Maksud Limau Mandarin Ketika Perayaan Tahun Baharu Cina


"Lokam"

Masyarakat cina memang simbolik dengan limau, limau mandarin atau tangerins. Limau menjadi simbol kepada tradisi masyarakat cina seluruh dunia.
Buah limau mandarin dan pokok limau yang renek (kumquat) menjadi perhiasan di kala musim perayaan tahun baru cina.

Musim tahun baru cina tidak kira melayu atau india atau bangsa lain dapat menikmati masam manis limau mandarin atau lokam apabila mendapat sumbangan stok limau dari golongan berbangsa cina.




Apakah simbolik limau dan tangerins kepada masyarakat cina apabila musim perayaan termasuk tahun baharu cina ?


Fizikal limau itu sendiri melambangkan unsur kekayaan. Bewarna terang oren keemasan (golden), seumpama emas dan simbol 'prosperity'. Selain bentuk fizikal, dalam segi istilah sebutan buah limau dalam bahasa cina juga seakan-akan dengan perkataan 'luck' atau tuah dari perkataan kam.

Kemunculan tahun baharu cina saban tahun, semestinya masyarakat cina mahukan 'prosperity' dan 'luck' sepanjang tahun. Maka, buah limau dan pokok limau menjadi simbolik untuk mendatangkan semangat dan 'feel' tersebut.

Apa salahnya jika 'prosperity' dan 'luck' dikongsi bersama. Oleh kerana ini, banyak rakyat Malaysia dapat menikmati buah limau atau oren ini meskipun bukan menyambut tahun baharu cina, dengan 'prosperity' dan 'luck' yang dikongsi bersama dengan kaum-kaum lain.

Dapat sekotak pun mungkin dengan lambakan limau mandarin yang sentiasa membanjiri pasaraya berhampiran.

Buah 'pamelo' juga kadang-kadang menjadi simbolik ketika perayaan tahun baharu cina, yang melambangkan 'good luck' dan 'family unity'.



Gambar di atas sebagai contoh, pemberian buah pamelo atau limau bali dari seorang rakan sekerja kepada seniornya semasa ketiadaanya. Bukti bahawa pamelo sebagai pemberian bukan mitos

Petua dan petui juga ada mengatakan bahawa 'benang-benang' putih pada lokam boleh jadi ubat dan nak tahu manis ke separa manis lokam tersebut kena tengok lekuk pusaran pada bahagian buntut limau, semakin berkertu dan berkedut ke dalam manis la tu.

Selain buah limau mandarin, mendapat paket merah yang berisi dengan not kertas bewarna unggu juga merupakan simbol 'prosperity' kepada penerima yang juga di sebut ang pow.

Anda fikir anda tahu Maksud Limau Mandarin Ketika Perayaan Tahun Baharu Cina ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...