Spesifikasi Honda Winner 150 / Supra 150X Cabaran Honda untuk Kapcai 150cc Semasa


"Kapchai..cub chai..(little cub dalam kantonis)"

Kapchai merupakan kategori motosikal yang paling laris di seantero asia tenggara. Jika di definisikan dalam bahasa inggeris sebagai 'underbone'.

Cub prix adalah tempat kreativiti kapchai diaplikasikan. Jalanan, kapcai lebih popular berbanding superbike di negara-negara asia tenggara.

Ekonomik, compact, dan user friendly. Antara kriteria yang menyebabkan cub chai digemari.

Varian semakin banyak, dari 50cc sehinggalah 150cc. Pengeluar motosikal sekarang lebih menumpukan varians 150cc. Sebagaimana Suzuki Belang R150 FU, Yamaha FZ150, Yamaha Y15ZR, Honda Sonic 150 dan kini dari pengeluar honda...
Honda Supra 150X/Winner 150.




Sebagaimana kebiasaan, negara asia tenggara seperti Vietnam, Indonesia, dan Filipina merupakan negara kelompok pertama yang 'bersaing' untuk mengeluarkan varians masing-masing. Seperti kebiasaan juga Malaysia adalah yang paling corot antaranya, mungkin kerana keterbatasan atau cut-off untuk memasuki Malaysia.

Putrajaya : Queen of Skies Retro Malaysia Di Kembalikan Takhtanya

"Queen of The Skies"

Ratu di angkasa. Merupakan nama jolokan yang diberikan kepadanya. Sebelum kemunculan jumbo jet seperti Antonov-225 dan Airbus A380 queen ini bertakhta megah memegang empayar angkasa.




Berkonsepkan tempat penumpang ala-ala upper deck bubble seperti kepala ikan flowerhorn, queen ini begitu popular sebagai pengangkutan yang dipercayai setiap syarikat penerbangan.

Queen dilahirkan pada tahun 1968 dan masih utuh sumbangannya hingga sekarang. Queen mampu menampung sehingga 660 orang penumpang dalam sesuatu masa. Queen diminati oleh setiap ceruk pelusuk negara, Malaysia Airlines sendiri telah menggunakan khidmat queen untuk berdekad lamanya.

13 Kategori Superbike yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membelinya

Peminat motosikal mempunyai pelbagai kategori, dari kapcai iaitu underbone, moped seterusnya menjurus kepada kategori seperti di bawah.

Sebelum membelinya jadikan info di bawah sebagai pengetahuan asas untuk memilikinya. Langkah demi langkah adalah cara terbaik untuk memiliki jentera dua tayar yang diberi nama superbike ini.

Shahrul Yuzy, Wazi Abdul Hamid, Fazlisham, Zambri Baba, Hafiz Syahrin apa lagi Khairul Idham Pawi mereka bermula dari bawah sebelum mencuba yang lebih besar, keseluruhan mereka mencuba dengan kategori cub prix iaitu kategori kapcai sebelum menginjak kepada yang lebih besar.



Beginner Naked Bike
1. Contoh Motor : Z250 L, Z250, Z300, TNT 250, TNT 300
2. Sesuai short distance
3. Posisi tunggangan "rileks"
4. Kurang daya pecutan angin
5. Anggaran top speed 140km/h-160km/h

Jenama X Kolaborasi 10 Kartunis Lagenda Malaysia


Kehancuran dan tamatnya riwayat MOY publication dimana dengan secara berjangkitnya terkuburnya majalah Ujang dan APo? menjadi suatu impak kepada peminat tegar komik Malaysia.

Terutamanya kepada remaja dan kanak-kanak yang berada di zaman 90-an. Ujang dan Apo? merupakan teman setia kepada generasi 90-an dalam mencari hiburan.

Keistimewaan majalah komik lawak seperti ini amat sukar dibandingkan kerana di zaman kegemilangannya, ujang dan apo? menjadi peneman setia kanak-kanak dan remaja terutama bagi mereka yang pernah tinggal di dorm-dorm asrama.

Cuba selak tilam dan bawah bantai pelajar asrama (pada ketika itu), penemuan majalah ujang dan apo? di bawah tilam merupakan suatu khazanah apa lagi jika terjumpa katalog avon dan majalah mastika.

6 Ogos 2015 merupakan detik hitam bagi industri komik negara apabila Ujang dan Apo? tidak lagi mewarnai gerai-gerai suratkhabar jalanan apalagi kedai buku seluruh negara kerana terkuburnya MOY Publication Sdn Bhd. Namun dari rentetan itu, sayangnya terhadap indutri komik tempatan telah menggerakkan hati seorang 'lagenda' komik tempatan Ibrahim Anon dengan menjadikan majalah gila-gila sebagai platform baru untuk kartunis komik merembeskan karya mereka.

Kebangkitan Ujang dan Gila-Gila

Ayat-Ayat Al-Quran Hindarkan Kerasukan Histeria

Histeria seumpama bermusim. Jika dizaman penulis masih bersekolah di asrama penuh, pelajar perempuan terjebak dalam histeria seperti butiran pasir di tepi pantai, banyak kes.

Makhluk ghaib tetap wujud tidak kira di mana, bila dan bagaimana. Akhir-akhir ini pelbagai kisah kesukaan majalah mastika dan harian metro kembali menghantui kita. Penemuaan langsuir di Melaka dan kejadian histeria pelajar sekolah menengah kebangsaan Pengkalan Chepa 2 Kota Bharu.



Kita biasa terdengar akan ayat-ayat ruqyah. Namun ruqyah adalah pengubatan selepas dan ketika berlakunya histeria/rasukan makhluk ghaib.

Al-quran adalah As-syifa' atau penawar dalam istilah melayu maka berpeganglah kepada ayat-ayat Al-quran dan amalkanlah bagi mengelakkan berlakunya gejala histeria yang tidak sihat.

Antara ayat-ayat Al-Quran yang mampu menghindarkan histeria dikalangan manusia, wanita secara amnya adalah :

Makna Bacaan Dalam Solat


Dari Jabir r.a.: Rasulullah saw bersabda, "Perumpamaan shalat lima waktu seperti sebuah sungai yang melimpah, yang mengalir di depan pintu rumah seorang dari kalian. Ia mandi di dalamnya setiap hari lima kali." (HR Muslim)."

Ini menerangkan bahawa solat dapat menyucikan hati seseorang jika di kerjakan dengan sempurna serta cukup sah syaratnya serta tertibnya.Apakah solat yang dikerjakan kita diterima di sisi Allah?atau hanya perlakuan sia-sia yang merugikan kita ?



Allah s.w.t berhubung dengan hambaNya melalui solat.Pada masa inilah manusia benar-benar dekat dan rapat dengan penciptanya,iaitu ketika sujud.Inilah peluang kita berkomunikasi dengan Allah.Sepertimana komunikasi-komunikasi yang lain,apakah perasaan anda jika semasa anda menerangkan sesuatu kepada seseorang tetapi segala penceritaan anda itu tidak di ambil endah ? Itu hanyalah metaforanya.

Status Halal Ramen Buldakbokeum Myeon Samyang Korea


Ramen atau mi segera dari Korea yang mencecah harga RM 20++ untuk lima bungkus menjadi kemusykilan status halalnya.

Peminat makanan rapu dan peminat korea secara am menyebabkan mi ramen ini begitu popular. Dikatakan memiliki rasa pedas yang luar biasa.


Samyang Ramen: Google Image

Adakah mampu menandingi kepedasan kuah tom yam mi ruski ? Itu perlu dilakukan ujian kerana penulis tidak pernah mencuba mi yang agak mahal harga berbanding kuantiti, agak tidak berbaloi untuk mencubanya ketika di zaman rejim najib ini.Namun status halalnya mula diragui, biasalah apabila sesuatu benda menjadi viral, segala persoalan mula timbul.

Punca Kegagalan Operasi Rayani Air


Belum menginjak usia setahu malahan 6 bulan beroperasi syarikat penerbangan baharu yang berteraskan syariat Rayani Air sudah digantung Department of Civil Aviation (DCA).

Dunia penerbangan merupakan industri yang agak besar, memerlukan persediaan yang amat terperinci dalam penubuhannya. Bukan seperti usaha menubuhkan syarikat teksi atau kereta sewa malah syarikat bas ekspress.




Kapal Terbang (Fleet) Lama

Setakat Februari 2016, Rayani Air memiliki dua buah pesawat jenis sederhan iaitu dua buah pesawat Boeing 737-400. Menggunakan pendaftaran 9m-RKA dan 9m-RKB. Dari sejarah airfleets, kedua-dua pesawat ini adalah bekas milik Malaysia Airlines.

9m-RKA (formerly 9m-MQB) memulakan operasi dengan Malaysia Airlines pada 15/9/1993 iaitu pada 22 tahun lepas. 9M-RKB (formerly 9M-MMK) pula mula bersama Malaysia Airlines pada 1/12/1992 iaitu lebih kurang 24 tahun dalam operasi. Kedua-duanya adalah dari keluarga Boeing 737-400.

Khairul Idham Pawi Memulakan Karier Di Litar Pulau Dato' Sagor Perak


Bukan semegah Litar Lumba Cub Prix saban tahun, apalagi, litar pasir gudang apalagi, Sepang international Circuit. Litar Dato' Sagor tidak dikenali ramai melainkan anak jati kawasan berkenaan sahaja.



Sejarah

Dikelilingi oleh aliran sungai perak, litar ini juga dikenali sebagai Litar Pulau Dato' Sagor. Berkedudukan 1.5km dari pekan Kampung Gajah, 30km dari bandar Teluk Intan dan berjarak 75km dari bandaraya Ipoh.

Skyscanner.com Cara Mudah Bandingkan Harga Tiket Penerbangan

Trivago kian popular di mata masyarakat apabila mudah didapati di setiap ceruk status atau update di facebook. Trivago adalah untuk memudahkan para pelanggan hotel mencari hotel yang memenuhi citarasa dompet dan citarasa kita. Kita tinggalkan perihal hotel, kembali ke langkah sebelumnya untuk bercuti melebihi beberapa marhalah iaitu tempahan pesawat.

Terdapat lebih 5000 syarikat penerbangan atau airlines di seluruh dunia yang berdaftar dengan ICAO. Dari ribuan ini maka pelbagai harga tiket yang boleh didapati.

Valentino Rossi VR46 Riders Academy Menguji Moto 3 dalam MotoGP sebagai SKY Racing Team by VR46


"Passion"

Perkataan di atas cukup menggambarkan makna sebenar makhluk Tuhan bernama Valentino Rossi. Seorang legend sukan permotoran dari Itali.
Diberi jolokan 'The Doctor' dalam dunia motorsport amnya MotoGP khususnya. Seorang 'rider' yang begitu 'passion' dan ghairah akan motosikal.

Jika terdapat istilah dalam kamus Oxford bermaksud 'keghairahan sebenar terhadap motor' semetinya perkataan tersebut adalah 'Valentino Rossi'.

Keghairahan VR46 terhadap motosikal selalu dapat dilihat apabila sering bercakap seumpama memujuk jenteranya sebelum perlumbaan. Tidak kisah dari pengeluar Aprilia, Honda, Ducati mahupun Yamaha semua jentera pernah dibisikkan kata cinta oleh Rossi.
20 tahun lepas iaitu lebih tepat 31 Mac 1996, VR46 memulakan karier dengan menyertai Grand Prix untuk kategori 125cc menggunakan jentera Aprilia.



VR46 yang memiliki perwatakan 'gila-gila' serta happy-go-lucky strike, amat digemari ramai. Dari perwatakan inilah menjadikan dia tidak lokek dalam menurunkan ilmu hasil pengalaman mencecah 20 tahun dalam bidang permotoran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...