Header Ads

Air Asia Self Check-In Print Bag Tag Sendiri Tiada Lagi Kaunter Check In Di KLIA2


"Check In Bagasi Air Asia"

Bermula 24 Mei 2016, 'Self Check-In' bagi penumpang Air Asia dan Air Asia X telah dipraktikkan melalui KLIA2. Ini bermakna check-in di kaunter sudah tiada lagi perkhidmatannya.


Air Asia Self Check In Baggage
Self-Check In Air Asia | Airasia.com

Segala urusan check-in dengan air asia dan air asia x akan dilakukan secara :

1. Web Check-In
2. Mobile Check-In
3. Kiosk Check-In (yang telah disediakan di airport)

Dengan kata lain tiada lagi urusan penumpang dengan manusia di kaunter tetapi secara elektronik dengan peranti elektronik.


Bagi penumpang yang check in bersama beg (luggage), mereka perlu menyelesaikan urusan self check-in sebagaimana di atas sebelum ke bahagian Baggage Drop Counters untuk meletakkan bagasi masing-masing.

Waktu Ideal Check In Sebelum Pelepasan

Bagi penumpang air asia, penumpang diperlukan melakukan self check-in dari 14 hari sehingga sejam sebelum waktu pelepasan (departure time).

Manakala penumpang air asia X, waktu untuk self check-in adalah antara 14 hari sehingga empat jam sebelum waktu penerbangan.


Contoh Tag Bagasi AirAsia
Contoh Tag Bagasi AirAsia
Dalam usaha mengurangkan kaunter khidmat pelanggan, pihak air asia tetap akan menyediakan kaunter untuk penumpang mengandung, kanak-kanak atau yang sukar untuk menaiki pesawat seperti OKU atau yang sakit.

Tag bagasi (bag tag) perlulah di print sendiri penumpang ketika check in di rumah atau di kiosk check in. Segala tutorial boleh didapati pada website airasia dot com.


Steps for Self Bag Tag: Print at Home [video]





Kegagalan untuk print sendiri bag tag memungkinkan anda mampu melambai-lambai kepada bagasi anda yang tidak boleh dibawa bersama anda.


Peringatan Check In Sendiri Bagasi
Peringatan Check In Sendiri Bagasi

Pengalaman Penulis Ketika Self Check In Bagasi di Langkawi International Airport:

1. Pergi ke kiosk Airasia di hadapan kepada pintu untuk berlepas. Selesaikan beberapa menu untuk mendapatkan tag bagasi dari kiosk. 

2. Jika anda ragu-ragu dan garu-garu, usah risau ada seorang customer service personal yang akan membantu anda.


3. Lekatkan sendiri tag bagasi anda pada bagasi yang akan di check in.


4. Pergi ke bahagian serahan bagasi (kaunter check in yang mempunyai conveyor bagasi).

Anda ditugaskan melakukan tekan butang sendiri pada skrin monitor yang disediakan

5. Dengan bantuan seorang lagi customer service personal, dia akan menerangkan cara-cara untuk check in bagasi sendiri.


6. Apabila anda sudah mencapai status 'frequent traveler', semua kemahiran penggunaan kiosk check in menjadi mudah. Mungkin anda boleh menjadi customer service personal secara part-time dengan air asia.


7. Meskipun anda sudah mahir dengan 'tembakkan' pada kod bar tag bagasi anda. Bagasi anda akan ditimbang lagi ketika hendak melepasi pintu buka-tutup automatik. Jangan melebihi 80kg. Timbanglah dahulu secara tidak rasmi pada alat timbang yang disediakan.


8. Berkongsi barangan dengan bagasi rakan-rakan jika muatan anda melebihi yang sepatutnya. 


Loading amat penting untuk pesawat. Setiap penumpang akan dianggarkan dengan nilai berat 75kg untuk dimasukkan di dalam kiraan loading sebelum take off. Nilai loading pesawat penting ketika take off bagi juruterbang untuk mengira jumlah thrust, dan airspeed yang diperlukan untuk pesawat lift off atau rotate (dalam bahasa aviation). Kiraan loading juga dapat memberi ruang untuk pesawat dapat rotate tanpa perlu menggunakan jarak landasan yang panjang.

Semua kiraan loading dalam pesawat sudah memiliki chart nya sendiri. Checklist dan chart merupakan panduan untuk terbang. Anda boleh dapatkan ukuran saiz yang menepati piawaian untuk di bawa dalam pesawat dalam artikel ini:



Saiz backpack yang sesuai untuk anda travel mungkin boleh membantu seperti artikel ini:




Anda fikir anda tahu Air Asia Self Check-In Print Bag Tag Sendiri Tiada Lagi Kaunter Check In Di Airport ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.... 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.