Header Ads

Posisi Asas Pemain Dalam Futsal


"Posisi"

Futsal dan bola sepak dua adik beradik berlainan karakter. Bilangan pemain serta kasut sudah menjadikan futsal dan bola sepak adalah berlainan meskipun konsep yang sama, tendang bola masuk gol, banyak gol dari pihak lawan anda menang, sebaliknya menanggung kekalahan.

Futsal secara kebiasaannya dimainkan seramai 5 orang termasuk penjaga gol. Namun ada juga dimainkan seramai 7 dan 9 pemain termasuk penjaga gol.



Dalam futsal setiap pemain mempunyai tugas posisi masing masing seperti penjaga gol (goalkeeper), pertahanan (defender), sayap (winger) dan Penyerang (Pivot). Setiap posisi memerlukan attribute atau kriteria tersendiri. Memerlukan ciri-ciri tersendiri.


1. Goalkeeper 

Dalam futsal, goalkeeper tidak boleh bercita-cita menjadi neuer dengan rileksnya bersandar pada tiang gol. Futsal merupakan permainan minda dan fizikal yang agak laju berbanding bola padang.

Individu yang layak menjadi goalkeeper adalah seperti memiliki kriteria penuh sifat atletik (lasak), refleks yang mantap dan berskill, dan kebolehan membuat keputusan yang tinggi.

Seorang goalkeeper perlu menjadi sepantas permainan futsal yang dimainkan. Mengikut akan tempo permainan itu, game laju anda pun laju. Berbanding bola sepak padang futsal banyak mendatangkan 'shoot' yang laju dan tajam serta memerlukan tindakan refleks yang tinggi.

Tugas sama seperti penjaga gol biasa, dilarang mengambil bola backpass pemain sendiri dan berada di dalam kotak D jika ingin menggunakan tangan. Terbang dan mengensot mungkin diperlukan.

2. Defender

Barisan benteng pertama sebelum pihak lawan mampu menjaringkan gol. Ditugaskan mengawal pemain yang berniat untuk menjaringkan gol. Ketangkasan, concerntration yang tinggi merupakan skill yang perlu ada pada defender. Kecepatan dalam membaca gerakan pihak lawan merupakan vital untuk menjadi defender.

Biasanya diletakkan pada kawasan separuh kawasan sendiri, marking kawasan dan jarang sekali marking pemain lawan. Dalam permainan futsal yang laju, defender bukan sahaja berdiri tegak seperti tiang menghalang serangan, defender juga boleh melancarkan counter attack apabila perlu kerana court futsal bukanlah seluas padang bola sepak.

Mungkin anda mampu menjadi top scorer meskipun anda seorang defender. Waktu serangan mungkin satu sahaja defender diperlukan dan untuk bertahan mungkin dua lebih baik.

3. Winger

Penjaga garisan. Boleh juga digelarkan kepada pemain sayap atau winger. Berada pada garisan tepi padang kiri dan kanan. Menjadi support apabila menyerang dan mungkin menjadi penyelamat pada bahagian tepi apabila diserang. Pemain sayap boleh dikatakan sebagai 'kucing' kepada bola, kerana dalam taktikal biasa winger ditugaskan untuk berlari mengikut sahaja ke mana bola bergerak dalam posisi yang tertentu disamping menjaga kawasan tepi court.

Counter attack merupakan vital kepada winger, berusaha membawa bola ke hadapan sebelum menjadi assist untuk gol atau jaringan sendiri.

Flow dan pace sesebuah pasukan bergantung kepada winger, apabila winger sudah pancit maka game berkemungkinan akan turut pancit.

4. Pivot

Secara tradisionalnya tugas sebenar adalah menjaringkan gol.Sebagaimana makna perkataan pivot, begitulah tugasannya. Menjadi seseorang dihadapan dengan kata lain pemain yang paling jauh dari pintu gol sendiri. Kebanyakkan dalam tournament besar, pivot sememangnya pivot, jarang jurulatih akan menyuruh pivot untuk turun ke bawah untk menolong rakan rakan lain ketika diserang.

Nama pun pivot, sebagai kayu dan tunggul di hadapan. Dapat divariasikan tugasan sebagai pengacau line defender dan goalkeeper dan mungkin marking pemain lawan supaya pemain lain mampu menjaringkan gol. Pivot tidak perlu risau akan masalah 'jaga ayam' kerana futsal tiada peraturan offside.

Target man turut menjadi salah satu tugas pivot sebelum menghasilkan rembatan kencang sekurang-kurangnya menyakitkan tangan goalkeeper lawan jika gagal menjaringkan gol.

Posisi-posisi ini bukan terhad kepada beberapa pemain, malah boleh disesuaikan dengan taktikal tertentu, winger boleh jadi pivot dan pivot mungkin boleh menjadi winger. Bergantung kepada kesesuaian dengan cara pihak lawan menyerang.

Anda fikir anda tahu Posisi Asas Pemain Dalam Futsal ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.