Header Ads

Gagal UPSR dan PT3 Gagal Menikmati Pengalaman Lagenda Budak Hostel Di Asrama


"UPSR, PT3 & Asrama"

Ramai yang cuba memberi kesan 'conjuring' atau momok kepada anak-anak yang baharu sahaja menitiskan air mata kerana gagal dalam upsr atau PT3 (a.k.a PMR) dengan tiada pentingnya peperiksaan tersebut.

Namun bagi yang berjaya dengan upsr mereka, pengalaman baru menanti mereka jika berpeluang memasuki asrama penuh atau separa penuh. Jika penuh gunalah surat rayuan kepada PPD berdekatan. Penuh jugak ambil tilam di stor tidur di surau asrama atau dewan makan.
Budak Hostel Komik | Karya Ubi

Antara gaya hidup dan pengalaman yang mampu di perolehi oleh mereka yang mampu hidup di asrama tidak kira MRSM, SBP atau mana-mana sekolah yang memiliki dorm sebagai tempat berehat di kala malam.


1. Makan megi dalam gayung dan bila lebih hardcore mungkin satu dorm satu baldi. Adegan ini hanya berlaku kepada separa senior dan upper senior sahaja. Catuan makanan mula dipraktikkan meskipun tiada sebarang ancaman zombie sebagaimana cerita the walking dead.

Gaya hidup ini menggambarkan betapa akrab sesama pelajar sebagaimana bersatu teguh bercerai roboh. Antara contoh marilah makan bersama-sama, tak baik sorok-sorok.

2. Kisah makcik karipap merupakan top chart kisah lisan yang bertebaran ke serata pelusuk asrama seluruh alam. Kisah yang sering berlaku di beranda sebelah tingkap asrama ini ditambahkan saspennya dengan kehadiran seorang makcik ala-ala nenek kebayan yang menjual karipap.

Sehingga kini masih belum dipastikan siapakah gerangan makcik karipap tersebut meskipun kisah ini bermula di zaman pengasas facebook masih belum dilahirkan lagi.

3. Roll call. Roll call akan dipelajari oleh setiap pelajar yang tinggal di asrama seawal malam pertama menginap lagi. Roll call berfungsi sebagai satu platform pencarian sesuatu, mencari penjahat, terdapat berita kemasukan warga asing, penemuan lubang 'fly' tidak kurang juga sebagai pengorbanan diri kepada nyamuk untuk didermakan darah yang sedia kurang.

Kebanyakkan yang menjadi mangsa roll call adalah fresh junior, dan second level class junior. Mungkin arahan roll call dari warden asrama atau geng-geng upper senior dan second class senior ingin bersuai kenal.

4. Prep. Prep merupakan suatu definisi kepada 'warden asrama inginkan keadaan sebuah bilik yang mengandungi budak-budak sebagaimana di dalam perpustakaan". Namun natijahnya bukan begitu. Waktu prep merupakan masa bermain ala-ala lawak solo atau maharajalawak mega dengan tema 'silent comedy'.

Bagi mereka yang duduk di barisan pertama dan kedua dalam kelas, masa ini mereka merupakan fasilitator dan juga merangkap guru disiplin kepada budak-budak yang berada pada barisan pertengahan dan paling belakang di dalam kelas. Jangan risau akan exam kerana kebanyakan MRSM dan SBP atau sekolah bestari sudah ada cikgu yang akan menyediakan soalan spot wakakaka.

5. Perpustakaan 'invisible'. Menggunakan perpustakaan ini memerlukan ajaran awal lagi. Juga boleh dikenali sebagai perpustakaan selakkan. Pergilah merayau-rayau dimana-mana dorm atau bilik. Pastikan selak atau selongkar tilam secara rawak.

Waktu boring anda akan berkualiti apabila menemui bahan bacaan seperti majalah ujang, apo, mastika atau kisah benar. Jika anda bernasib baik, mungkin akan menemui bahan bacaan lagi 'rare' seperti majalah mangga, urtv, mingguan wanita atau katalog avon.
Di zaman ini mungkin lagi canggih terjumpanya ipad, handphone, ataupun tablet. 

Jika anda bernasib malang, mungkin penemuan sotong kering pemilik tilam.

6. Makan. Makan di dewan makan. Bersama tray besi yang memiliki beberapa lekuk dan gelas plastik bersama makcik dewan makan yang bersaiz abam bochey. Pengalaman menikmati makanan 6 kali sehari merupakan salah satu aktiviti yang terkandung di dalam tentatif program harian pelajar asrama.

Breakfast, minum pukol 10, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper. Oleh hal ini si isteri jangan salahkan suami jika pukol 12 malam mereka masih supper meskipun dengan biskut mayat. Hidangan yang begitu popular di asrama tidak lain tidak bukan 'ikan jaket' juga turut mendapat gelaran, ikan selipar jepun merupakan hidangan menjadi ingatan setiap bekas pelajar asrama.

Namun begitu, makanan hari jumaat adalah terbaik jika bukan nasi ayam mungkin nasi beriyani atau nasi tomato.

7. Mail upin ipin. Terdapat satu atau dua orang sebagaimana perangai mail upin ipin. Tidak memerlukan phd betul atau tipu. Hanya pengalaman mengatasi segalanya. Jika anda terlepas makan malam dan stok megi dan makanan ringan lain sudah habis, mereka inilah penyelamat anda.

Dari sekecil mamee monster hinggalah nasi lemak tersohor kawasan anda, mereka mampu sediakan. Anda perlu meyediakan wang sahaja. Golongan ini biasanya 'kamceng' dengan pak guard sebagai 'border enforcement' antara makanan dan anda. Tidak kurang juga yang menjual rokok batang ala-ala kedai runcit jawa.

8. Golongan ini golongan rohaniah. Biasanya mengungguli carta organisasi di papan putih masjid/surau asrama. Merekalah yang akan azan dan mengejutkan anda untuk subuh dan lain lain solat. Ada masa mereka akan melawat dorm-dorm anda sebagai tabligh semoga rakan-rakan mereka yang leka dan lalai kembali ke pangkal jalan.

Mereka sangat dihormati, geng-geng pembuli tegar pun mungkin gagal mengganggu mereka melainkan hanya 'menganjing' dalam hati.

9. Fly. Bukan fly tanpa rasa melekit ala-ala kotex tapi fly atau lebih detail menerobos celah-celah pagar belakang asrama. Golongan ini merupakan lubuk kepada kontraktor pagar sekolah dengan hasil tampalan lubang-lubang yang dikerat. Turut menjadi 'transporter' kepada kawan-kawan yang agak kurang berani namun ingin mendapatkan sesuatu yang gagal disediakan di co-op.

10. Histeria. Alami pengalaman sendiri dengan menyelusuri perasaan menjadi krew uncle seekers. Fenomena ini berlaku bukan selalu tetapi kadang-kadang. Hanya berlaku kepada penghuni blok siswi, jarang dan mungkin tidak berlaku kepada penghuni blok siswa. 

Histeria adalah benda biasa bila hidup di asrama seperti betapa biasanya puak manchester united mendapat bantuan pengadil howard webb.

Mungkin inilah antara-antara perkara yang gagal dinikmati mereka yang gagal upsr dan pt3, mungkin boleh menjadi cerita kepada anak cucu kita, bagi yang merasai alam ini mungkin juga boleh dibuat modal untuk ditaip ke dalam blog sebagaimana ini wakakakaka.

Anda fikir anda tahu Gagal UPSR dan PT3 Gagal Menikmati Pengalaman Kehidupan Di Asrama ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.









Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.