Skyscanner.com Cara Mudah Bandingkan Harga Tiket Penerbangan

Trivago kian popular di mata masyarakat apabila mudah didapati di setiap ceruk status atau update di facebook. Trivago adalah untuk memudahkan para pelanggan hotel mencari hotel yang memenuhi citarasa dompet dan citarasa kita. Kita tinggalkan perihal hotel, kembali ke langkah sebelumnya untuk bercuti melebihi beberapa marhalah iaitu tempahan pesawat.

Terdapat lebih 5000 syarikat penerbangan atau airlines di seluruh dunia yang berdaftar dengan ICAO. Dari ribuan ini maka pelbagai harga tiket yang boleh didapati.


Kewujudan pelbagai low cost carrier juga menyumbang kepada keperluan pelancong/pengembara/traveller dalam memilih airline yang betul-betul berpatutan dan mampu memberi pulangan yang diidamkan.

Maka diwujudkan Skyscanner.com




Sebuah portal yang memberi pilihan kepada traveller dalam menentukan airlines mana yang sesuai, tepat dan mutakhir dengan kehendak untuk terbang. Sebuah portal yang beroperasi dari Edinburgh, Scotland.

Apabila kita bukan seorang yang sentiasa berada di airport kita hanya mengetahui beberapa sahaja penerbangan di sesebuah negara, dimana sebenarnya terdapat pelbagai lagi airlines yang mampu memberi kepuasan kepada kita.

Portal ini mendapat rating yang agak tinggi dari sebuah laman web trust pilot iaitu 8.5/10. Seumpama rating IMDB untuk filem, skyscanner boleh setaraf dengan cerita The Avengers dan Transformers.

Mendapat 3.8/5 rating dari product review australia mungkin boleh menjadi salah satu lagi sebab mengapa skyscanner.com begitu popular di luar negara. Bukan pelancong sahaja yang akan mendapat kebaikan dari kewujudan portal ini, malahan bagi mereka yang bekerja memerlukan bantuan untuk terbang ke mana sahaja, skyscanner.com mampu memberi kepuasan.

Apa membezakan dengan portal perlancongan yang sedia ada, portal ini membandingkan harga antara dua airlines yang sama-sama menjalankan promosi dan penjualan tiket dengan harga minima.


User friendly kerana portal ini menggunakan domain .com untuk universal dan bagi portal malaysia domain adalah .com.my. Secara automatik anda akan dihantar kepada domain negara anda.

Anda fikir anda tahu Skyscanner.com Cara Mudah Bandingkan Harga Tiket Penerbangan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan