Header Ads

Maksud Jenama Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha Serta Pengasasnya


"kanji"

Jepun merupakan suatu negara yang dimiliki oleh manusia-manusia yang sememangnya 'luar kotak' pemikiran mereka. Boleh dikatakan tiada yang mustahil bagi masyarakat jepun untuk melakukan sesuatu meskipun diberi impak dan dugaan besar seperti pengeboman bom atom dan malapetaka seperti tsunami dan gempa bumi.

Namun, bahasa mereka agak unik. Tidak terpengaruh dengan barat yang menggunakan huruf romaji atau abjad a,b,c. Mereka pada awalnya menjadikan simbol sebagai penulisan. Bunyian atau pronounciation untuk simbol-simbol ini juga merupaka gabungan suku bunyian sebagai contohnya 木,'ki' bermaksud 'pokok' (bentuknya macam pokok). Apabila simbol 木, ditambah dengan palang di bawah  本, maksudnya berbeza iaitu 'asli' atau original yang disebut sebagai 'hon'.

田,ini adalah sawah padi, dari bentuknya boleh di agak, yang berbunyi 'da'. Maka 本 田 adalah Honda. Nama kepada pengasas jenama honda dari jepun.
Dari suku kata-suku kata inilah yang membentuk nama pengasas pengeluar produk automotif dan permotoran dari jepun.





Ketahui maksud di sebalik, honda, kawasaki, suzuki dan yamaha.

本 田
Hon da
Melayu: Sawah padi yang asal (Original Rice paddy)
English: Original Rice paddy

川 崎
Kawa saki
Melayu: Tanjung Sungai  
English: River Cape (as in ‘cape of good hope’)

鈴 木
Suzu ki
Melayu: Pokok Loceng 
English: Bell Tree
(sedikit memiliki maksud yang sama dengan sekolah tamao serizawa dan takiya genji, suzuran)

山 葉
Yama ha
Melayu: Daun Gunung
English: Mountain Leaf 

Nama-nama ini merupakan nama 'founder' dan pengasas syarikat permotoran tersohor jepun. Seperti 

Soichiro Honda (Honda) 
Seorang ahli perniagaan dan industrialist. Memulakan honda motors sekitar 1948 dengan memulakan penjualan dan ciptaan barangan kecil atau parts untuk permotoran yang turut melibatkan produk untuk perang dunia kedua.

Kawasaki Shōzō (Kawasaki)
Seorang industrialist dan pembuat kapal. Memulakan koperasi kawasaki pada tahun 1896 dengan nama "Kawasaki Heavy Industries" yang bukan menjurus semata-mata untuk pembuatan permotoran.

Michio Suzuki (Suzuki)
Seorang ahli perniagaan dan pencipta yang menjadi pengasas kepada 'multinational' koperasi permotoran suzuki sekarang, suzuki corporation.
Memulakan suzuki pada tahun 1909 dengan nama "Suzuki Loom Manufacturing Company"

Torakusu Yamaha (Yamaha)
Pengasas yamaha corporation ini merupakan seorang pembuat jam tangan. Ciptaan pertamanya bukanlah alatan permotoran tetapi sebuah 'reed organ' yang senang dibawa iaitu sejenis instrumen muzik pada 1887.
Mungkin kerana ini ramai mat moto yang tidak berpengetahuan mudah tertukar logo yamaha motor dan yamaha muzik.

Anda fikir anda tahu Maksud Jenama Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha Serta Pengasasnya ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.