Boboiboy Idea Kombinasi Spongebob, Naruto dan Doraemon


"Clash of Animasi"

Animasi milik animonsta merupakan kebanggaan malaysia dalam bidang animasi selepas usop sontorian dan upin dan ipin. Menerapkan nilai ke'superpower'an yang mampu mengulit minda anak-anak. Animasi bergenre aksi dan fantasi tidak boleh lari dari landasan yang sememangnya sudah sedia ada. Plot, karakter semua berasaskan matlamat yang sama. Untunglah animasi yang lahir pada awal-awal seperti doraemon dan tom n jerry apabila penceritaan mereka menjadi adaptasi animasi kini dan akan datang.


boboiboy galaxy animonsta
Boboiboy, Doraemon, Spongebob, Naruto

Mungkin sama atau seakan sama namun plot dan karakter hanya bertukar nama karakter dan tempat sahaja. Kenali adaptasi yang mungkin menyerupai boboiboy. 


Doraemon

Sebagaimana nobita memiliki robot masa hadapan, begitulah juga boboiboy memiliki ochobot sebiji bebola sfera berkaki berteknologi.Kegunaan ochobot dan doraemon agak serupa dengan sering bersama mereka yang kurang kuat atau lemah dalam animasi masing-masing. Doraemon memberikan nobita alatan manakala ochobot memberikan boboiboy kuasa yang luar dari kebiasaannya.

Karakter? ya terdapat seorang budak gemuk seakan giant, gopal.

Spongebob Squarepants


Apa motif adudu (watak jahat berkepala petak hijau) untuk mengancam bumi. Koko tok aba, terutama Tok Aba’s Special Hot Chocolate. Adudu yang berasal dari planet Ata ta tiga mendapati koko merupakan sumber tenaga mereka. Planet mereka sudah kehabisan stok koko selama 30,000 tahun lamanya. Jika anda pernah menonton spongebob squarepants, mungkin anda akan mendapati spesis halus bewarna hijau bermata satu yang sering mengacau encik krab untuk mencuri resipi rahsia krabby patty, ya, Plankton.

Plankton memiliki 'isteri' komputernya, mungkin peminat boboiboy tahu adudu juga memiliki komputer yang bersuara wanita.

Naruto

Bermodalkan watak separa antagonis, terdapat satu watak, bi-polar karakter seumpama uchiha sasuke. Iaitu fang/prebet fang yang turut memiliki style dan warna rambut sasuke. Watak yang sering menjadi penunjuk aras kepada watak utama dan juga kawan dalam suatu masa. 

Selain watak, kuasa tiga yang dimiliki boboiboy mungkin adaptasi dari kuasa kyubi, kuasa sembilan ekor spesis kurama. Kuasa yang masing-masing akan ditukar apabila terdesak seakan akan bunyi klip klip pada dada ultraman.


Animasi aksi dan fantasi memang akan memiliki plot penceritaan yang sama. Namun, animasi seperti The simpsons, American dad, futurama, the south park dan juga family guy yang lebih mengutamakan audiens remaja dan dewasa dengan konsep satira dan sarcasme akan lebih bertahan lama. Sukar untuk menemui animasi sebagaimana ini, kerana kadang-kadang 'sindiran' perlukan sebuah platform yang bewarna warni seperti kartun bukan sekadar fokus untuk diletakan di dalam slot tadika ataupun di skrin-skrin kedai mainan dan toy'r us.

Anda fikir anda tahu Boboiboy Idea Kombinasi Spongebob, Naruto dan Doraemon ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan