Kronologi Kontroversi Running Man Bakal Ditamatkan


"Running"

"Pakcik memang kurang gemar layan tv ni, semenjak pakcik tertekan channel one HD kat tv dan tertengok satu cerita kejar-kejar dalam tali bising (television), main lumpur apa semua macam syok pulak program ni" - Pakcik Osman 

"Gua rockers, an aaa an, gua mana layan k-pop, rambut macam dijilat lembu, laki pakai lipstick, dan spesis laki takde halkum. Mula-mula gua tak layan sangat running man ni, dah tertengok sekali, rasa best la pulak an aaa an. Amoi-amoi yang datang pun cun jugak, gua minat song ji hyo"- Brader Rockers Bandana Kuning

"Saya bukan penggemar k-pop atau apa-apa drama korea. Semuanya bermula dengan ejekan pada kawan yang gemar tengok running man ni.Pernah saya kutuk dia gay sebab layan korea. Semua berubah apabila saya terklik folder running man satu episode. Memang lainlah.Kini saya miliki semua koleksi running man. Folder 'biru' saya pun dah delete" - Brader sabun 

Running man. Mula bersiaran pada 11 Julai 2010 merupakan salah satu dari puluhan mungkin ratusan rancangan dari negara korea selatan yang berkonsepkan 'variety' yang telah dilhamkan oleh Jo Hyo-jin, Kim Joo-hyung, dan Im Hyung-taek.



Konsep 'game variety' yang bukan hanya menumpukan sepenuh jiwa raga kepada permainan dan kemenangan semata-mata, janji lawak dan terdapat sense of humor. Kalah menang belakang kira.


Ditunjangi dengan 7 orang pengacara bersama dengan kehadiran tetamu-tetamu yang diundang pada setiap minggu. Dirakamkan awal seminggu sebelum di 'release' bagi memberi ruang dalam penyusunan raw footage dan editting serta subtitle untuk tontonan dunia. Banyak medium yang membolehkan rancangan ini sampai kepada penonton. Melalui website, blog, kebiasaannya blog download drama korea seperti kshowonline/kshownet.

Menjadi rancangan favourite di kaca televisyen contohnya mendapat tempat di media seperti one HD milik sony corporation yang turut menjadi siaran oleh astro malaysia. Tidak lupa juga rancangan ini turut boleh dikuti di laman sosial seperti facebook, youtube atau dailymotion.

Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Lee Kwang-soo, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo antara mereka yang menjadi 'anchor' di dalam variety show ini yang pernah dibantu oleh Gary, Lizzy, dan Song Joong-ki pada episode-episode sebelumnya.

Sebahagian dari mereka merupakan nama-nama yang sudah cukup popular dinegara mereka. Memang memiliki pengalaman dalam menerajui rancangan variety berkonsepkan santai, terajang-terajang dan gurau senda versi ketuk-ketuk kepala. Memang sudah disuruh untuk memiliki perwatakan berbeza untuk setiap personaliti-personaliti ini, ada yang bijak, gagah, menjengkelkan, blur serta loser.

Program yang diarahkan oleh Lee Hwan-jin, Jung Chul-min, dan Park Yong-woo tidak pernah menghampakan peminat dalam rekaan dan tema permainan setiap minggu. Sekelian kalinya sehingga 7 tahun bersiaran tiada sebarang permainan yang diulang-ulang melainkan jika mendapat permintaan peminat dan tema 'kejar-mengejar'. Namun, tetamu yang diundang kerap dibawa kembali sebagai pemangkin untuk tema yang agak suram.

Kontroversi

Untuk 7 tahun pertama, tiada sebarang kontroversi yang menimpa keluarga running man. Namun, untuk ketahanan selama 7 tahun memerlukan 'stamina' yang lebih untuk sesebuah program. Pengunduran ahli tetap di dalam running man bukan sesuatu yang baru. Joong ki, (laki ke pompuan sukar dibeza) terpaksa meninggalkan running man kerana menyertai latihan tentera, katanya. Namun, itu tidak menghalang running man dari terus aktif berlari.

Ahli-ahli lain masih lagi utuh dalam mempamerkan karakter-karakter berbeza dalam skop lawak meskipun kadang-kadang kelibat kwang soo meminta penyepak terus ke halkum.

Titik kontroversi bermula apabila, seorang penyanyi rapper yang berperwatakan 'blur' iaitu gary memulakan misi mengundurkan diri dari variety ini. Pada sebelumnya, dia pernah meluahkan ingin meninggalkan running man, kerana beranggapan kurang menonjol, namun setelah dipujuk rayu dia akur meneruskan misi dalam running man.

Namun, dia tekad untuk memajukan kariernya sebagai penyanyi dengan meninggalkan running man pada oktober 2016.

Ketiadaan gary sedikit sebanyak menghampakan peminat 'monday couple' bersama ji hyo yang menjadi trademark pasangan tersebut. Mungkin kerana merekalah rakyat dunia mengenali apakah itu pelpero yang menyerupai nini cokolat celup, celup-celup.

Nilai 'blur' dalam diri gary begitu mendalam sehinggakan kurang sudah efek blur dalam rancangan ini. Namun running man terus bersiaran dengan 6 orang ahli.

Klimaks kepada terjadinya kisah sehingga ingin menghentikan running man adalah apabila pengarah dan penerbit program ini inginkan pembaharuan format ke dalam running man yang sedia ada termasuklah dengan penukaran dua orang ahli asal dengan ahli baru yang lain iaitu kim jong kook dan song ji hyo.

Oleh kerana mendapat feedback negatif maka berkemungkinan 'merajuk' atau apa, pihak penerbitan telah membuat keputusan bahawa siaran akhir bagi program running man adalah februari 2017.

In a new statement issued out by the Seoul Broadcasting System (SBS), following the overwhelming expressions of disappointment from viewers and fans, a decision was made to reverse the cancellation decision for "Running Man".
The director of SBS and creator of "Running Man" Nam Seung Yong met with each of the cast members recently in order to apologise and discuss the future of the show. These discussions ultimately proved to be successful as all six cast members - Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Lee Kwang-soo, Kim Jongkook, and Song Ji-hyo - all agreed to continue doing the show.
soompi

Setiap rancangan berunsurkan reality atau sukan, peminat merupakan tunjang sebenar kejayaan team running man. Jika tiada orang tengok, mana ada rating, jika tiada rating macam mana pengiklan ingin menaja, jika tiada penaja macam mana set penggambaran dan produksi akan dibayar.Maka mereka melupakan untuk menghentikan program running man demi peminat a.k.a periuk nasi mereka.

Anda fikir anda tahu Kronologi Kontroversi Running Man Bakal Ditamatkan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Catat Ulasan

0 Ulasan