Selamat Tinggal Life-Size Statue Gundam RG RX-78-2 Ver. GFT Odaiba Tokyo dan Gundam Front Di Jepun


"Goodbye RX-78-2"

Modeler gundam/gunpla menjadikan bandar Odaiba sesuatu yang perlu ditulis di dalam diari minda untuk dilawati. Satu-satunya bandar yang 'dijaga' oleh RG 1/1 RX-78-2 Ver. GFT yang bersaiz 1:1 atau dengan lain kata skala original setinggi 18 meter dari aras tanah.

Statue Gundam ini bukan sahaja menjadi ikon kepada bandar Odaiba, Tokyo malah merupakan tarikan pelancong sejak di'pasang'kan pada April 2012.




Namun setelah menjangkau usia 5 tahun menjadi bodyguard bandar Odaiba, RX-78-2 Ver. GFT akan ditamatkan operasinya. Malang buat pencinta gundam/gunpla yang masih belum berkemampuan untuk melihat sendiri model bersaiz sebenar ini.


Tiada lagi deruan steam yang keluar dari mobile suit ini jika theme park ini ditutup. Menurut Bandai Namco Holdings Inc. 'display' mecha statue yang menghiasi bahagian hadapan mall Diver's City ini akan mula ditutup pada April 2017.




Khabar angin yang mengatakan RX-78-2 Ver. GFT akan 'bersara' pada akhir 2016 lagi, pada Mac 2017 pihak Bandai mengesahkan akan persaraan ikon gunpla ini. Diver's City Mall yang turut menempatkan Gundam Front juga telah ditutup pada 5 April 2017. Gundam front merupakan galeri yang menempatkan pelbagai modelkit dan aksesori gundam.






Mempunyai beberapa segmen seperti Gundam Labo (laboratory), Gundam Factory dan juga kawasan untuk memasang modelkit mobile suit gundam iaitu Experience Field.

Persaraan RX-78-2 Ver. GFT sebagai statue gundam Odaiba dan penutupan Gundam Front merupakan suatu kehilangan bagi peminat mobile suit gundam seluruh dunia.

Anda fikir anda tahu Selamat Tinggal Life-Size Statue Gundam Berskala 1:1 RG 1/1 RX-78-2 Ver. GFT Odaiba Tokyo dan Penutupan Gundam Front Di Jepun ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...