Konsep Pembekuan Aiskrim Goyang Menggunakan Garam


"Goyang Sejuk"

Pertama, usah kita bebani kepala otak kita dengan istilah-istilah sains yang memeningkan. Bukan semua orang diciptakan untuk menjadi saintis apa lagi ahli kimia. Kita cuma perlu fahami konsep sifat ais (air batu), garam dan air (cecair).


Aiskrim Goyang: Google Image

Garam merupakan kegunaan harian untuk memberikan rasa. Garam seharian yang kita gunakan untuk gulai, goreng dan sup adalah dari jenis sodium chloride. Bagi manusia biasa seperti penulis, garam harian adalah semata-mata garam, tetapi sebagai ahli kimia pelbagai sebatian lain adalah garam.


Fahami konsep penambahan garam apabila membuat aiskrim goyang. Pada teorinya seorang pengusaha aiskrim goyang adalah seorang ahli kimia. Goyangan mereka hampir sama dengan retorik seorang manusia berpakain 'lab coat' sedang mengoncangkan campuran di dalam tabung uji. Tabung uji atau kelalang bagi pengusaha aiskrim goyang adalah mesin aiskrim goyang tersebut.

Pada mesin aiskrim goyang terdapat dua bahagian, lubang-lubang ceracak yang diisi perasa (air berkarbonat contohnya) dan satu bahagian luar yang akan diisi garam dan ais.

Bagaimana perasa (air berkarbonat) di dalam lubang ceracak-ceracak itu bertukar menjadi beku dan membentuk aiskrim ?

Kenali garam dahulu, fahami sifatnya, sifat garam apabila ditambah kepada ais ia akan menurunkan takat beku/takat lebur ais tersebut. Dalam bahasa yang senang difahami, jika tanpa garam air (sebelum menjadi ais) akan membeku pada 0-darjah celcius atau 32-darjah fahreinheit. Apabila ditambah garam maka takat beku/takat lebur ais tersebut akan diturunkan, bukan lagi pada 0-darjah celsius tetapi semakin sejuk nilai pada termometer.

ketika digoyangkan oleh peniaga aiskrim, bahagian luar yang mengandungi ais dan garam bergabung bertemu meletup umpama stacy dan akim, melalui pemahaman konsep pertemuan garam-ais diatas maka bahagian luar akan menjadi lebih sejuk dari kandungan cecair (air berkarbonat/perasa) di dalam ceracak-ceracak dalam mesin tersebut.

Fahami satu lagi konsep sains. tenaga haba, tenaga sifatnya sering ingin ke arah keseimbangan (equilibrium, salah satu konsep dalam pelajaran thermodynamic).
Untuk mencapai keseimbangan, diluar sejuk (garam-ais), didalam ceracak panas (berisi air berkarbonat/perasa) maka tenaga haba dari cecair berkarbonat akan menyusup keluar menuju ke bahagian yang berisi garam-ais.


, , 


Konsep fasa pepejal, cecair, gas apa tuan-tuan ?

Konsepnya, apabila haba dibebaskan maka ikatan antara cecair berkarbonat/perasa akan lemah kerana tiada tenaga haba yang berusaha meleraikan mereka. Dari hal demikian, air berkarbonat tersebut akan membeku kerana kehilangan haba yang keluar menuju ke arah gabungan garam-ais dibahagian luar yang lebih sejuk berbandingnya.

Terima kasih kepada konsep ini, kini anda boleh membuat home-made aiskrim dengan cara seorang ahli kimia.




*jangan pelik jika anda berkunjung ke negara yang memiliki salji, ketika salji yang tebal mereka menyembur air garam untuk mempercepatkan proses pencairan salji.


Anda fikir anda tahu Konsep Pembekuan Aiskrim Goyang Menggunakan Garam ?

Anda fikir skali lagi....

Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...