Header Ads

Perodua Bezza vs Proton Saga 2016: Perbandingan Spesifikasi Keselamatan Asean NCAP


"Selamat & Jaminan"

Aspek yang penting dalam pemilihan sesebuah kenderaan untuk digunapakai adalah keselamatan (safety & security). Jalan raya merupakan antara penyumbang terbesar dalam kematian rakyat Malaysia. Jadi keutamaan dalam memilih kenderaan sepatutnya keselamatan yang mampu kenderaan tersebut berikan.


Perbandingan Spesifikasi Perodua Bezza dan Saga Baharu 2016
Perodua Bezza 2016 vs Proton Saga 2016


Perodua Bezza dan Proton Saga. Dua jenis kenderaan mampu milik sehingga kini. Bagi pengguna yang inginkan kereta sedan yang mampu milik dua model ini adalah solusinya.


Sejauh manakah keselamatan yang ada pada dua model sedan supermini dari dua pengeluar berlainan ini ?



Kita akan bandingkan spesikasi kedua model ini dengan menjadikan varian paling tinggi setiap model seperti Perodua Bezza Advance 1.3L dan Proton Saga Premium 1.3L. 
Kedua-dua model ini dilengkapkan dengan Dual Front Air Bags, ABS with EBD, Electronic Stability Controls (ESC), Brake Assist, Traction Control, Hill-Start Assist dan ISOFIX untuk kanak-kanak di bahagian belakang.

Kedua-duanya juga memiliki indikasi pemakaian tali pinggang keledar sebagai ingatan.

Secara teori, proton saga dan perodua bezza sudah memiliki antara yang terbaik dari segi keselamatan kenderaan masing-masing. Bagaimana pula dengan secara praktikalnya keselamatan apabila berlakunya insiden yang tidak diingini ?

Bagi menjawab persoalan ini,  ASEAN NCAP menjadi panduan dalam menguji keselamatan kenderaan yang baru, sebagai 'assessment'. Di mana NCAP membawa erti akronim kepada New Car Assessment Program. Badan bukan kerajaan ini akan menguji setiap kenderaan yang baharu dikeluarkan untuk rantau asia tenggara.

Matlamatnya untuk menguji dan mengeluarkan rekod ujian terhadap betapa selamatnya kenderaan baharu dengan mengeluarkan penilaian dalam bentuk rating bintang. Berapa bintang ya ?

ASEAN NCAP Proton Saga 2016

Result:


Asean NCAP Test Result Saga


ASEAN NCAP Produa Bezza

Result:


Asean NCAP Test Result Bezza



Dari eksperimen Asean NCAP ini menujukan bahawa perodua bezza memiliki kelebihan berbanding proton saga dengan bacaan 5 Stars dan 4 Stars. Namun, Asean NCAP tiada memiliki result untuk proton saga 2016 dalam situasi ESC on berbanding bezza yang memiliki result tersebut. Meskipun begitu, bagi result ESC on untuk kedua-dua model, perodua bezza masih mendahului proton saga 2016 dengan jumlah mata 15.38/16.00 kepada 13.33/16.00.

Faktor panjang dan saiz lebar kenderaan juga mempergaruhi kerana center of gravity turut menjadi faktor kepada kestabilan dan ketegapan sesebuah kenderaan. Meskipun kedua-dua model memiliki kuasa kuda 94HP, namun, proton saga 2016 adalah 181mm lebih panjang, 69mm lebih lebar, dan 19mm lebih pendek berbanding perodua bezza.

Mungkin juga ini tanda aras mengapa perodua bezza advance 1.3L lebih mahal RM 5000 berbanding proton saga premium 1.3L 2016.

Harga Perodua Bezza Advance (1.3 AV automatic) – RM50,800

Harga 2016 Proton Saga 1.3L Premium CVT – RM45,800

Secanggih mana kereta anda dilengkapi tetapi mentaliti 'myvi adalah ferrari' juga merupakan faktor sikap yang perlu dimansuhkan untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini. Prevention is better than cure!

Anda fikir anda tahu Perbandingan Ciri Keselamatan Asean NCAP Perodua Bezza dan Proton Saga 2016 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.