Gunung Mauna Kea Hawaii Gunung Tertinggi Di Dunia Bukan Gunung Everest Nepal


"Mauna Kea"

Apa sahaja benda di dunia, yang 'paling' itu dikenali. Namun, adakah yang 'paling' itu sebenar-benarnya yang 'paling'. Dalam hal kali ini, paling tinggi di dunia. Jika bercakap mengenai paling tinggi di dunia dalam kategori semulajadi, gunung Everest adalah pemegang rekodnya.

Gunung Everest bukan gunung tertinggi (paling tinggi) di dunia. Itu fakta


Gunung Paling Tinggi Di Dunia

Gunung Everest adalah daratan paling tinggi di dunia. Puncak tertinggi dari paras laut (mean sea level) . Gunung Everest kedudukannya adalah dalam pergunungan himalaya. Gunung ini merupakan salah satu dari gugusan gunung-ganang di pergunungan himalaya.

Jadi, jika bukan Gunung Everest, apakah gunung yang tertinggi di dunia ?

Bagaimana Fidget Spinner Berfungsi & Tips Melambatkan Fidget Spinner Berhenti


"Finger Spinner"

Fidget spinner menjadi kegilaan ramai masakini. Ada yang mengaitkan fidget atau finger spinner ini sebagai 'sensory toy' kepada pengidap ADHD dan autisme. Fidget spinner mudah diterima netizen adalah kerana sifatnya yang sama akan kuaci, begitu mengkhayalkan. Pusingkan sekali ia akan berputar tanpa henti ditambah pula dengan pelbagai variasi warna yang menghiasi fidget spinner.

Mungkin perkataan fidget adalah dari gabungan istilah 'finger' dan 'gadget' maka jadilah barangan kegilaan ramai selain boleh dapatkannya di amazon dan kedai online, shopping mall pun sudah ada menawarkan pembelian fidget spinner ini, akan tetapi...

Tahukah  bagaimana 'gadget' viral ini berfungsi ?


How fidget spinner works


Fidget spinner merupakan salah satu dari produk hukum fizik yang ditemui dari sebiji epal oleh Isaac Newton.

Senarai Kuih Muih Unik Di Pasar Ramadhan Muncul Apabila Bulan Ramdhan Tiba


"Kuih buka Puasa"

Ramadhan menjelang tiba. Di Malaysia sambutan ramadhan cukup meriah meskipun lari dari definisi asal berpuasa sebagai tanda 'salidarity' dengan warga kurang berada yang berlapar selain sebagai pengorbanan menguatkan iman pada Allah.

Selain dari keriuhan di kedai-kedai kain dan langsir, gerai-gerai makan dan pasar ramadhan atau param antara tempat kerumunan orang ramai apabila tibanya bulan puasa.

Selain dari makanan biasa yang ditemui seperti nasi ayam, nasi tomato, nasi beriani dan bermacam hidangan lain seumpama mee goreng dan mee sup terdapat satu keunikan bulan puasa yang jarang berlaku pada 11 bulan sebelumnya, kuih-muih. Kepelbagaian etnik dan kaum di Malaysia menambahkan lagi variasi jenis kuih muih yang terdapat di setiap bazar ramadhan (baram) yang mula tumbuh apabila menjelang waktu berbuka.


Kuih Muih Puasa Akok


Paling popular adalah kuih muih dari pantai timur, Kelantan dan Terengganu khasnya dengan pelbagai bentuk, rasa dan nama. Kemanisan kuih muih yang berasal dari pantai timur menjadi hidangan 'dessert' terbaik selepas menjamu hidangan berat ketika berbuka.

Dalil Boleh Makan Sahur Selepas Waktu Imsak Di Bulan Puasa Mengikut Fakta Istilah Falak


"Imsak dan Subuh"

Artikel ini mungkin kurang bersesuaian dengan pemikiran karut para 'pencinta' bumi datar (flat earth) kerana mengandungi fakta astronomi perkaitan waktu imsak dan penerimaan cahaya matahari untuk bumi yang berbentuk sfera. Kita sememangnya sudah sedia maklum bahawa apabila tiba musim puasa Ramadhan maka ada dua pemberitahuan di kaca televisyen dan radio selain daripada iklan bisikan Yusof Taiyob penjual kurma.

Satu waktu berbuka puasa dan satu lagi waktu imsak.


waktu mula puasa fajar siddik

Waktu berbuka sememangnya sudah diketahui dengan jelas bahawa pada detik itulah bagi mereka yang berpuasa untuk membuka puasa, waktu maghrib.

Namun, yang menjadi persoalan ramai netizen adalah waktu imsak. Waktu imsak sering disalah tafsirkan, waktu bermula puasa atau subuh waktu bermula puasa. Waktu imsak biasanya antara 5-10 minit sebelum waktu subuh. Dimanakah permulaan puasa pada hari tersebut ?

Kesan Cuaca Bayu Laut & Bayu Darat Terhadap Percutian Di Pantai & Pulau


"Bayu Laut/Bayu Darat"

Dua fenomena alam yang mungkin dialami oleh 'traveller' yang suka memerhati alam. Fenomena yang berlaku di pantai ini akan menimbulkan tanda tanya. Bagi 'backpacker' yang menjadikan kawasan pantai sebagai kawasan untuk berehat ataupun berkhemah akan arif akan fenomena ini.

Pernahkah terfikir mengapa siang hari di pantai berangin dan pada malamnya agak panas dan angin laut tiada ?

Bagi yang pernah bermalam di tepian pantai akan dapat membezakan keadaan ini, bagi yang berkhemah yang akan terkesan dari fenomena ini.
Angin sejuk yang lembut pada siang hari, dan berpeluh apabila malam ditambah dengan pengudaraan khemah yang teruk.


Bayu Laut Pantai Cunang

Para 'pekhemah' tepian pantai atau pulau-pulau perlu tahu akan fenomena ini supaya terhindar dari rasa tidak keselesaan ketika malam hari kerana angin laut sudah tiada, kurang kapasiti dari siang hari.

Teknik Fotografi Untuk Beginner Faham Aperture, ISO & Shutter Speed Sebelum Bergelar Photographer


"Bermain Cahaya"

Fotografi dalam istilah mudah patut dikenal sebagai 'Permainan Cahaya'. Memiliki digital single lens reflex (DSLR) atau kamera  bukan menjamin 'title' photographer kepada pemiliknya. Zaman kini ramai yang beranggapan memiliki DSLR sudah cukup untuk digelar photographer. DSLR yang mahal sememangnya memiliki settings tertentu. Jika pemilik DSLR menggunakan setting 'automatik' pada kameranya dia belum boleh lagi di panggil photographer, dari zahirnya memang ya.


Photography Tips

Usah bercerita akan 'composition' dalam sesebuah gambar yang di 'snap'. Jika sudah mahir akan 3 perkara asas fotografi seperti Aperture, ISO dan Shutter Speed. Aplikasikan ketiga-tiga konsep ini dengan menggunakan setting 'manual' semestinya bolehlah gunakan nama 'photographer', lebih jelas 'amateur photographer'.

Pengalaman & Tips Berkhemah Di Pantai Bagan Lalang Sepang


"Camping Newbie"

Berkhemah merupakan salah satu cara 'backpacker' untuk bermalam di sesuatu tempat. Menjadi alternatif apabila tiada motel, chalet atau hotel untuk didiami. 'Camping' merupakan satu cabaran bagi backpacker yang sudah terdesak untuk bermalam. Namun kini camping sudah menjadi aktiviti kebiasaan, tidak kira backpacker atau tidak.

Jika secara normalnya jika disebut akan perkataan berkhemah, kita akan mula membayangkan berkhemah di hutan atau antara tentatif bagi seorang pengakap dan pandu puteri. Kebanyakan 'camper' di hutan masa kini adalah pendaki gunung/bukit atau ranjer hutan. Trend beriadah menggunakan khemah (tent) kini bukan menjurus kepada backpacker, pendaki ataupun pasukan seragam sekolah.


berkhemah di pantai bagan lalang
Berkhemah Bagan Lalang
Pantai, merupakan satu kawasan riadah yang amat popular. Malaysia yang merupakan sebuah 'tanjung besar' atau semenanjung sememangnya memiliki perairan yang semestinya wujudnya pantai, bukan seperti negara Laos yang tiada laut. Bagan Lalang yang terletak di dalam daerah Sepang merupakan salah satu pantai yang cukup terkenal. Landmark terkenal pantai Bagan Lalang adalah deretan chalet yang membentuk 'palm island' hasil usaha Avani Sepang Gold Coast Resort.

Kenali Gred A, B, & C Durian Musang King (Raja Kunyit) Supaya Tidak Tertipu Dengan Harga Yang Mahal


"Raja Musang"

Bermula Mei dan berakhir ogos saban tahun. Musim durian bagi penduduk muka bumi Malaysia. Jika negara eropah dan negara hemisfera bawah dan atas memiliki musim tertentu, bagi negara sekitar garisan khatulistiwa juga memiliki musim.

Musim durian merupakan 'raja musim' bagi musim buah. Meskipun dikelaskan dengan sifatnya bau yang kurang enak bagi golongan 'hidung mat saleh' namun lidah tidak dapat menipu akan keenakkan rasanya.


Gred Durian Musang King
Pelbagai jenis durian yang diberikan oleh Allah kepada bumi Malaysia dan serantau. Musang king, kunyit, udang merah dan kampung selain dari jenis klon dan kacukan antara nama-nama durian yang dikenali ramai. 

Kisah Benar Francais McDonalds Hasil Rampasan Kuasa Ray Kroc 'The Founder' Terhadap Adik-Beradik McDonalds Asal


"McDonalds Bukan McDonalds"

Mungkin bagi yang mahu berfikir dan meneliti akan 'history' menu yang terdapat pada mcdonalds.com, akan terasa suatu kejanggalan. Bermula dengan "Back in 1954, a man named Ray Kroc discovered a small burger restaurant in California....bla..bla.."

Discovered, bukan atas dasar 'established'. Dalam nama Ray Kroc itu sendiri tiada nama terkait McDonalds, yang sehingga kini dikenali meskipun anda baharu berusia 4 tahun. Ray Kroc bukan pengasas atau 'the founder' kepada francais restoran makanan segera McDonalds yang terkenal dengan hamburgernya.


McDonalds Brothers VS Ray Croc
Semuanya bermula pada dari sebuah gerai menjual hot dog pada tahun 1937 oleh dua adik beradik dalam keluarga Mcdonalds, iaitu, Richard 'Dick' McDonalds dan Maurice 'Mac' McDonalds.Kemudian mereka mula beralih kepada penyediaan makanan berasaskan 'hamburger' dan 'french fries' dengan pengendalian sistem yang cukup efisien dan cukup berkualiti pada 1940 di San Bernardino.

Adakah Ikan Tidur ? Fahami Cara Ikan Berehat


"Ikan Tidur"

Menjadikan hobi membela ikan, tidak kira ikan hiasan atau ikan santapan merupakan suatu hobi yang memberikan suatu perasaan baharu. Melihat ikan berenang-renang dengan deruan air yang jatuh dari 'water filter aquarium' sesungguhnya suatu suasana yang mampu memberi keasyikan.


Ikan Laga Betta 'Halfmoon' Tidur ?

Berenang kesini, berenang ke sana, kadang-kadang ikan ikan ini akan berenang 'kesinun'. Ikan hiasan biasanya diambil dari spesis yang agak aktif sehinggalah hyperaktif perilakunya. Tidak pernah terlintaskah di fikiran anda bahawa tidak penatkah mereka berkejaran dan berenang gaya bebas sebegitu ?

Status Perkahwinan Fiza & Edi (Menanti Februari) Tidak Sah Jelas Mufti Wilayah Persekutuan


"Mafqud Menanti Februari"

Soalan: Dalam drama 'Menanti Februari', si suami telah hilang selama 6 bulan di laut. Si isteri berkahwin dengan lelaki lain dalam tempoh tersebut. Pada satu hari, suami yang hilang muncul kembali dan mengetahui isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain yang juga sahabat baiknya. Apakah hukum perkahwinan tersebut?

Fiza & Edi (Menanti Februari)
Jawapan:

Definisi Mafqud (Orang Yang Hilang)


Percutian Bajet Pulau Kapas Terengganu Di Pak Ya Seaview Chalet


"Pulau Kapas Bajet"

Jika bercerita mengenai Pulau Kapas, perkara pertama mungkin menjadi ingatan adalah Mat Dan. Anak kelahiran Chentelham, London ini menjadikan Pulau Kapas, Terengganu sebagai 'rumah kedua'nya.


percutian murah pulau kapas terengganu
Pulau Kapas Sea View
Pulau Kapas merupakan salah satu dari kepulauan percutian yang tersohor di negeri Terengganu darul iman. Berjarak 18.7km secara 'great circle distance' dari Kuala Terengganu dan memiliki jarak lebih kurang 6 km dari jeti Marang.
Jeti Marang merupakan pintu masuk untuk ke Pulau Kapas.

Kontroversi Ibrahim 'Ujang' Anon & Majalah Komik Upin Ipin Luahan Di Sebalik Kisah Sebenar


"Berbuah Dua Kali"

Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon merupakan seorang yang boleh dianggap sebagai 'living legend' dalam industri kartun komik dan animasi Malaysia.

Kisah perit kartunis kelahiran negeri sembilan ini tiada penghujung meskipun majalah ujang dan apo? sudah terkubur.  Isu hakcipta bersama MOY Publications [Klik Pautan] dahulu masih belum kering lukanya buat Ujang kerana penipuan dan pengkhianatan terhadap hasil dan royalti miliknya. Selain dari kekalahan dalam mendapatkan nama Din Beramboi untuk majalah ujang dengan Allayarham Din Beramboi. 

Ujang Vs Upin Ipin

Kini, Ujang yang juga merupakan 'angler' tegar yang sering menghuni boat house di tasik kenyir dipalit pula dengan permasalahan bersama komik dua kembar berkepala botak, Komik Upin dan Ipin dibawah pengeluaran Les Copaque.

Selami luahan brader Ujang mengenai kontroversi Komik Upin Ipin dan beliau yang membawa kepada isu ujang ditipu oleh pengurusan komik upin dan ipin

Comac C919 Pesawat Komersil Buatan China Pertama Terbang Untuk Kali Pertama (Maiden Flight)


"Comac C919 "

Jika sebelum ini hanyalah sebuah prototaip pesawat. Namun pada 5 May 2017, Shanghai Pudong International Airport menjadi saksi bahawa Comac C919 yang sepenuhnya sepenuhnya buatan negara China memulakan tugasan sebagai pesawat terbang dengan menggunakan 'sortie' test flight, 'Maiden Flight'.

Pada hari sebelumnya, 'nosewheel lift off' diuji, kini comac C919 sudah berada di udara. Lebih tepat lagi ruang udara China.


Comac C919 Lift Off Maiden Flight
Pesawat penumpang yang ingin mencabar pengeluar besar seperti Airbus dan Boeing ini sudah boleh mula menyertai airshow yang bakal diadakan sebagai satu tentatif menyebarkan katalognya kepada syarikat penerbangan.

Petua Mencari Kawasan Lubuk Ikan Rahsia Pemancing & Nelayan


"Lubuk"

Memancing bukan lagi hobi tetapi turut dikenali sebagai mata pencarian.
Bagi mereka yang menjadikan rod, dan reel sebagai kawan semasa masa terluang memancing bukanlah suatu yang menjadi sumber rezeki. Siakap, gelama, baung, keli, haruan ataupun marlin memiliki sifat-sifat tersendiri. Kenali sifat-sifat ikan ikan ini maka tahulah kawasan lubuk mereka.

Berbanding mereka yang menjadikan tali pancing dan umpan sebagai teman seharian, iaitu seorang yang menjadikan memancing sebagai sumber rezeki harian. Bagi otai-otai memancing, aspek pencarian lubuk atau kawasan yang selalu menjadi 'port' bermain sudah sebati dengan pengalaman.


Lubuk Ikan Kelah
Bagi mengelakkan 'bangau' istilah pemancing yang menjurus kepada kegagalan dalam mendapatkan hasil, sesuatu lubuk perlu dikenal pasti selain dari sumber cakap-cakap orang yang sering ke tempat tersebut.

Warna Pakaian (Scrubs) Doktor & Pengamal Perubatan Bewarna Hijau atau Biru. Kenapa ?


"Scrubs Hijau"

Menghadirkan diri di hospital merupakan bukan suatu yang menjadi kegemaran kepada penulis. Trauma dan fobia akan bauan 'steril' atau dengan kata lain bau hospital cukup sinonim.

Namun, lawatan di hospital sebagai pelawat memberikan suatu idea setelah melihatkan pemakaian doktor, pakar bedah atau medical assistant mereka dengan warna tertentu, jika sedang atau menjalankan rawatan dan pembedahan. Hijau dan biru, dengan tona warna muda sering menjadi warna pilihan 'scrubs' (pakaian ala ala bedah, juga salah satu tajuk komedi perubatan Scrubs) untuk kebanyakkan hospital.


Warna Scrubs Hijau Dalam Siri Scrubs
Kuning cair, merah metalik, kuning atau ungu tidak bolehkah ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...