Penemuan 7 Planet Menyerupai Bumi dan Sistem Solar (Exoplanets) oleh NASA Telescope, Boleh Didiami Manusia


"Exoplanet"

Disclaimer: Bacaan ini tidak sesuai dengan mereka yang tidak meyakini NASA dan mereka yang beranggapan bumi berbentuk telur mata kerbau, leper.

Fahami definisi exoplanet sebelum kita ke arah yang lebih jauh. Exoplanet berasal dari perkataan 'extrasolar planet', yang didefinisikan dalam istilah astronomi sebagai planet-planet lain yang menyerupai sistem solar yang dialami bumi.

Planet-planet yang mengelilingi bintangnya sendiri, untuk bumi, matahari adalah bintangnya.



Sistem solar yang ditemui ini dipanggil TRAPPIST-1 sempena nama 'Transiting Planets and Planetesimals Small Telescope (TRAPPIST)' yang berpengkalan di Chile. TRAPPIST-1 memiliki satu bintang (mataharinya) yang diklasifikasikan sebagai 'ultra cool dwarf' yang dilabel dengan A, TRAPPIST-1A . Dianggap begitu sejuk sehingga mungkin membolehkan kewujudan molekul air pada setiap planet mengelilinginya.





Terdapat 7 buah planet yang memiliki saiz seakan bumi yang mengelilingi bintang ini. 3 daripadanya mungkin boleh dihuni manusia atau hidupan. Kesemua 7 planet ini dinamakan dengan abjad B,C,D,E,F, dan G kerana masih dalam awal kajian. Setiap planet dinamakan sebagai TRAPPIST-1X, X=B,C,D,E,F,G,H.



Jarak yang dimiliki antara 7 planet ini agak dekat, sehinggakan jika kita berada di salah satu planet kita dapat melihat awan yang terbentuk di planet berkenaan, jika terdapat kehadiran awan. Dimana mungkin lebih besar berbanding bulan yang kita lihat di langit.
Melalui pemerhatian saintis dan astronomer, 7 planet ini adalah berbatu, 'rocky'.

Dari kajian awal pihak NASA, planet-planet ini tidak berpusing pada paksinya sebagaimana bumi, satu bahagian mengarah ke arah bintangnya dan sebahagian lain membelakanginya, menjadikan cuaca pada planet-planet ini bukan seperti bumi. Secara logiknya udara panas dari bahagian menghadap 'matahari'nya akan menuju ke arah paling sejuk yang memungkinkan terjadinya 'ribut' dan angin kencang.

Suasana paling terang apabila berada di salah sebuah planet ini adalah seumpama cahaya ketika waktu senja dan maghrib. Saiz bintangnya adalah 8% jisim matahari kita. Dengan saiz perbandingan lebih besar sedikit berbanding planet musytari sistem solar kita.

Proses mengenali sistem TRAPPIST-1 masih dalam usia baby baru lahir. NASA begitu teruja sehinggakan membuat 'live streaming' mengenai penemuan ini dan boleh diikuti di facebook mereka serta beberapa laman web dan media sosial sains angkasa yang lain.

3 planet yang berada pada 'habitable zone' ini berkemungkinan  memiliki air dan keadaan atmosfera seakan bumi. Habitable zone dirujuk sebagai kedudukan bumi kita sekarang dengan jarak bintang/matahari.

Namun, meskipun sudah lengkap kajian dan analisis mengenai rupa bentuk, atmosfera dan boleh didiami manusia, kajian pengangkutan untuk ke sana mestilah sudah lengkap dan berjaya. Sebagaimana cerita fiksyen 'interstellar' yang mengaplikasikan hukum einstein.



Sistem TRAPPIST-1 ini yang berjarak 235 trillion batu (40 tahun cahaya) dari bumi ini memerlukan 40 tahun untuk sebuah mesin dengan kelajuan cahaya untuk sampai ke sistem TRAPPIST-1. Jika menggunakan pesawat jet yang sedia ada sekarang, pengiraan mendapati memerlukan 44 juta tahun untuk sampai.Jadilah sebagaimana fiksyen hollywood, The Passengers.

Semua kajian mengenai exoplanet telah dijalankan secara terperincinya hampir 15 tahun yang lepas, pada 2002. Menggunakan beberapa media kajian Spitzer, Hubble dan Kepler. The Transiting Planets and Planetesimals Small Telescope (TRAPPIST) membuat kajian exoplanets ini bersama European Southern Observatory's Very Large Telescope.

Google doodle exoplanets discovery 23 februari 2017 turut dikeluarkan:



Anda fikir anda tahu Penemuan 7 Planet Menyerupai Bumi dan Sistem Solar (Exoplanets) oleh NASA Telescope, Boleh Didiami Manusia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...