua-dua beradik McDonalds tidak senang akan perancangan Ray Kroc yang ingin membuka cawangan lain secara mendadak, kerana mereka pernah membuka cawangan lain di arizona namun tidak berjaya. Ray Kroc tetap dengan pendirian mahu membuka cawangan meskipun tanpa persetujuan adik beradik McDonalds yang merupakan 'the founder' sebenar McDonalds.

Memandangkan mereka bertiga tinggal berjauhan, Ray Kroc tanpa menghiraukan persetujuan dua beradik membuka beberapa cawangan sehingga begitu berjaya dengan sistem francais.

Kesungguhan Ray terbukti ketika sanggup mengadaikan rumahnya untuk membeli tapak bagi membuka cawangan McDonalds yang baharu. Semakin lama semakin bertambah bilangan restoran atas nama 'branding' McDonalds meskipun tidak mendapat persetujuan beradik McDonalds.


McDonalds Golden Arc
Pada ketika ini, Ray Kroc sudah mula mengesahkan bahawa Restoran McDonalds adalah miliknya, sehingga terpampang di dada akhbar dan kaca tv. Mengetahui hal tersebut, adik beradik McDonalds mula marah dan rasa dianiya kerana tiada sebarang persetujuan diraih. Dua beradik tersebut yang masih meneruskan bisnes makanan di restoran pertama mula berkonfrontasi dengan Ray Kroc dan menjelaskan bahawa McDonalds adalah milik mereka. Namun, Ray Kroc yang tiada hitam putih mengenai pemilikan nama McDonalds mula khuatir akan kalah dalam perebutan nama McDonalds.



Melalui bantuan seorang peguam, Ray Kroc memulakan rancangan rampasan nama 'McDonalds' dengan menubuhkan syarikat 'properties' kerana setiap tanah yang berada dibawah setiap bangunan McDOnalds adalah hasil dana darinya. Dengan kata lain, nama branding McDonalds sudah berada di dalam tanah kuasa syarikat Ray. Ini menjadi tiket kepada Ray untuk 'claim' branding 'McDonalds' sebagai miliknya. Ray sudah berjaya menyempitkan usaha dua beradik McDonalds dalam mendapatkan nama McDonalds.

Terus, Ray membeli tanah yang didiami oleh restoran pertama milik dua beradik itu yang memaksa kedua-dua beradik McDonalds meninggalkan restoran dan boleh dianggap dihalau dari bisnes.

Ray ada memberi pampasan, namun tiada sebarang royalti diberikan hingga sekarang.Pampasan antara persetujuan adik beradik McDonalds meninggalkan 'McDonalds' 100% dengan jumlah USD 2.7 juta. Hasil rampasan terhadap nama 'Mcdonalds' dan 'Sistem McDonalds' yang diasaskan dua beradik itu, Ray dianggap sebagai 'the founder' kepada McDonalds sehingga ke hari ini.

Penyelewengan royalti bukan perkara baharu malahan salah satu dari 'strategi' dalam berbisnes dalam dunia kapitalis. Cara terakhir Ray adalah dengan membuka sebuah restoran McDonalds di seberang jalan dengan restoran milik adik beradik McDonalds sebagai paksaan kepada dua beradik itu meninggalkan restoran yang diusahakan mereka.

Sehingga meninggal dunia, kedua-dua adik beradik McDonalds sekadar menerima jumlah pampasan dan simpanan sebanyak USD 1 juta sahaja berbanding Ray Kroc yang hidup dengan senang melalui hasil 22 tahun penubuhan yang membawa kepada nilai keuntungan USD 1 billion pertama restoran McDonalds. Semua ini turut dikisahkan di dalam filem 'The Founder' yang diarahkan oleh John Lee hancock yang dikeluarkan pada 2016.

Bukankah situasi McDonalds Brothers dan Ray Kroc sama dengan penjajahan dan pencerobohan Israel ke atas negara Palestine? Ideologinya sama, kesilapan terbesar orang Palestine adalah membenarkan sebilangan penduduk yahudi yang dihalau dari eropah untuk berkampung di bumi mereka.

Apa jawapan untuk semua ini sama seperti yang berlaku kepada pengkhianatan oleh Ray kepada pengasas sebenar McDonalds. Ray sekadar membawa jenama 'McDonalds' berodakan egonya untuk mengaut kepentingan sendiri. McDonalds tersebar dari sebuah rampasan kuasa. Meskipun Ray merupakan 'bapa francais' tetapi dia seharusnya membayar royalti penggunaan nama 'McDonalds' kepada keluarga McDonalds.

Adik beradik McDonalds sudah berpuas hati akan kejayaan sebuah restoran, Ray Kroc 'tamak' inginkan lebih, tiada yang salah, namun cara menghapuskan dick dan mac McDonalds itu yang salah. Umpama Israel merampas Palestine.

McDonalds telah menganugerahkan 'Ray Kroc sebagai 'The Founder' pada hari 'The Founder's Day' bukannya kepada adik beradik McDonalds.


Anda fikir anda tahu Kisah Benar Francais McDonalds Hasil Rampasan Kuasa Ray Kroc 'The Founder' Terhadap Adik-Beradik McDonalds Asal ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan