Header Ads

Nahas Egypt Air A320 MS 804 Berpunca Explosive Decompression, Letupan Bom atau Aerodynamic Stall


"Anatomi"

Taakulan awal sesuatu insiden memerlukan penyenaraian segala penyebab dan pencetus sesuatu insiden.

Usah kita cepat melatah untuk memulakan sikap prejudis terhadap sesuatu yang masih tidak sahih atau dalam 'preliminary report'.

Pesawat Egypt Air MS 804 yang terhempas di lautan meditranean telah mengorbankan 56 penumpang dan 10 anak kapal.




Pelbagai spekulasi tentang pesawat malang yang membabitkan pesawat operasi mesir ini. Bangsa Arab, memang tidak asing lagi dijadikan boneka skeptikal untuk keganasan.

Sebelum penemuan cockpit voice recorder dan flight data recorder dari MS 804, pelbagai inferens dan teori dikeluarkan.


Perkara pertama yang sering dilakukan air crash investigator adalah 'tidak menolak kemungkinan'. Mereka akan menyenaraikan beberapa punca yang menyebabkan insiden malang seperti ini seperti:

1. Kegagalan teknikal pesawat
2. Kegagalan manusia (human error)
3. Keadaan cuaca
4. Ancaman luar
5. lain-lain

Para penyiasat akan memulakan inkuiri dan siasatan berpandukan kriteria-kriteria di atas, dan cuba mengaitkan dengan keadaan pesawat yang ditemui.
Perkara pertama yang akan dilihat penyiasat adalah paten penerbangan pada saat-saat terakhir pesawat gagal dikawal.

Beberapa persoalan dari aspek principle of flight akan ditanyakan sendiri penyiasat. Sebagai contoh pada altitude dan attitude bagaimanakah pesawat MS 804 ini sebelum hilang dari radar, adakah dalam keadaan cruising ataupun terdapat perubahan maneuver pada pesawat.

Seterusnya adalah paten hentaman pesawat malang ini ke atas permukaan air. Dua paten yang boleh memberikan teori penyebab nahas, keadaan serpihan yang tesebar luas atau yang kecil kawasan serpihannya.

Jika paten serpihan berselerak dalam skala yang kecil, bermakna pesawat tersebut berkecai ketika menyentuh permukaan laut, namun, jika selerakan serpihan MS 804 adalah luas maka boleh diteorikan bahawa pesawat egypt air A320 ini sudah berkecai ketika di udara.

Perkara pertama yang boleh diambil kira apabila mendapati pesawat MS 804 berkecai kerana hentaman permukaan laut adalah masalah teknikal atau kegagalan krew mengawal penerbangan mungkin kerosakkan enjin atau aerodynamic stall.

Dari sini penyiasat akan memulakan siasatan terhadap serpihan enjin, bilah enjin yang menhentam permukaan laut semas masih berpusing dan tidak berpusing adalah berbeza, jika didapati bahawa bilah compressor enjin masih berfungsi semasa hentaman permukaan laut maka enjin bukan puncanya.

Data acars mendapati tiada sebarang kerosakan pada enjin.

Begitu juga masalah aerodynamic stall, aerodynamic stall secara kasarnya berkaitan dengan kerosakan sistem bacaan airspeed atau sistemnya, mungkin melibatkan pitot tube atau static tube yang tersumbat mungkin juga masalah bacaan airspeed indicator yang salah.

Cebisan mayat yang tidak lebih besar dari tapak tangan dijumpai mencadangkan bahawa impak yang amat kuat mungkin menyamai mach 1 atau lebih ketika kejadiaan. Spiral, dan rolling kesan terakhir stall pesawat mungkin menyebabkan junaman yang laju sebelum hentaman ke permukaan air.

Paten hempasan serpihan secara berselerak memungkinkan kepada dua punca. Bom dengan niat atau decompression. Paten selerakan serpihan yang besar membuktikan bahwa pesawat MS 804 ini berkecai di udara. 

Apa yang mengesahkan lagi keadaan ini adalah penemuan beberapa jaket keselamatan yang tidak dibuka, menjelaskan bahawa sesuatu yang berlaku adalah dalam keadaan tiba-tiba tanpa mendapat informasi tentang kecemasan dari krew kapal.

Sebarang signal kecemasan melalui squawk 7600 atau 7700 juga tidak di isytihatkan oleh krew penerbangan. Seperti semua berlaku tiba-tiba. Kemungkinan bom boleh disiasat melalui paten hentaman pada dinding pesawat dan autopsi penumpang, mungkin penemuan sisa ledakan bom.Namun forensik mengatakan tiada sebarang kesan sisa bom ditemui.

Satu lagi kemungkinan adalah decompression. Bom tanpa niat. Decompression juga boleh berlaku tiba-tiba, apa lagi apabila berada pada ketinggian 37,000 kaki (~11km) di udara yang nipis. Sedikit lubang atau koyakan pada fuselage pesawat mampu menyebabkan ledakan tekanan udara dari dalam ke luar.Pada ketika ini, kapten atau pembantu juruterbang tiada masa untuk mengisytihar 'mayday' apalagi amaran dari flight attendant untuk memakai vest keselamatan. 

Beberapa insiden membabitkan sebelum ini terjadi kerana decompression. Antara saspek yang menjadi dalang adalah kerosakan rivet sambungan, penyelenggaraan tailstrike yang berulang, dan pintu pesawat yang uzur.

Apa yang dapat disimpulkan adalah beberapa saat sebelum menghempas permukaan lautan mediterranean, pesawat mengalami suatu impak yang besar, explosive decompression, atau spiral dive dari aerodynamic stall juga tidak dinafikan malfunction yang menyebabkan hentaman yang kuat pada pesawat.
Penemuan flight data recorder dalam kota hitam amat penting untuk melihat data penerbangan yang mampu menyokong mana satu penyebab nahas sebagaimana disenaraikan di atas.

Anda fikir anda tahu Nahas Egypt Air A320 MS 804 Berpunca Explosive Decompression, Letupan Bom atau Aerodynamic Stall ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.