Header Ads

Ayat-Ayat Al-Quran Hindarkan Kerasukan Histeria

Histeria seumpama bermusim. Jika dizaman penulis masih bersekolah di asrama penuh, pelajar perempuan terjebak dalam histeria seperti butiran pasir di tepi pantai, banyak kes.

Makhluk ghaib tetap wujud tidak kira di mana, bila dan bagaimana. Akhir-akhir ini pelbagai kisah kesukaan majalah mastika dan harian metro kembali menghantui kita. Penemuaan langsuir di Melaka dan kejadian histeria pelajar sekolah menengah kebangsaan Pengkalan Chepa 2 Kota Bharu.



Kita biasa terdengar akan ayat-ayat ruqyah. Namun ruqyah adalah pengubatan selepas dan ketika berlakunya histeria/rasukan makhluk ghaib.

Al-quran adalah As-syifa' atau penawar dalam istilah melayu maka berpeganglah kepada ayat-ayat Al-quran dan amalkanlah bagi mengelakkan berlakunya gejala histeria yang tidak sihat.

Antara ayat-ayat Al-Quran yang mampu menghindarkan histeria dikalangan manusia, wanita secara amnya adalah :


1. Surah Al-Fatihah (baca 1x)
2. Ayat Kursi (baca 1x)
3. Surah Al-Baqarah ayat 1-5 (baca 1x)
4. Surah Al-Baqarah ayat 21-24
5. Surah Ibrahim ayat 24-25
6. Surah Al-Ahqaf ayat 29-32
7. Surah Al-Hasyr ayat 20-24
8. Surah Al-Mukminun ayat 114-118
9. Surah Ar-Rahman ayat 33-36
10. Surah Al-Jinn ayat 1-9
11. 3 Qul, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass

Ayat-ayat Al-quran di atas inshaAllah mampu menjadi benteng daripada gangguan histeria dan gangguan makhluk ghaib yang jahat sebagaimana di sarankan oleh Pengasas Pusat Rawatan At-Tobibi, Datuk Shamsuri Shafie.
Tambahnya apabila berlakunya histeria, perkara pertama untuk membantu adalah usah panik atau terkejut. Pegang pesakit, baca ayat-ayat ruqyah dan laungkan azan, atau cara yang mudah baca Al-Fatihah, ayat kursi dan laungkan azan di telinga kanan.

Ketahuilah punca yang menyebabkan jin jahat mula berminat untuk menganggu manusia. Adakah kerana persekitaran yang kotor yang mampu mencetuskan rasa galak jin jahat tersebut atau persekitaran jiwa yang kian jauh dari Allah menyebabkan kita semakin dekat untuk berdamping dengan makhluk ghaib yang jahat.

Anda fikir anda tahu Ayat-Ayat Al-Quran Hindarkan Kerasukan Histeria ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.