Rahsia Facebook, Youtube Disebalik 'Free Login Websites' Mendapatkan Dana Untuk Operasi


"Free Ada Makna"

Facebook merupakan suatu media yang menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan online dan internet. Hinggakan bayi berumur 2 bulan sudah di'sign up'kan oleh ibu bapa mereka untuk memiliki akaun facebook.

Membuka akaun facebook adalah percuma, percuma ke ?


Ada kisah disebalik mengapa mark zuckerberg dan rakan-rakan mereka di facebook menjadikan facebook tanpa bayaran, percuma. Isikan ruangan klik submit, tahniah anda sudah memiliki platform untuk melihat benda viral dan memaki hamun tanpa tabayyun.



Jika berbayar, anda rasa akan ramaikah orang akan menggunakan facebook? Semestinya tiada yang sanggup membayar bukan ? Jika percuma bagaimanakah mark zuckerberg mampu mempertahankan media sosial paling popular di bumi ini dari 4 februari 2004 hingga sekarang.

Ya, betol, facebook bertahan kerana iklan. Mungkin anda kurang menyedari disebelah kanan interface facebook sudah memiliki slot untuk iklan, itu yang tersirat.
Cuba dapatkan tiga markah untuk setiap yang tersirat pula. Secara bahasa kiasnya anda dan kita semua bukanlah pengguna facebook, tetapi produk kepada facebook.

Sedangkan NSA mampu melihat setiap gerak geri kita sebagaimana dipecah lubang oleh Edward Snowden. Inikan pula seorang genius yang agak psycho dengan dunia maya, Mark zuckerberg.

Terdapat sistem tracking yang dihidupkan di headquarters facebook seluruh dunia bagi mengesan identiti anda, dan kami. Data dari anda seperti gender, alamat, interest, merupakan antara dari ratusan data yang anda kemaskini pada facebook yang turut anda kongsikan dengan administrator facebook di pengkalan mereka.

Segala data ini digunakan untuk di'jual' kepada pengiklan yang akan membayar kepada facebook sebagai sumber kemandirian jaringan facebook ini. Oleh hal ini ada ketikanya setiap iklan yang muncul, fans page, group sesuatu yang berkaitan dengan 'interest' yang anda sudah masukkan sebagai profil akan muncul.

Bukan sekadar kebetulan atau magik tetapi sememangnya bagaimana modus operandi iklan dan facebook berfungsi.

Anda gemarkan 'burger', atau sering membuat status inginkan wester food, sukakan jenama make-up atau handbag, data inilah yang akan membantu satu bijak i.t di facebook untuk mengesan 'apa yang anda mahu' sedangkan anda tidak mahu. Iklan berkaitan.

Anda menemui sesuatu yang menarik bagi anda, anda like atau share, ini juga merupaka salah satu fungsi ala-ala click bait yang akan memberitahu pihak facebook, 'oh saya minat dengan ini', dengan likes atau share, jadi, sistem facebook akan beranggapan, 'oh dia ni sukakan benda ni, marilah kita masukkan iklan atau suggestion untuknya'.

facebook telah membeli whatsapp menambah lagi jaringan pengiklanan mereka, selain selalu meminta no telefon kita ketika login, mungkin nombor telefon ini akan menjadi media pengiklan melalui sms pula ?

Pengiklan senyum dan memberikan ganjaran kepada facebook sebagai duit poket untuk kelangsungan mereka.

Gmail, youtube dan google maps merupakan idea yang sama dalam menjadikan pengguna google sebagai produk. Setiap kali anda membuka youtube, sistem ini akan mengetahui 'interest' anda contohnya jika anda mencari sesuatu berkaitan mati pucuk pada youtube atau klinik yang menawarkan rawatan mati pucuk di google maps

Jangan terkejut jika anda akan diekori oleh iklan penguat tenaga batin, begitulah juga selepas anda melawat sesawang shopping online seperti lazada, zalora, nile atau shopee dan 11streets iklan-iklan ini akan bersama anda setiap masa di mana jua kerana sistem yang mampu mengesan 'interest' anda dan dimana anda berada kerana google menempatkan lebih 10,000 sistem tracking pada sesawang yang terpilih.

Usah khuatir akan hal ini, inilah bagaimana cara media dan website di internet yang percuma di akses untuk meneruskan kehidupan mereka. Iklan, anda bukan sahaja pengguna tetapi sebenarnya produk. Identiti anda yang sering anda update, upload dan search merupakan 'makanan' kepada sistem tracking pengiklanan masa kini untuk mengikut sahaja kemana anda pergi.

Setiap kali anda login facebook, login gmail, buka youtube, carian google malah carian maps data anda diperhatikan.

"If you're not paying, you're not the customer--you're the product"
college humor

Anda fikir anda tahu Rahsia Facebook, Youtube Disebalik 'Free Login Websites' Mendapatkan Dana Untuk Operasi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...