Pulau Monuriki Pulau Cast Away Tom Hanks


Tom Hanks adalah seorang systems engineer kepada sebuah syarikat penghantaran terkemuka dunia, Fed Ex. Tom Hanks yang baharu sahaja pulang dari tugasan di Rusia telah pulang ke Texas.

Pada malam sebelum menjelang krismas itu, dia mendapat pesanan dari pager nya untuk menyelesaikan tugasan di Malaysia. Terdapat masalah terhadap sistem Fed Ex di Malaysia. Dengan berat hatinya dia meninggalakn bakal isterinya.

Dalam penerbangan merentasi lautan pacific, telah berlaku insiden kecelakaan. Pesawat yang dinaiki Tom Hanks telah dibadai ribut dan telah terhempas di lautan pasifik yang luas. Tom Hanks masih panjang umurnya. Pada siang yang berikutnya, dia mendapati dia telah terdampar di pasiran sebuah pulau bersama bungkusan-bungkusan berlogokan Fed Ex.



Pulau yang di diaminya seumpama dunia lain kerana tiada sebarang hidupan yang mampu dijadikan teman sehinggalah dia menjadikan sebiji bola tampar berjenama wilson menjadi sahabatnya di pulau tersebut.


Pelbagai usaha telah dilakukan Tom Hanks. Namun hasilnya gagal. Setelah 4 tahun berseorangan (bersama bola tampar), maka dia sudah begitu arif tentang ikhtiar hidupnya malahan mampu meramal arus dan arah angin bertiup yang membolehkan dia belayar ke lautan luas akhirnya ditemui kapal dagang setelah berhempas pulas mengharungi ombak besar.

Persoalannya, adakah pulau itu benar-benar wujud, atau hanya set penggambaran ? Benarkah kejadian kapal terbang terhempas itu berlaku sekitar kepulauan cook dekat antartica ?

Persoalan ini sudah terjawab, pulau yang menjadi singgahan para 100 krew penggambaran Cast Away yang dibintangi Tom Hanks pada tahun 2000 ini benar-benar wujud, juga benar-benar tiada manusia yang mendiami.

Pulau Monuriki



Di kelaskan dalam kelompok Kepulauan Mamanuca.Memiliki kepanjangan sainyz 1.15km, dengan kelebaran 600m. Dibentuk oleh gunung-ganang yang berketinggian sehingga 178m. Kedudukan geografi ke arah barat laut kepulauan Fiji, berkedudukan lebih kurang 110km dari kepualauan Fiji. Jika benarlah Tom Hanks terdampar disini maka tidak mungkin 4 tahun diperlukan untuk dia menyelamatkan diri.

Merupakan pulau terkecil dari seluruh pulau di Kepulauan Fiji dah amat hampir dengan sebuah pulau yang memiliki resort, iaitu Pulau Tavua (coordinates 17 ° 36 '32 "South, 177 ° 2' 2"East).



Sejarah Pulau Monuriki

Ditemui pada 28 April 1789 oleh William Bligh. Dalam perjalanan ke Kupang, dia merupakan orang eropah pertama yang menemui pulau-pulau yang membentuk kepulauan Fiji.

Mula menjadi kegilaan pelancong dan backpackers apabila diperkenalkan oleh Robert Zemecki dalam filem Cast Away pada tahun 2000. Penipuan dalam cerita tentang tempat nahas pesawat adalah lebih kurang 600 batu dari kepulauan cook dekat antartika.






Anda fikir anda tahu Pulau Monuriki Pulau Cast Away Tom Hanks ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...