Life-Size Unicorn Gundam Berskala 1:1 Pengganti RX-78-2 Ver. GFT Di The Gundam Base Tokyo


"Welcome Aboard Unicorn"

Kehilangan RX-78-2 Ver. GFT sebagai 'duta' mobile suit gundam bersaiz sebenar di Odaiba Tokyo masih lagi terasa.Anime dan ikon robot yang sudah bertapak di muka bumi ini menghampiri ulangtahun mereka yang ke 40, setelah diwujudkan oleh Yoshiyuki Tomino pada 7 April 1979 dalam versi anime.


Gundam Unicorn Life Size Odaiba

Populariti anime ini semakin meningkat seiring dengan kemajuan 'moulding' berasaskan plastik. Dari sinilah bermulanya era gunpla dan modelkitnya.

Gunpla atau robot pasang sendiri ini bukanlah semata-mata dihasilkan untuk peminat didi and friends, malah menjadi target kepada golongan dewasa dalam melempiaskan kreativiti dan masa lapang tanpa sia-sia.


Menjadi suatu kemestian bagi mereka yang meminati gunpla tidak kira dari SD mahupun MG, bergambar dengan statue gundam terbesar di Odaiba. Apa lagi merasai sendiri suasana apabila statue tersebut mengeluarkan steam.

Namun itu semua sudah menjadi sejarah. Tontonan gambar-gambar dari google sahaja mampu mengubati kelukaan persaraan RX-78-2 ini.

Ramai yang menyuarakan pandangan, setelah hampir 40 tahun (dari 1979) adakah pihak Bandai Namco Holdings Inc. sudah berputus asa dengan Mobile Suit Gundam.

Faktanya, pihak Bandai tidak menghapuskan legasi gundam tetapi merupakan penambahbaikan dari segi model statue dan penggantian fasiliti lama. Penurunan kepala RX-78-2 Ver. GFT bukanlah penamatan sebuah statue bersaiz sebenar di jepun. Pihak Bandai telah merancang sempena tahun 2019 nanti mengambil kira ulangtahun yang ke 40, taman tema gundam perlukan sesuatu yang baharu.

Penggantian RX-78-2 Ver. GFT dengan Unicorn Gundam bersaiz 1:1 merupakan salah satu darinya. Peralihan tugas dari RX-78-2 kepada RG 1/1 Unicorn Gundam dirancang akan bermula pada musim luruh Jepun 2017.

Gundam Front yang sebelum ini menjadi galeri kepada mobile suit gundam juga telah ditambahbaik menjadi 'base' yang lebih teratur dan komprehensif dengan menggunakan nama 'The Gundam Base', Tokyo.






Perasmian dijadualkan pada musim panas Jepun 2017, sebagai hub utama selain hub pameran yang sudah ada di Taiwan dan Korea Selatan.

Anda fikir anda tahu RG 1/1 Unicorn Gundam Berskala 1:1 Pengganti RX-78-2 Ver. GFT Di The Gundam Base Tokyo ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Catat Ulasan

0 Ulasan