10 Kawasan Rahsia Google Earth/Maps Sembunyikan Kepada Dunia


"Hidden Area"

Disembunyikan atau tersembunyi mungkin juga tertiba-tiba sembunyi. Mungkin kajian ini dilakukan sebilangan paranoia pengkaji konspirasi teori dalam menterjemah pelbagai insiden yang membabitkan pertubuhan dan kerajaan negara besar yang cuba menyorokkan sesuatu kepada masyarakat dunia.

Mungkin hasil penemuan ini merupakan info dan maklumat dari 'whistleblower' selepas kebangkitan wikileaks seperti snowden dalam memberikan dunia amaran awal akan 'projek tersembunyi' atau projek top secret dari pihak tertentu.

Bila bercakap mengenai konspirasi dan masih didalam teori pelbagai inferens dan pemerhatian awal yang akan mula dibiarkan bergelimpangan di minda mereka yang 'eagerly' dalam mengetahuinya.

Bagi mereka yang tidak begitu taksub akan benda pelik dan tidak pernah membaca reader digest, history channel apalagi filem-filem berunsurkan fiksyen teori konspirasi mereka akan cuba memberikan alasan yang mengaitkan dengan hukum logik.

Biarkan minda kita berfikir sebentar apabila disajikan dengan pelbagai fenomena yang mampu mencapai kategori 'conspiracy theory' namun tidak salah untuk sekadar mendapatkan pengetahuan am, mana tahu anda akan mendapat markah lebih di dalam peperiksaan mahupun rancangan kuiz atau permainan silangkata.


Disini beberapa pandangan yang mengatakan cubaan google maps/earth untuk tidak membongkarkan fasiliti dan tempat yang diklasifikasikan sebagai 'top secret area'.

1. Volkel Airbase, Netherlands
   51°39′27.54″N 5°42′12.58″E



Kesungguhan google maps untuk menidakkan anda untuk melihat kawasan ini memang mencapai tahap 100% apabila sememangnya kawasan ini di tutup dengan 'pixelated' imej.
Mengambil kira akan dakwaan bahawa terdapat 'warhead nuclear' di airbase tersebut, menjadi tanggungjawab google maps, mungkin untuk mengelakkan sebarang konflik yang akan meletakkan base berkenaan terjadi seperti cerita the sum of all fears hollywood.

2. Roses Girona, Spain
   42°16′45″N 3°14′17″E



Kawasan ini digambarkan sebagai kawasan paling panas dengan peperangan bersejarah. Tiada sebarang penjelasan mengapa kawasan ini dihitamkan oleh google maps.
Ada yang membuat tekaan bahawa disini terdapat sebuah pengkalan rahsia sebuah organisasi dan ada juga yang mengandaikan bahawa merupakan kawasan UFO dan aliens mendarat.

3. Snow Saddle, Nepal
    27°47′45″N 86°48′50″E



Tempat terbaik untuk menjalankan ujian kententeraan atau sebarang konspirasi adalah kawasan yang tiada orang, kambing dan ketam yang tinggal. Ya, semestinya kawasan yang sejuk membeku, setinggi 22,000 kaki merupakan tempat persembunyian yang terbaik.

Kantega yang juga dikenali sebagai snow saddle merupakan rakan karib kepada gunung everest yang mendiami kawasan pergunungan himalaya. Didakwa sebagai tempat tentera nazi melakukan ujian dan pelbagai maklumat mengenai kajian terhadap makhluk asing. 
Sekeliling kawasan berkenaan dihitamkan oleh google earth.

4. Marcoule Nuclear Site, France
   44°8′36″N 4°42′34″E



Bagi negara besar sebagaimana Perancis, penggunaan sumber nuklear untuk mendapatkan hasil tenaga elektrik atau sebarang produk tenaga tidak menjadi permasalahan. Namun, mengapakah terdapat sebahagian daripada kawasan terbabit dikaburkan dengan imej 'pixelate' adakah selain dari menuai tenaga elektik, janakuasa ini menuai sumber lain ?

5. NATO Airbase, Germany
   50°57′38″N 6°2′32″E



Lokasi di Geilenkirchen, Jerman. Bukan semua kawasan pada pangkalan udara ini dikaburkan namun masih dapat dilihat kewujudannya pada kawasan barat dan tenggara base ini.

Base ini cukup dikenali sebagai pengkalan untuk penempatan pesawat Boeing E3 milik NATO sendiri. Boeing E3 merupakan 'radar' kepada setiap ancaman kepada NATO. Komponen 'Early warning and control force'. Sebahagian kawasan yang dikaburkan dengan pixelated mungkin mampu memberi ancaman kepada Nato, mungkin.

6. Midlands Prison, Ireland
   53°02′16.69″N 7°17′10.72″W



Berkedudukan di Portlaoise, merupakan penjara yang menempatkan penjenayah dan pesalah paling bahaya di dunia. Sehinggakan bukan calang-calang warden mereka melainkan unit sniper dan unit helikopter.

Bukanlah menjadi sebahagian daripada 'bahaya' dalam kategori konspirasi namun apakah yang disorokkan pada sebelah bahagian fasiliti tersebut, atau mungkin dapat menggagalkan cubaan hacker untuk mengeluarkan toretto atau jason stanham, atau the rock.

7. Gethsemane, Jerusalem
   31.7793°N 35.2398°E



Mengikut kepercayaan kristian dan bible mereka, taman ini merupakan taman terakhir jesus (nabi Isa a.s) berehat sebelum disalibkan oleh yahudi laknatullah. 

Dengan carian google maps kawasan sekitar dipenuhi dengan tanaman zaitun (olive) dan terdapat sebahagian kawasan yang di kaburkan.

8. Faroe Islands, Denmark
   61.8926° N 6.9118° W



Tiada sebarang maklumat yang banyak mengenai perilaku google maps terhadap kawasan ini. Hanya dapat dikesan bahawa mereka tidak mahu kita menyaksikan kawasan tersebut jika kita bermain zoon in dan zoom out pada kawasan pulau tersebut.

Namun, disebalik kurang maklumat, terdapat juga informasi yang mengatakan bahawa terdapat sebuah pangkalan tentera yang menjalankan pelbagai ujian ketenteraan di sana.

9. Allied Joint Force Command, Brunssum
   50°56′16.85″N 5°58′45.89″E



Persamaan antara kawasan ini dengan volkel airbase adalah pixelated dan kedua-duanya berada di belanda. Pixelated yang sama dengan volkel airbase dan dikhuatiri merupakan pangkalan tentera NATO.

Mungkin merupakan kawasan pertemuan rahsia dan projek top secret ala-ala blackbriar bawaan jason bourne menidakkan kita untuk mengira berapa buah pesawat yang terdapat pada kawasan terbabit, meskipun mahu mengira berapa batang pokok yang hidup.

10. Korea Utara
      40.3399°N 127.5101°E



Tidak asing lagi dengan perangai komunis yang ingin hidup sendirian. Kita di amati pada google maps kawasan di korea utara, tiada sebarang detail mengenai nama bandar, nama lebuhraya mahupun jalan biasa apalagi nama pangsapuri dan apartment.

Mungkin jika anda termasuk dan tersesat di sana. Nasib dan doa sahaja harapan anda untuk kembali dengan sihat jiwa dan raga.

Kebanyakkan kawasan yang menghalang kita dari melihat menggunakan google maps adalah kawasan dan fasiliti yang membabitkan ketenteraan dan sedikit mengenai aliens.
Fasiliti seperti ini terutama yang menjurus ke arah nuklear merupakan kawasan yang dikategorikan sensitif bagi mereka.

Mereka banyak menyembunyikan maklumat kepada dunia luar, namun setiap ceruk webcam kita mereka ceroboh. Tidak percaya ? tanyalah wikileaks dan edward snowden

Anda fikir anda tahu 10 Kawasan Rahsia Google Earth/Maps Sembunyikan Kepada Dunia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan