Kenali Gred A, B, & C Durian Musang King (Raja Kunyit) Supaya Tidak Tertipu Dengan Harga Yang Mahal


"Raja Musang"

Bermula Mei dan berakhir ogos saban tahun. Musim durian bagi penduduk muka bumi Malaysia. Jika negara eropah dan negara hemisfera bawah dan atas memiliki musim tertentu, bagi negara sekitar garisan khatulistiwa juga memiliki musim.

Musim durian merupakan 'raja musim' bagi musim buah. Meskipun dikelaskan dengan sifatnya bau yang kurang enak bagi golongan 'hidung mat saleh' namun lidah tidak dapat menipu akan keenakkan rasanya.


Gred Durian Musang King
Pelbagai jenis durian yang diberikan oleh Allah kepada bumi Malaysia dan serantau. Musang king, kunyit, udang merah dan kampung selain dari jenis klon dan kacukan antara nama-nama durian yang dikenali ramai. 



Musang king (mao san wang JK1165), durian ini mampu mencecah ratusan ringgit sebiji.Contohnya, tempat pengumpulan durian Sungai Ruan, Raub Pahang masih dapat membelinya dengan harga RM40/kg namun jika sampai di lembah klang mungkin dalam RM60-65/kg. Musang king (Raja Kunyit) merupakan durian 'level' eksport negara ke negara yang inginkan raja buah yang pernah menjadi 'item' di dalam rancangan fear factor america ini.

Musang king dikategorikan kepada tiga kategori, Gred A, Gred B dan Gred C. Pengredan ini penting untuk menilai setiap pengeluaran buah untuk eksport ataupun jualan tempatan. Gred umpama nilai ringgit yang perlu dikeluarkan untuk menikmatinya. Pihak FAMA, MARDI atau pengusaha dusun semestinya arif akan pengredan ini maka bagi ada moleknya kita turut mengenali sifat yang ada bagi setiap gred supaya tidak ditipu penjual.

GRED A
Ciri-Ciri: Saiz besar
              Bentuk yang seimbang (simetri), tiada bengkang bengkoknya sebagai petanda semua pangsa terdapat buah.
              Tiada tanda kerosakan oleh serangga ataupun kerosakan 'perlanggaran' atau hentakkan. Koyak atau pecah.
              Harga 'standardize' tidak official antara RM25-RM65 per kg atau lebih tinggi

GRED B
Ciri-Ciri: Saiz sederhana besar
              Bilangan isi dan pangsa tidak 100% selari, setengah pangsa ada isi, setengah           mungkin tiada.
           
GRED C
Ciri-Ciri: Saiz Kecil
              Bentuk yang tidak sama, tidak simetri.
              Bilangan isi bilangan sedikit, pangsa ditinggalkan kosong tanpa isi.

*Meskipun besar dan sepatutnya dikelaskan dalam kategori Gred A jika berulat atau berserangga, musang king tersebut akan digredkan sebagai Gred C.

Walaupun gred ini atas penilaian FAMA namun pihak FAMA tidak menetapkan harga siling bagi harga durian musang king. Oleh itu, untuk beberapa biji musang king gred A tidak mustahil perlu membelanjakan hampir RM1000.

Selain dari mengenali bentuk musang king (salah satu dari 200 jenis durian di dunia) yang berduri piramid, 'bontot'nya berbentuk bintang lima garisan pada pangkal buah hanya terdapat pada musang king, tangkal bewarna coklat agar kebarangkalian untuk ditipu penjual dengan durian klon lain kategori 

Gred A, B atau C perlu diketahui supaya anda tidak mudah untuk memberikan not duit anda kepada penjual meskipun ia sememangnya durian jenis musang king a.k.a raja kunyit.

Walaupun Tanah Merah Kelantan adalah asal usul D197, Musang king, Raub dan Bentong di Pahang merupakan pengeluar durian musang king terbesar Malaysia dengan keluasan dusun durian mencecah 10,000 hektar

Pengelasan & Gred Durian Oleh FAMA: Gred Durian

Anda fikir anda tahu Kenali Gred A, B, & C Durian Musang King (Raja Kunyit) Supaya Tidak Tertipu Dengan Harga Yang Mahal ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...