Formasi Taktikal Futsal yang Biasa Digunakan Dalam Perlawanan

"Formasi"

Kedudukan dan tugasan pemain futsal merupakan suatu yang penting. Futsal merupakan salah satu mainan multiplayer. Setiap posisi, tugasan akan dimainkan oleh pemain maka pemain perlu tahu bagaimana citarasa dan kesesuaian dalam mengubah dari pasukan trailing kepada pasukan leading dengan mengubah corak formasi.

Beberapa contoh yang digunapakai oleh pasukan ternama 5 sebelah sekitar europe sebagaimana di bawah.




1. The Diamond (Berlian)

Formasi yang popular dikalangan pasukan futsal kerana kesimbangan di bahagian serangan dan pertahanan diterapkan.

Mengetuai bahagian hadapan adalah seorang 'dedicated attacker' (pivot) dan juga seorang yang begitu dedikasi di bahagian belakang atau dipanggil fixo atau last man yang ditugaskan untuk mengawal bahagian belakang.

Dua sayap kiri dan kanan akan berfungsi sebagai 'support' ketika serangan atau pertahanan. Turut ditugaskan membantu pasukan untuk 'adapt' dengan formasi dalam satu masa ke suatu masa.


Pros:

-Bukaan ruang untuk passing yang luas dan mempunyai kawasan yang senang untuk membuat pecutan.
-Melatih disiplin terhadap posisi dan kawasan jagaan terutama pivot dan fixo.
-Mengelakkan serang counter attack dari lawan dengan kedua-dua sayap yang mampu mengawal serangan pihak lawan dan membuat pertahanan.

Cons:

-Pemain akan terlalu fokus pada serangan sehinggakan kawasan sendiri mungkin terabai dan mudah pihak lawan melakukan serangan bertubi-tubi.
-Pemain sayap akan mudah hilang fokus dan stamina kerana banyak pergerakkan.
-Memerlukan pasangan sayap yang mobil dan laju dan kuat decision making.



2. The Square (Petak)

Dikenali sebagai formasi 2-0-2. Formasi yang memerlukan empat orang pemain yang akan memiliki tanggungjawab pada kawasan berlainan secara berdua.

Dua pada bahagian serangan dan dua pada bahagian pertahanan. Ia mudah dan mampu menguatkan kedua-dua bahagian serangan dan pertahanan dalam apa-apa cubaan pihak lawan dengan dua gandingan.

Meskipun dua penyerang digunakan, namun dua pertahanan perlu memberi sokongan apabila serangan dilancarkan begitu juga ketika pertahanan.

Pros:

-Memberi keseimbangan antara serangan dan pertahanan
-Dipastikan bahawa serangan dan bertahan mempunyai sokongan yang kuat.

Cons:

-Mudah menerima counter attack jika kedua-dua defender juga menyerang dan terlepas possesion bola.
-Mungkin akan mengelirukan siapakah akan bertanggungjawab untuk memberi sokongan diantara ketika menyerang dan diserang.



3. The Pyramid (Piramid)

Lebih menjurus kepada taktikal bertahan  berbanding formasi 2-0-2. Terbentuk dengan seorang penyerang, seorang midfielder yang tugasnya support kepada penyerang dan dua orang defender menemani penjaga gol.

Midfielder juga berperanan sebagai defender apabila diperlukan.

Pros:

-Berguna apabila melawan pasukan yang lebih kuat untuk meningkatkan pressing terhadap pihak lawan untuk menyerang.
-Memiliki seorang pivot yang hanya memberi perhatian untuk menjaringkan gol dan tidak risau untuk ditugaskan sebagai support defender.
-Lebih utuh defending line kerana terdapat dua defender yang mampu memberi perhatian yang lebih.

Cons:

-Pemain tengah semestinya memerlukan stamina yang tinggi keranan memiliki dua tugasan iaitu menyerang dan juga bertahan.
-Dua defender tidak boleh mengharapkan segala serangan yang boleh midfielder lakukan kerana tugasnya yang berat.



4. The 'Y' (Y)

Merupakan formasi terbalik kepada formasi piramid. Memiliki risiko yang tinggi untuk menang..menanggung kekalahan kerana agak goyah di bahagian pertahanan.

Kebiasaan untuk mencuba formasi ini seharusnya pasukan akan sudah leading goal dengan bilangan yang banyak kecuali anda dan pasukan anda adalah raksasa.

Adaptasi formasi ini dengan team underdog bukan dengan yang pernah mewakili argentina dalam acara futsal dunia.

Pros:

-Berkesan bila bermain dengan pasukan lemah jika ingin mendapatkan jumlah gol yang banyak atau untuk menyedapkan statistik.
-Terbaik apabila coach telah meletakkan taktikal pressing game bersama kerana mampu menolak pasukan lawan ke kawasan mereka sendiri.
-Bebanan bahagian serangan berkurang 

Cons:

-Memerlukan banyak adaptasi permainan apabila pasukan lawan yang lebih power menyerang kerana seorang defender mungkin tidak mampu menghalang serangan.
-Memerlukan paru-paru yang besar bagi mereka yang berada pada bahagian atas kerana bola jauh mungkin memerlukan oksigen yang lebih.
-Apabila pressing game gagal oleh bahagian atas, kebiasaan penyerang dan midfielder mungkin akan gagal ke bawah, gamble sajalah dengan seorang defender dan penjaga gol.

Formasi-formasi ini merupakan sebahagian sahaja, banyak lagi formasi kreatif garapan jurulatih-jurulatih pakar. Formasi di atas merupakan asas jika anda baru sahaja menubuhkan pasukan futsal.

Tidak beerti 20 minit (half time) anda perlu 'stick' pada satu-satu formasi. Semasa perlawanan, mungkin anda boleh menukar formasi sebagai strategi dan taktikal untuk menukar corak perlawanan.

Anda fikir anda tahu Formasi Taktikal Futsal yang Biasa Digunakan Dalam Perlawanan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.






Catat Ulasan

0 Ulasan