Header Ads

Asal Usul Lagu Negaraku, Terang Bulan dan Mamula Moon


"Cover Music"

Kewujudan 'cover' dalam muzik bukan benda baharu. Cover muzik seumpama kereta terpakai. Pencipta asal mencipta lagu dan melodi sebagai kereta baharu. Apabila melodinya menarik maka akan berlaku sedikit perubahan arrangement melodi asal sehingga 100 peratus ubahan liriknya. Maka lagu tersebut sudah menjadi kereta terpakai, second hand, third hand dan ber'hand-hand' lagi.

Begitu juga dengan susur galur atau salasilah lagu negaraku yang sering dimainkan ketika kini sebagai lagu kebangsaan Malaysia.


Lagu Negaraku Terang Boelan Dan Mamula Moon
Asal Usul Lagu Negaraku Malaysia

Pada dasarnya, melodinya bukanlah yang asal. Melodinya sudah wujud sebelum wujudnya Malaysia lagi pada 16 September 1963. Lagu negaraku sering dikaitkan dengan lagu rasmi negeri Perak darul Ridzuan iaitu 'Allah lanjutkan Usia Sultan'.


Namun, lagu Perak tersebut bukanlah melodi asal lagu negaraku. Lagu rasmi negeri Perak tersebut mengikut sejarah telah diwujudkan semula sekitar 1888 ketika lawatan sultan Perak ketika itu, Sultan Idris ke England. Liriknya pula dikarang oleh Raja Ngah Manur bin Raja Abdullah.

Penciptaan lagu 'Allah Lanjutkan Usia Sultan' terjadi apabila ketika kedatangan Sultan Idris ke England. Dikhabarkan bahawa belum masih ada lagi lagu untuk menyambut sultan.

Sebagai 'cukup syarat' untuk menyambut kedatangan sultan, pengiring Sultan Perak ketika itu, Raja Mansur Ibni Sultan Abdullah telah 'humming' (membunyikan melodi tanpa perkataan) lagu yang diketahuinya iaitu sebuah melodi lagu dari Kepulauan Seychelles.

Maka jelaslah bahawa lagu rasmi negeri Perak bukan yang pertama.

Kepulauan Sychelles merupakan gugusan pulau milik Perancis. Seorang penulis lirik Perancis,  Pierre-Jean de BĂ©ranger (1780-1857), telah mencipta dan menggubah lagu 'La Rosalie'.

Melodi lagu ini amat digemari penduduk pulau dan menjadi siulan ramai sehingga 'humming'nya tersebar kepulauan Melayu sekitar kurun ke-19.

Melodi lagu 'La Rosalie' adalah melodi yang terdapat pada lagu negaraku kini.

Lagu La Rosalie ini mendapat sentuhan pelbagai versi, namun dengan berbeza genre dan liriknya. Pada sekitar 1920-an hingga 1930-an, sebuah kumpulan nyanyian bangsawan dari Indonesia dengan judul 'Terang Boelan' atau 'Terang Bulan.




Kumpulan keroncong, Krontjong Orchest Eurasia (1928) telah merekod lagu ini sebagai Terang Boelan. Melodi yang sama namun lirknya berbeza.

Kegilaan terhadap melodi La Rosalie tidak terhenti di situ sahaja. Malah terdapat juga versi bahasa cina (cantonese) pada sekitar tahun 1945 yang bertajuk 'Mamula Moon'. Zaman pemerintahan rejim Jepun.



Secara ringkasnya:

Asal : La Rosalie (Seychelles)
Cover: Allah Lanjutkan Usia Sultan (Perak)
     : Terang Boelan (Indonesia)
     : Mamula Moon (Hawai/Chinese)

Nyanyikan semula versi sendiri tidak salah apabila sudah mendapat kebenaran hak dari yang mematenkannya kerana 'to steal ideas from a person is a plagiarism, to steal ideas from many person is research'


Anda fikir anda tahu Asal Usul Lagu Negaraku, Terang Bulan dan Mamula Moon ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.