Restoran Sempadan Maggie Ketam Power Jalan Kebun Masak Di Klang Makan Di Banting


"Maggie Ketam"

Kerancakan tumbuhnya kedai-kedai makan atau restoran di sekitar Jalan Kebun Shah Alam sama rancaknya dengan getaran 'piling' oleh pemaju perumahan kawasan tersebut. Dahulu hanya terkenal dengan hutan belantara dan ladang-ladang kelapa sawit. Kini Jalan kebun mula berubah menjadi sebuah kawasan residen pilihan.

Setelah dihalau semua jenis haiwan yang pernah mendiami kawasan ini, cerucuk dan batu bata mula menghiasi hutan belantara ini yang kian berubah menjadi belantara perumahan.

Hanya beberapa meter dari pintu masuk kawasan kediaman bersepadu rimbayu, melalui pintu masuk kawasan motorcross yang baharu dibina, muncul sebuah restoren yang menjadikan ketam sebagai 'main course' hidangan mereka.




Meggi ketam Restoran Sempadan Jalan Kebun memulakan perniagaan mereka betul-betul segaris dengan 'signboard' persempadanan antara Klang dan Banting. Jika dapurnya di bahagian Klang, mungkin ruang makannya disebelah Banting.
Boleh dikatakan bahawa, masak di Klang makan di Banting.

Cubaan Jet Pejuang Korea Dalam Usaha Menawan KLCC Malaysia Pada 29 March 2017 #ROKAF


"ROKAF"

Pasukan jet pejuang dari korea ini sudah 'mencerobohi' ruang udara Malaysia sudah seminggu. Berjaya membenarkan landing gear menyentuh tarmac runway 03 pada March 15 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi melengkapkan tentatif program slot aeroangkasa pada #LIMA2017.



Terdiri daripada 8 buah fleet Black Eagles T-50B, ROKAF, atau nama penuh mereka Republic of Korea Air Force Aerobatic team akan melakukan 'flypast' sekitar ruang udara KLCC pada 29 March 2017.

Pesawat Black Eagles T-50 yang memiliki ukuran 13.4 meter ini yang mampu mencapai kelajuan Mach 1.5 (1.5 kali kelajuan bunyi) didatangkan khas dari Wonju AB di Gangwon Province Garrison sebahagian dari pengkalan tentera udara korea selatan.

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Petir Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia


"Petir"

Malaysia merupakan kawasan tropika yang menerima hawa panas dan lembap sepanjang tahun. Berbanding negara-negara yang berada pada kedudukan lebih jauh dari garisan khatulistiwa, petir jarang berlaku.

Petir biasa datangnya dari geseran partikel yang berlaku di dalam awan. Bagi mencapai keseimbangan cas bumi dan cas di atmofera, petir terhasil. Petir atau lightning bolt mampu menghasilkan sejuta sehingga billion volt.

Awan kumulonimbus antara 'pengeluar' petir yang popular. Jika terdapat tanda-tanda mendung dan kehadiran awan yang meninggi tinggi, cepat-cepatlah berlindung. Dalam subjek metereologi ada berpesan, high humidity and high temperature is the ideal recipe for thunderstorm.




Pihak Kementerian kesihatan Malaysia melalui laman sosial facebooknya mengeluarkan beberapa langkah pencegahan yang mampu mengorbankan nyawa jika terkena panahan petir.

Senarai Ikan-Ikan Larangan Oleh Jabatan Perikanan Malaysia Untuk Dilepaskan Ke Perairan Malaysia dan Punca Bawaan Penyakit


"Ikan Makan Kawan"

Ekosistem. Ekosistem merupakan suatu sistem rantaian yang saling memerlukan dalam sistem kehidupan alam. Ekosistem ini perlu berada pada suatu keseimbangan dari segi biologi. Senang cerita, setiap spesis ikan yang terdapat dalam sebuah 'komuniti' kolam atau lombong mereka saling memerlukan.

Ikan, tiada sebarang mahkamah atau badan-badan berkaitan dalam mengawal perilaku mereka. Ikan makan ikan, bukan suatu yang asing kerana sememangnya ia merupakan kelaziman alam. Ikan besar dan lebih agresif akan menjadikan spesis yang lebih kecil dan lemah gemalai sebagai hidangan mereka.

Apabila ikan agresif sudah menjalankan sikap diktator mereka dalam komuniti ikan dalam suatu habitat maka kepupusan terhadap spesis yang menjadi mangsa sudah tidak dapat dielakkan lagi.



Kebanyakkan lombong-lombong dan sungai yang sedia ada di Malaysia, keharmonian ekosistem sudah terpelihara. Namun apabila ada pihak-pihak yang secara tidak bertanggungjawab dalam mengenalpasti pemasalahan yang akan berlaku apabila spesis pemangsa dibuang ke komuniti ini maka berlakulah ketidakseimbangan bilangan spesis ikan yang sedia ada.

Rahsia Facebook, Youtube Disebalik 'Free Login Websites' Mendapatkan Dana Untuk Operasi


"Free Ada Makna"

Facebook merupakan suatu media yang menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan online dan internet. Hinggakan bayi berumur 2 bulan sudah di'sign up'kan oleh ibu bapa mereka untuk memiliki akaun facebook.

Membuka akaun facebook adalah percuma, percuma ke ?


Ada kisah disebalik mengapa mark zuckerberg dan rakan-rakan mereka di facebook menjadikan facebook tanpa bayaran, percuma. Isikan ruangan klik submit, tahniah anda sudah memiliki platform untuk melihat benda viral dan memaki hamun tanpa tabayyun.

Burger Warisan D'Gazebo Sijangkang Telok Panglima Garang Keunikan Makan Di Dalam 'Bangsal'


"Gazebo Western Food"

Dalam istilah landskap dan home depot, gazebo merupakan pangkin (wokah) berbumbung atau tempat istirehat makan-makan beramai-ramai. Makan di dalam gazebo ditemani dengan bayu sepoi-sepoi yang meliuk-liukkan rambut dan tudung mampu memberikan suatu perasaan tenang ketika mengunyah makanan.

Konsep gazebo. Jarang
Konsep burger bakar (grill) dan hidangan western. Banyak

Apabila dua konsep ini digabungkan maka nikmat duniawi 'mentekedarah' atau menyantap makanan melalui denai esofagus amat serasi.

Apalagi dengan bauan oksigen dari kehijauan klorofil sekitar dan di adun dengan bauan daging, ayam dan juga patty burger yang menambahkan lagi aroma pengunjung serta jika anda beruntung mungkin anda akan mampu melihat asap dari dapur mereka.

Suasana romantik ala-ala setting kamera Rashid Sibir dengan pencahayaan yang agak minima dimelodikan dengan desiran patty, daging, atau ayam di atas pemanggang suasana yang elok bagi seorang atau berorang-orang foodporn.



Pandangan Tun Dr Mahathir Mohammad Mengenai Penjualan Aset Proton Kepada Syarikat Asing


"RIP Proton"

Saya sedih bahawa Proton akan dijual kepada syarikat asing. Memiliki rakan strategik, Ok, tetapi jika proton dijual pada syarikat asing. Penjualan akan memansuhkan gelaran proton sebagai 'national car' Malaysia. Dengan kata lain hanya kereta asing yang dikeluarkan dalam dalam Malaysia. Ia merupakan sesuatu yang pernah dilakukan negara sejak dari 1970-an lagi.




Proton mungkin tidak mendatangkan keuntungan pada masa ini. Namun ia pernah menjadi syarikat yang boleh menguntungkan. Secara terangnya, kerana proton dilindungi atau 'protected'.

Semua negara melindungi dan menjada syarikat perusahaan automotif negara mereka. Tidak terkesan dengan duti import yang tinggi.