Dalil Boleh Makan Sahur Selepas Waktu Imsak Di Bulan Puasa Mengikut Fakta Istilah Falak


"Imsak dan Subuh"

Artikel ini mungkin kurang bersesuaian dengan pemikiran karut para 'pencinta' bumi datar (flat earth) kerana mengandungi fakta astronomi perkaitan waktu imsak dan penerimaan cahaya matahari untuk bumi yang berbentuk sfera. Kita sememangnya sudah sedia maklum bahawa apabila tiba musim puasa Ramadhan maka ada dua pemberitahuan di kaca televisyen dan radio selain daripada iklan bisikan Yusof Taiyob penjual kurma.

Satu waktu berbuka puasa dan satu lagi waktu imsak.



waktu mula puasa fajar siddik

Waktu berbuka sememangnya sudah diketahui dengan jelas bahawa pada detik itulah bagi mereka yang berpuasa untuk membuka puasa, waktu maghrib.

Namun, yang menjadi persoalan ramai netizen adalah waktu imsak. Waktu imsak sering disalah tafsirkan, waktu bermula puasa atau subuh waktu bermula puasa. Waktu imsak biasanya antara 5-10 minit sebelum waktu subuh. Dimanakah permulaan puasa pada hari tersebut ?


Pengertian Permulaan Puasa:

Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit 'fajar shadiq' sehingga terbenam matahari berserta niat".

Dalam frasa di atas ada disebutkan perkataan 'fajar sidik' atau 'saddiq'. Bukan zarah cahaya pertama yang dilihat pada ufuk bagi seorang yang sedang memandang ke ufuk (horizon), fajar saddiq merupakan fajar kedua selepas fajar kadzib (zarah cahaya pertama dilihat dari ufuk).

Fajar ini mula dikira apabila cahaya matahari pertama memenuhi ruang ufuk. Secara relatifnya, kita begitu kecil berbanding bumi, maka fajar saddiq adalah dimana saat keseluruhan cahaya memenuhi horizon dari pandangan seseorang.[pada asasnya, fenomena ini bukti bahawa bumi itu sfera]

Pengertian Waktu Subuh:

Waktu solat Subuh, waktunya dimulai dari terbit fajar kedua (fajar shadiq) setelah fajar pertama (fajar kabih: fajar samar-samar) sehinggalah terbitnya matahari yang menandakan waktu syuruq.

Sememangnya, jika dibuat formula persamaan serentak pada kedua-dua pengertian puasa dan subuh diatas maka dapat disimpulkan bahawa permulaan puasa pada hari tersebut adalah pada waktu subuh hari tersebut.

Puasa dan waktu subuh berkongsi satu waktu fajar yang sama iaitu fajar shadiq.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, di zaman Nabi Muhammad S.A.W tiada waktu imsak melainkan waktu subuh. Waktu imsak merupakan suatu garis waktu 5-10 minit sebagai waktu untuk beringat-ingat bukan permulaan puasa pada hari tersebut.

Faktanya, makan (sahur) dalam antara waktu imsak dan satu saat sebelum waktu subuh adalah tidak haram atau boleh. Sebaiknya disini dipercepatkan segala urusan sebelum memasuki fasa puasa untuk hari tersebut.

Tidak perlu 'can hack' (ludah) makanan yang sedia ada di dalam mulut jika sudah waktu imsak dan seminit sebelum waktu subuh, kerana puasa bermula pada waktu subuh hari tersebut dan waktu berbuka adalah apabila saat hujung sfera matahari tenggelam diufuk barat iaitu waktu maghrib.

Penjelasan ustaz Azhar Idrus dengan lebih lanjut:






Entah bagaimana dengan golongan 'penganut' ajaran flat earth (FE) berpuasa dan solat.

*Ilmu Falak: Penentuan awal waktu Subuh bermula dari terbit fajar kedua yang dikira dari kedudukan matahari di bawah ufuk langit timur sebanyak 110 darjah dari titik zawal matahari tengahari.



Anda fikir anda tahu Dalil Boleh Makan Sahur Selepas Waktu Imsak Di Bulan Puasa Mengikut Fakta Istilah Falak ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




Catat Ulasan

0 Ulasan